Sunday, October 3, 2010

Biskut Raya..

Dulu saya pernah post pasal biskut raya yang telah saya buat tapi tak berkesempatan nak post gambar sebab handphone ada kat LWH (click to link). Dalam masa seminggu saya hanya sempat siapkan dalam 6 jenis biskut. So, sekarang saya nak tunjukkan gambar-gambar tersebut okay? 
Biskut Arab 
(saya paling pandai buat biskut ni)
 Biskut Arab ni setiap tahun saya buat sebab sangat senang.Tapi masa untuk siapkan biskut ni agak lama dan membosankan.Kalau anda berminat boleh order dari saya  ye. Dijamin sedap! hehehe~
 Popia nestum
(sangat easy)
 Popia nestum ni saya belajar buat selepas cuba yang kawan punya.Bila search kat internet senang sangat nak buat biskut ni. Jadi berbalang-balang saya buat. Sedap okeh! Kalau anda tak makan nestum, boleh juga tukarkan kepada ho..ho..horlick!

Cornflakes Madu
 Tahun ni buat biskut cornflakes tak berapa jadi. Mungkin sebab letak madu or butter tak cukup so cornflakes tak berapa nak melekat antara satu sama lain..Bak kata orang Kedah "qhelai"

Samperit
Ni pun first time buat samperit. Sebelum ni mak yang buat adunan, saya tolong buat bunga ja..Mak  memang tak buat langsung biskut raya tahun ni. Jadi, saya mengerahkan semua anak-anak buah yang ada+adik bongsu+kakak ipar untuk tolong. Mak sempat lagi complain yang biskut saya tak cantik sebab bunga tak jadi. Tapi kak ipar I suka okay! Siap jual kat kawan I lagi hehe~ Nak order??
Selain biskut-biskut di atas, saya juga ada cuba buat biskut shortbread yang ada white coklat tu dan chocoloate chip.Tahun depan dah habis belajar, hopefully saya boleh try lebih banyak biskut..

No comments: