Tuesday, April 27, 2010

Can't wait for May..

I can't wait for May because I have another two papers to deal with and it is so tiring for me.  Hope to finish soon. The date for my pre-practicum has been changed to June so I'm so eager to go home early. However, my manager does not allow me to go home early because she wants me to help her incharge the restaurant after she  could find new employees. Nak BALIK!!! I also can't wait for May because I'm going to Sabah and Sarawak yeayyy..Can't wait can't wait! Though it's so stressful planning here and there, this and that but still I feel very excited to spend my holiday with half of my heart. Apart from that, I also can't wait to know the result of my younger brother where he will be sent to further his study. Everything will be announced in May. He got an offer to do a diploma in Digital Film and Visual with full scholarship from MARA but we agreed to reject the offer due to certain lacks. Rezeki ada di mana-mana jadi kita  tak boleh tamak. Harap-harap adik saya lepas interview untuk Art&Design course haritu or else he could get a course yang sangat menjamin masa depan. Setakat belajar tapi takda pekerjaan after that buat apa? Rugi masa je.. Apa-apapun berdoa sahaja yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang yang disayangi.

Saturday, April 24, 2010

Exam is just around the corner..

I still do not work out with the revision. How normal isn't it? Hahaha. Bf saya pula yang nervous lebih. He said, "Yang when you want to stop working? You have to study. I pula yang nervous lebih dari you. Macam I yang nak masuk bilik exam tu. You have to study for me. Please.." Aik?? Baiklah, esok I start study. I dah upload past year paper untuk semua paper yang ada final nanti I buatla revision ok. The thing is setiap kali nak study mesti tertidur. Sedar-sedar je dah tengah malam. Takpun dah pagi haish...My first paper is on 27 followed by 3rd and 6th May. Hope I can do well in the exams and pass all the papers. For you sayang, thanks for supporting me all the time.

Wednesday, April 21, 2010

Sorry seems to be the Hardest Word..

Kelmarin, half of my heart ke Langkawi atas urusan kerja. Seperti biasa, dia akan membelikan coklat untuk saya. Memandangkan saya selalu minta dia belikan Daim, so this time nak coklat lain pula. Saya nak white coklat tapi taktau pula banyak jenis white coklat so he ended up buying Toblerone. Saya pun dengan ikhlas cakap, taknak Toblerone (kan dah cakap minat kami tak sama langsung). He was so bengang sebab dah beli pun coklat tu. He said, "Just now I asked, you said anything can..Now, you say you don't want. Ni nak marah ni. Next time takmaula beli kat you lagi". Saya pun end up moody sebab saya dah cakap nak white coklat yang bulat-bulat macam bola tu takpun yang bujur macam telur. So, saya pun replied, "Okayla next time you don't have to buy chocolate for me anymore. Don't tell me when you want to go to Langkawi. I wouldn't know if you go to Langkawi either". However, we still could control the situation. At last, he asked for opologize..So COMEL. Saya punya salah, dia yang minta maaf =D Sayang sorry for hurting you yesterday...I know how hard you tried to fulfill my need and my interest but still I didn't appreciate it.

Monday, April 19, 2010

I am while you are..

My bf sangat gediks these few days..needs lots of attentions and loves (pembawakan anak bongsu kot hehe) but he seems so nice and nicer everyday. Can't wait to go vacation with you next month. We have so many commons such as love to travel, love cakes, we miss each other at the same time (eg: bila rasa nak call je tetiba dia akan call dulu or bila rasa nak message je, mesti message dari dia tetiba masuk). It same goes to him. Kami berdua sangat KURUS dan kecik (errr kaitan???). Kami berdua juga sangat suka bekerja (money money money).

Kami juga ada perbezaan yang sangat ketara. Minat yang sama adalah pergi bercuti tapi selalunya dia yang banyak keluarkan duit. Saya kan student, mana ada duit hahaha. Citarasa kami tak sama langsung! Sebab tu kalau nak barang apa-apa mesti pergi beli sama-sama or saya beli sendiri. Takpun saya pergi survey, then tell him which one and where. He is so fussy, ini tak boleh itu tak boleh. Ini tak baik untuk kesihatan, itu tak bagus untuk tubuh badan whereas saya boleh je as long as it  is clean and suits me. He takes a good care of me everyday. Mesti tanya dah makan ke belum, ada duit ke tak, macam mana preparation untuk exam. Abang-abang saya pun tak concern macam tu so saya sangat TERHARU!!

Bf is my diary and my storyteller. He is also a good listener. Apa-apa date penting yang saya suruh ingat dia mesti ingat takpun he will put it in his organizer. He knows many things which I don't so he likes to share the knowledge with me. Semua masalah dari yang kecil dan remeh-temeh sehinggalah sebesar-besar alam I will tell him if I feel to. He never criticize and always support me. Tapi kalau benda tu terang-terang salah saya, dia tegurla.

Bf saya sangat sederhana orangnya. Dia tak kaya dan tak berharta jadi selalu suruh saya berjimat cermat tapi dia sangat bertanggungjawab dan tak pernah berkira dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Untung tau dapat bf macam dia *thumbs up* \(^_^)/

Setiap hari sangat indah...

