Sunday, October 10, 2010

I'm a rubber collector..

Korang mesti takda pengalaman menoreh getah kan? Hahaha saya pun! TAPI...saya ada pengalaman mengutip getah scrub. Percaya tak??Yela..korang kan hidup zaman serba canggih dan moden, mana ada pengalaman masuk ladang getah..Kebanyakkan penduduk di kawasan ini bekerja sebagai penoreh getah (so ko nak cakap yang ko pun jadi penoreh?). Dulu saya pernah bagitau anda yang ibu bapa saya telah berpindah ke kampung jadi kaitannya di sini, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Sebenarnya takda masalah sangat sebab bagi saya kat mana-mana pun sama je cuma cara pembawakan kita dan macam mana kita nak menerima pembaharuan tersebut. Cepatla cerita kaitan tajuk dengan post harini..

Owh okay. Actually, yesterday my cousin who is a rubber tapper, wanted to collect the rubber. Unfortunately, her husband was not feeling well (demam). So, dia pun nak cari orang nak tolong dia collect the rubber so that she could finish the work earlier. Kitorang nak ke Alor Setar cari pasu bunga dan membeli belah. Dengan tiba-tiba i said, let me help you. What?? Bila abah dapat tahu, abah cakap nak pengsan! Semua orang pun macam tak percaya. My untie siap cakap lagi, dulu masa kecik-kecik saya selalu cakap eeee..busuk! Tapi manusia kan berubah. Dah besar saya semakin matang dan ingin mencuba pelbagai benda. 

Mengutip getah scrub memang busuk tak dinafikan. Tangan anda akan berbau seharian walaupun dicuci berpuluh-puluh kali. Masa menghulurkan bantuan tak fikir segala bahaya yang ada. Ular, pacat, nyamuk jatuh bukit macam-macam la tapi masa hari nak pergi tu baru terfikir semua tu. Then, mula la tanya sepupu pasal bahaya tu semua.. Pukul 7.30a.m, sepupu pun datang jemput. Dengan berpakaian lengkap, kasut sekolah okay sebab boot takda, kami pun menaiki motosikal menyusuri ladang getah yang jauh ke dalam dan bercerun. Tangan saya balut dengan plastik takut berbau. Malangnya masa tengah kutip getah tersebut, plastik terkoyak jadi.....tanganku berbau jugak!!!!! Dalam hati berdoa banyak-banyak semoga takda ular. Pacat okay sikit eceh~ 

Baru saya tahu rupa-rupanya teruk juga menjadi penoreh getah ni walaupun pendapatannya agak lumayan. Bayangkan sekali kutip getah tersebut, boleh dapat hampir RM400 or sometimes lebih dari tu..Getah akan dikutip seminggu sekali or 2 kali bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau hujan, takdala kutipan. Itulah risiko yang perlu  mereka hadapi. Nak kutip getah tu pun bukan sekali harung, bila dah penuh baldi kena masukkan dalam guni, then patah balik ke dalam ladang tu then kutip lagi. Pokok getah ditanam secara baris dan setiap baris ditanam secara bertingkat. Maksudnya ada curam sikitla. Bahaya okay! Saiz ladang getah  pulak bergantung kepada pemiliknya..Kalau besar, banyakla pendapatan tapi nak mengerjakannya juga penatla. Actually nak ambil gambar masa mengutip getah tersebut tapi takut handphone berbau jadi  saya batalkan saja niat tersebut. Inilah adalah pengalaman pertama tapi taktaula pengalaman menoreh getah ada ke tak. Sepupu saya cakap, menoreh getah 10x lebih seronok berbanding mengutip getah. Yela tu..

Apa-apapun, inilah pengalaman baru saya sepanjang berusia 23 tahun ini. Siapa tahu pada masa hadapan, saya mungkin tak berpeluang lagi. Sekurang-kurangnya, saya pernah merasa apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang kampung. Saya bukan orang bandar yang berpelajaran tapi taktau kesusahan orang kampung. Abah dan mak pun tak penah buat kerja-kerja tersebut. Hahaha~ Saya yang terbaik!!

No comments: