Wednesday, December 30, 2009

Back as Pizza girl

Dah seminggu saya kembali bekerja di Pizza Hut. Tak banyak sangat perubahan kecuali tambahan satu dua menu dan pekerja baru yang ramai. Kebanyakannya lepasan SPM dan ada juga 2 3 orang pelajar UiTM di tempat saya belajar. Semuanya ok kecuali apabila pelanggan terlalu ramai, kami akan sedikit tegang dan sibuk mengambil serta menghantar pesanan. Bab ni saya memang tak berapa berkenan sebab rasa macam nak quit kerja serta merta. Walau apapun, bekerja di pizza memang best dan berbaloi. Gaji not that bad even takla mahal sangat tapi kalau time cuti tertentu, gaji akan dibayar dua atau tiga kali ganda. Maklumla, berdasarkan pengalaman kerja yang pernah saya lalui, ada sesetengan company tidak memberi double or triple pay. Gaji pula sentiasa tepat pada masa dan dipotong EPF. Tahun depan pizza hut akan menambah lagi beberapa menu baru dan pakaian kami juga akan bertukar warna hahaha. Banyak perubahan yang akan berlaku dan saya akan sentiasa bergembira dengan semua perubahan tersebut. Kepada semua penggemar PIZZA HUT ataupun yang ingin mencuba pizza hut, silalah datang ke restoran pizza yang berdekatan anda untuk menikmati hidangan baru kami.

Saturday, December 5, 2009

I’m leaving for a week (1 Dec 2009)

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Disember. Sorry readers dah lama tak up date blog sebab internet kat rumah problem + saya sangat sibuk. Pagi ni selepas subuh saya terus nak update blog sebab bila dah lewat sikit saya sibuk dengan kerja-kerja rumah + sibuk menonton tv hikhikhik. Semalam saya keluar berkasih (eceh ayat gedik) di sekitar Alor Star dan Jitra sahaja kerana masa yang terhad. Saya menjemput si pencinta alam di Jitra dan kami terus ke Alor Star membayar bil elektrik yang tertunggak hampir 2 bulan (eh apa kaitan bil elektrik lak ni?kira side plan la ni). Kemudian kami pergi makan laksa yang telah lama kami rancang. Memandangkan tiket wayang telah kami beli jadi masa untuk akan adalah terhad takut terlewat pula. Kami memilih ‘senario the beach boys’ memandang pilihan yang ada hanya cerita ‘Jalang’ dan cerita tersebut. Cerita dia tak berapa minat saya sebab jalan cerita agak bosan namun bagi saya Nik Sayyidah Berjaya membawa watak yang lucu kerana pelat Kelantan+Siam yang digunakannya. Selepas selesai menonton movie, kami menunaikan impian makan aiskrim Magnum hahaha kelakar saya rasa. Dah berkurun janji untuk makan magnum sehingga saya sanggup tak beli dulu semata-mata nak makan bersama. Aiskrim Magnum Almond saya manis rasanya jadi aiskrim tersebut bukan pilihan saya pada masa hadapan. Selepas itu, saya menghantar si pencinta alam ke Bandar Darulaman sebuah taman rekreasi yang cantik kerana dia meletakkan kenderaannya di sana dan kami meluangkan masa sedikit di situ. Kami menaiki boat yang perlu dikayuh sendiri selama mana yang kami inginkan. Memandangkan tasiknya sangat luas kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam berkayuh di tasik tersebut. Seronok dapat meluangkan masa bersama dan saya berharap aka nada lebih banyak masa lagi untuk kami bersama. Malam itu, Izati bersama keluarganya datang ke rumah saya untuk berhari raya. Memandangkan kami tidak membuat sebarang kuih muih, kami hanya menjamu tetamu ala kadar dan yang semampu boleh. Dah lama Izati call saya kerana nak datang rumah namun memandangkan saya sering tiada di rumah (ada kat kampung kerana kenduri tahlil selama seminggu) jadi kedatangan tersebut terpaksa ditangguhkan. Apa-apapun cuti semester kali ni memang bukan masa untuk saya berhibur. Nasib tak plan untuk pergi bercuti semester ini.

27/11- Raya Haji

Hari ni Hari Raya Haji yang juga merupakan hari keenam atuk meinggal dunia. Memandangkan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, kami semua ke kubur selepas solat sunat Aidiladha. Tambahan pula memang merupakan tradisi di kampung saya di mana mereka akan mengadakan bacaan yasin beramai-ramai di tanah perkuburan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia. Kemudian, kami akan pergi ke kubur sedara masing-masing dan menabur bunga atau menyiram air. Hari Raya Haji saya rasakan semakin kurang meriah setiap tahun. Nasib tahun ini kami mengadakan tahlil atuk, jadi ramai sedara mara yang ada. Pada hari tersebut, saya dan juga sepupu-sepupu saya pergi berhari raya di kawasan kampung tersebut. Kami dapat makan laksa, bihun sup, nasi daging dan mi kari. Bila perut dah penuh, mata pun mula mengantuk. Kami pun apa lagi, pulang ler ke rumah bumm dan bersedia untuk tahlil pada malam nanti.

26/11- Maafkan saya kerana tak dapat menjadi yang terbaik

Saya bukan seorang yang sempurna kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya bukan seorang yang bahagia kerana ada hati yang menderita dan saya bukan seorang yang berjaya kerana ada hati yang kecewa. Maaf kerana tak dapat menjadi yang terbaik.

20/11- Abah balik rumah jemput saya ke hospital menjaga atuk

Pagi tadi abah call saya memberitahu mahu menjemput saya ke hospital menjaga atuk yang sakit. Mulanya saya ingatkan serius keadaan atuk tetapi abah cakap saja nak ambil saya untuk menggantikan mak yang perlu juga berehat. Saya pelik juga kenapa anak-anak yang lain tak jaga? Cucu yang tinggal di kampung kan ada, kenapa tak minta tolong dorang jaga? Keluarga sebelah mak memang macam tu kalau bab sakit ni harapkan mak saya juga yang jaga, anak-anak yang lain datang melawat je mungkin nak tunjuk muka, nak harap menantu lagi la taknak tambah pula mak anak perempuan tunggal, yang lain-lain semua lelaki. Abah saya pun sama taktau juga jaga orang sakit. Tetapi adala seorang sepupu iaitu Kakjah setiap hari datang melawat dan menjaga atuk bersama mak. Mak pun tak harap orang lain jaga sebab nanti ada yang mengungkit atau bercakap benda-benda yang menyakitkan hati. Mak cakap kalau tak ikhlas jangan buat, mak saya tak kisah jaga seorang diri walaupun berapa lama atuk sakit. No heart feeling. Dua malam di hospital, kami pun membawa atuk pulang ke rumah kerana doctor mengesahkan kuman telah merebak ke dalam peparu atuk. Memang atuk tak dapat diselamatkan lagi. Kami pun tak mahu atuk menjalani pembedahan kerana atuk telah tua dan kami tak mahu dia menanggung bebanan yang berat. Tambahan pula, atuk memang tak mahu doctor melakukan apa-apa kepada dia walaupun memasukkan wayar ke dalam badannya.

Orang cakap, seseorang yang ajalnya sudah makin dekat, badannya akan kesejukan, berpeluh-peluh dan akan sihat untuk beberapa ketika. Atuk saya mempunyai simtom-simtom tersebut tetapi kami tak sangka akan sekejap tu dia akan meninggalkan kami. Atuk bercakap benda merepek-repek haritu. Kami pun dah bersedia dengan situasi tersebut, semua sedara mara dah diberitahu dan mereka pun pulang dengan segera kecuali adik saya yang berada di Bali dan abang yang berada di Sabah. Saya agak terkilan kerana tak ada bersama ketika atuk menarik nafas terakhir. Saya berada di luar rumah bercakap dengan maklang ketika itu baru setengah jam saya dan sepupu-sepupu meninggalkan atuk di tempat tidurnya. Kami ingatkan atuk ok sebab kami baru ja lepas mengurut dia. Tidak disangka benar kata orang bahawa orang yang dihujung nyawanya akan nampak sihat sebelum pergi meninggalkan kia buat selamanya. Ketika itu, ramai juga yang telah meninggalkan tempat tidur atuk. Ada yang pergi makan nasi, ada yang keluar dan ada juga yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana atuk memang Nampak ok. Namun seorang sepupu juga berpesan, jangan tinggalkan atuk walau seketika ajar dia mengucap sehingga hujung nyawanya. Sepanjang hari aku membaca yasin dan al-quran. Mendengar bacaan talkin di tanah perkuburan memang menakutkan, menyeramkan dan menginsafkan. Semoga roh atuk tenang di sana kerana atuk mampu mengucapkan kalimah syahadah di saat akhirnya bahkan sepanjang dia menahan kesakitan pun tak henti-henti dia mengucapkan kalimah syahadah.

Kenduri arwah diadakan selama tujuh hari berturut-turut. Sepanjang masa saya sangat sibuk. Kawan-kawan yang ingin datang ke rumah juga terpaksa ditangguhkan. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah dan meneruskan kerja masing-masing. Kami akan pulang ke kampung semula untuk kenduri arwah 2 minggu selepas habis tahlil.

2012 (19 November)

Kelmarin (dalam bahasa KL petang semalam ler), saya bersama jiran sebelah rumah pergi menyaksikan movie yang berjudul 2012 (dalam penuh dia tak taula). Bertempat di Big Cinemas Alor Star Mall dengan harta tiket yang mahal rm10 pada setiap hari dan setiap waktu yang ditayangkan walaupun pada hari Rabu (yang lebih dikenali dengan hari Girls Day-tak taula benar ke tak), pergila kami bertiga termasuk kawan jiran sebelah rumah tu tengok citer tu. Terlambat la sikit sebab nak juga beli popcorn ni, bukan nak beli awal-awal. Citer tu gua bagitau lu SUPERB arr!!! Pergila tengok bagi yang belum tengok. Jalan ceritanya sangat menarik, sound sangat gempak dan animasi sangat mengagumkan. Penceritaan dia lebih kurang macam kejadian yang berlaku ketika di zaman Nabi Noh. Di mana Allah telah memerintah baginda supaya membina satu bahtera yang besar dan menyuruh umatnya berlindung di dalam bahtera tersebut kerana akan berlakunya malapetaka yang akan memusnahkan seluruh dunia. Maka naiklah orang ramai yang mempercayai Nabi Noh termasuk binatang segala. Namun begitu, masih ada yang enggan mempercayai Nabi Noh dan mereka menyatakan beliau orang gila kerana dunia sangat aman ketika itu. Dengan izin Allah, setelah bahtera itu siap dan orang ramai telah masuk ke dalamnya, maka berlakulah malapetaka yang dijanjikan Allah termasuk. Semua kehidupan di muka bumi ini musnah dan tiada satu pun yang terselamat darinya. Oleh itu, kehidupan kita ketika ini, binatang-binatang yang ada ketika ini adalah disebabkan keturunan kita yang mengikut kata Nabi Noh. Bagi yang tidak menaiki bahtera tersebut, tiada lagi keturunannya dan telah pupus spesisnya.

Di situ kita dapat lihat bahawa, mereka juga mengkaji sejarah kita dan mereka percaya wujudnya perkara-perkara sebegitu namun kenapa mereka tidak percaya akan wujudnya Allah? Anda boleh mendapat jawapan tersebut di laman web youtube dan taip New Arrival dari intro sehinggalah episod akhir. Jika anda ingin menyaksikan versi Melayu taip dalam Bahasa Melayu untuk episod. Pembaca kesayangan sekalian juga boleh melihat kebesaran Allah di laman web tersebut.

p/s: Ini bukanlah blog tentang kelebihan agama kerana saya menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran ketika ini. Sekian terima kasih.

Percayakah anda dengan rumors bahawa akan berlaku perlanggaran antara planet pada 2012/2014? Adakah itu menandakan hari kiamat sudah semakin dekat? Sudahkah anda bersedia untuk mati? Sudah cukupkah iman anda untuk bertemu Tuhan?

Orang alim sering berkata, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari nescaya kamu akan menjauhi kemaksiatan dan kemungkaran. Amin.

Jadilah anak yang baik (17 November)

Hari ni rutin harian agak berbeza berbanding tiga hari yang lepas di mana hari ini saya tak perlu menghantar Bangcik ke hospital tapi membantunya membuka kedai awal pagi dan menjaga kedai tersebut sehingga abah pulang dari bacaan yasin di sekolah adikku yang bakal menduduki SPM pada esok hari. Esok pun mungkin sama kerana kedua ibu bapaku akan pulang ke kampung untuk menguruskan hal rumah yang dibina di sana.

Tengahari tadi, sepupu saya Kakjah menelefon bertanyakan diri saya. Memandangkan saya sedang bercuti semester, kakjah bertanyakan sama ada saya mahu mengajar tuisyen di kampung. Cikgu yang mengajar tuisyen di sana baru menerima cahaya mata jadi agak sukar baginya untuk mengajar budak-budak. Sudah dijangkakan, abah tidak membenarkan saya berbuat demikian dengan alasan mahu saya berada di rumah. Abah yang sentiasa mahu anak-anak berada di sampingnya menyebabkan kami sukar membuat keputusan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang saya lakukan tanpa pengetahuan abah. Maaf abah kerana sikap abah yang terlalu dominant, kakak terpaksa menyembunyikan beberapa perkara dari pengetahuan abah.

Akhir sekali, semoga banjir yang dialami di Kedah akan surut dan segala bencana yang berlaku akan dijadikan iktibar oleh semua. Tak sabar nak masuk semester 6, eceh tetiba.

3 cerita dalam satu rumusan

Cerita pertama:

Hari ini merupakan hari kedua saya menghantar abang ke hospital untuk cuci luka pembedahannya sebelum dijahit pada minggu hadapan. Hari ini saya dapat melihat sendiri kesan pembedahan tersebut dan sempat juga saya dan abang mengambil gambar perutnya yang luka. Namun, gambar tersebut merupakan koleksi peribadi ok tidak akan ditunjukan di sini maaf. Kesian bangcik setiap kali dia balik mengadu sakit dan gatal-gatal di tempat luka tersebut. Bangcik saya ni perangai dia tak suka menyuarakan hasrat dia. Kalau dia tak suka tak pernah nak cakap depan-depan. Diam je. Semoga dia cepat sembuh dan kembali bekerja semula hehehe.

Cerita kedua:

Tadi abah bagitau yang sepupu saya tak jadi kahwin. Hah? Abah tipula.. Abah pun cakap betul la, abah tak main-main. La ini dah kali kedua sepupu saya tu tak jadi kahwin. Maksudnya dah dua kali pertunangan dia putus di tengah jalan. Malah majlis perkahwinan pun dah nak dekat. Nak buat macam inilah yang dinamakan takda jodoh. Kalau dah kahwin kemudian baru ada masalah kan ke susah. Semoga dia akan bertemu jodoh yang tepat suatu hari nanti.

Cerita ketiga:

Hari ini sekolah zaherah, adik bongsu saya ada penyampaian hadiah untuk kelas fardu ain. Dia mendapat tempat pertama bagi kelas darjah empat. Wah tahniah! Adikku yang pemalas tu bijak juga rupanya. Siap dapat tempat pertama lagi walaupun malas belajar dan pergi sekolah. Kalau rajin mesti lagi bijak. Semoga zaherah selalu success dan Berjaya dalam pelajaran. Begitu juga kepada adik lelaki yang bakal menduduki SPM pada hari rabu nanti. Dia yang semakin rajin semenjak dua menjak ni tadi memberitahu saya yang dia nak buat ‘masscom’ nak jadi wartawan penyiaran la kot huhuhu. Saya cakap boleh dengan syarat dapat mengawal diri dan jangan terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Hah sebelum terlupa, kepada adik perempuan Zakiah yang beraa di Bali semoga cepat sembuh dari penyakit demam campak. Kesian dia sorang-sorang tengah sakit tanpa jagaan keluarga. Semoga tabah ye adikku!

Written on 16/12

Tanggung jawab seorang anak

Alhamdulillah akhirnya saya telah selamat tiba di rumah walaupun di dalam fikiran dan hati risau sekiranya berlaku kemalangan dalam perjalanan saya. Mungkin ini kesan daripada kemalangan yang menimpa rakan sekolah saya dahulu dan daripada pembacaan saya di dada akhbar sekarang ni (ceh skema giler ayat! Ini entry serius ok? So baca dengan serius juga bersesuai dengan tajuk di atas). Memangla ajal maut di tangan tuhan dan kat mana-mana pun kita boleh mati tapi mintala dijauhkan dari kemalangan sebab orang kata mati kemalangan ni tak baik wallahu`alam. Namun begitu, sahabat saya Fatimah@Tim yang meninggal akibat kemalangan adalah seorang yang baik, sangat disayangi semua namun Allah lebih menyayanginya. Oleh itu, Allah memanggil kembali sahabat saya itu ke sisi-Nya. Harapan saya biarlah saya dapat membalas jasa semua orang yang telah berbakti kepada saya terutamanya mak dan abah yang telah mendidik saya sehingga menjadi gadis yang cantik dan terpelajar ini (puji diri sendiri nampak?).

Berbalik kepada perjalanan saya ke kampung halaman, Alor Star Kedah, saya tiba di Shahab Perdana lebih kurang pukul 5.15a.m dan dijemput oleh adik lelaki yang berumur 17thn. Pada mulanya saya agak pelik kenapa abang kata nak dating ambil sedangkan dia baru selesai menjalani pembedahan. Mungkin abah yang akan menjemput kerana kebiasaannya abah akan menjemputku di terminal bas. Saya yang hampir tiba di terminal masih mendapat panggilan dari abang bertanyakan lokasi saya. Tanpa berfikir apa-apa saya pun menunggu sesiapa saja yang datang menjemput. Rupa-rupanya adik yang tiada lesen namun cekap membawa kereta memandu manakala abang berada di sebelah.

Saya pun bersuara, “baru nak tanya camna nak ambik tengah sakit-sakit camni? Bukan ka abah yang selalu ambik napa tak ambik lak arini?”

Adik pun menjawab, “abah sakit”.

“Hah sakit? Sakit apa?”

“Angin tetiba”.

Saya yang kebengongan pun menyambung lagi, “Napa lak pepagi camni nak angin?”

Adik balas, “sakit angin dia tula datang balik,”

Ooooo baru saya faham kali ini maksud sakit tu. Abah memang selalu kena sakit angin dan apabila menyerang abah akan jadi sangat lembik, nak buang air besar dan akan pitam (bukanla pitam sangat pun tapi tak bermaya la). Masa mula-mula kena dulu mak takut sangat sampai menangis then panggil jiran sebelah. Kitorang pun bawa abah ke hospital dan abah ditahan di wad. Tapi, bila dah biasa, mak dah okey boleh handle. Abah pun dah taknak di bawa ke hospital sebab dia dah tau camna nak recover sendiri. Abah kena berehat sampai dia okey. Saya kagum sangat dengan mak yang sangat menjaga kebajikan abah. Mak sanggup mencuci najis abah, sanggup mengangkat abah yang berat dan menjaga makan minum suaminya dan bersabar setiap kali dimarahi. Bolehkah saya jadi macam mak? Bolehkah saya bersabar dengan semua masalah?

Adik lelaki yang bakal menduduki SPM pada tahun ni telah berubah menjadi sangat rajin. Dah rajin solat hajat, baca buku selepas subuh dan ulang kaji pelajaran. Mungkin dia ada aim tersendiri nak memasuki university seperti kakak-kakaknya ataupun mungkin dia ingin sedar tanggung jawabnya sebagai seorang pelajar. Walaupun saya agak terkejut dengan apa yang berlaku pada hari ini namun saya tetap menerimanya dengan hati yang tabah. Tanggung jawab mak yang berat selama ini, akan saya pikul separuh kerana saya telah bercuti. Nasib tetiba membuat keputusan untuk balik awal kalau tak kesian mak, mana nak menjaga suami dan anak yang sakit, kemas rumah lagi, memasak..

Tugas saya selepas ini, menghantar abang ke hospital setiap hari untuk cuci tempat yang telah dibedah, memasak dan mengemas rumah serta menjaga kedai abang yang diuruskan oleh abah sementara waktu. Saya juga akan membantu adik yang bakal menghadapi SPM beberapa hari lagi. Seronoknya dapat mengharungi pahit getir kehidupan bersama keluarga. Semoga suatu hari nanti anak-anak saya juga memahami tanggung jawab mereka terhadap saya. Keluarga hanya satu, jadi hargailah keluarga selagi kita masih mempunyai keluarga. Sayangi keluarga seperti anda menyayangi diri anda sendiri.

Written on 15/10