Kalau nak cerita pasal hari-hari yang saya lalui  di hujung-hujung semester ini memang tak cukup page. Setiap waktu sangat indah, betapaku rasa Allah Maha Pengasih. Walau penat macam mana pun, walau tak cukup tidur sekalipun, tak pernah hari-hari yang saya lalui suram dan muram. Pagi tadi pukul6.30 baru dapat lelapkan mata setelah selesai semua tugasan yang diberi. Hari sebelumnya lewat ke tempat kerja akibat tidur lambat juga. Bf memujuk supaya berhenti kerja lebih awal untuk focus kepada exam sampai sanggup menawarkan elaun bulanan. You are so sweet sayang but thank you I think, I still can manage my time wisely.

Sekarang ni jadual kerja saya sama saja iaitu masuk  pukul 8am then balik pukul 4pm. Kadang-kadang rasa sangat bosan dan malas sebab nak kena bangun awal-awal pergi kerja tapi jadual kerja still flexible kalau masuk lambat balik pun kena la lambat. Tinggal lagi beberapa hari untuk saya akhiri pekerjaan saya itu. Pejam celik pejam celik, dah hampir 7 bulan saya buat kerja part time ni. Omaigod dah dekat setahun rupanya.. Bila berhenti nanti mesti rasa sangat rindu suasana bekerja terutama sekali jadi cashier hehehe..Gelak ketawa, kena marah semua tu pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Semua kerja pun penat so saya memang takda masalah pasal tu. Sekarang ni dah ada staff baru, cuma yang risaunya mereka masih tak tahu nak buat kerja, nak ambil order, nak cash out duit dan nak handle customer. Saya pun dah mula suruh mereka belajar sebab tak lama lagi kami akan berhenti. Kesian manager nak cari pekerja baru dan ajar lagi. Saya akan berusaha mengajar mereka-mereka ni sampai tahu buat kerja sebelum berhenti. Hopefully.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni minggu belajar (study week).So, takda benda sangat nak buat just pergi kerja dan buat revision. Hari ini dan esok kena pergi seminar post practicum senior even kitaorang taktau the motif kena join, tapi pergi juga sebab kena paksa! Exam start 27hb. masih banyak masa untuk buat revision. Hope this semester lebih lebih excellent dari semester sebelumnya.

Thursday, April 15, 2010

Pau sangat sedap!!!

I don't know why I'm so addicted to Pau nowadays..It's like suka makan nasi lemak la dulu...Taknak fail beli hari-hari...Pau seorang akak ni sangat sedap dan lembut. Harga pun murah. Masa first time beli dulu, beli satu je kononnya nak cuba. Bila dah cuba, hari-hari nak beli. Start la beli 2, 3 sekali...Banyak sangat tak boleh bazir ok. Pau tu makanan sampingan je so tak boleh berlebih-lebih. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu-dulu, ada seorang kawan saya ni mak dia sangat pandai buat kuih pau. Pau yang mak dia buat dahla besar inti ayam la, daging la sedap okek! Tapi saya ni bukanla penggemar pau kari daging or ayam ke..Saya suka pau kacang merah je. Kalau kaya ke bolehla juga tapi jarang sikit beli. Memang pau kacang merah gak jadi pilihan. Tapi janganla beli pau yang 20sen or 30sen tu..Kualiti dia tak sama ler..Dulu-dulu harga pau memang murah tapi zaman dah berubah. Penjual kuih akan jadi miskin la kalau jual harga yang sama je dari dulu..Tepung pun dah naik harga. Pau sekarang harga dalam RM1-Rm1.50 sebiji. Kalau di pasar malam mungkin masih bole dapat dengan harga 50sen or 60sen sebiji bergantung kepada saiz dan inti dia. Saya memang tak pandai buat pau, nak belajar tu nantila hahaha. Beli dulu ye sekarang, bila ada seru baru belajar buat pau. =D


Harga-harga kuih pau kini:
 Pau Kacang Merah, Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Pandan Kelapa, Pau Kacang Tanah      (RM1.10each)
Pau Daging, Pau Ayam, Pau Lada Hitam, Pau BBQ                                                           (RM1.30each)


Saya lah si addicted tu..

Ayam Masak Sesuka Hati..

Mata masih belum mengantuk walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul3 pagi. Esok kerja pagi lak adoii..! Mata cepatla mengantuk. Kalau dalam kelas tak payah paksa, sekejap je mengantuk tu datang haish..So, dikesempatan ini nak tunjuk la resepi ayam sesuka hati saya ni. Dah lama tak masak so bila tengok Laily (housemate) asyik goreng ayam je kat rumah, hati pun teringin nak makan ayam goreng buatan sendiri.. Jeng Jeng Jeng...

Resepi Ayam Masak Sesuka Hati (Ayam Berempah ala Syuraini)
Seekor ayam dicuci bersih-bersih. Saiz ikut suka. Potongla besar mana pun.
Kisarkan (blend) semua bahan-bahan di bawah. 
                                  
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kunyit
3 camca serbuk kari
Garam sesedap masin

Kemudian, tuangkan bahan-bahan yg sudah dikisar ke dalam bekas yang berisi ayam. Masukkan 1 sudu besar lada hitam, 2 sudu kecil serbuk cili dan 1 sudu besar soya sauce. Gaul sehingga sebati. Anda boleh simpan di dalam peti sejuk dan goreng lah ayam ini bila rasa nak makan.

Perencah dimasukkan ke dalam bekas bersama ayam

Hasil setelah ayam disebatikan

Goreng bila anda nak makan

Selamat mencuba!

Jika anda hanya ingin memasak 1/2 ekor ayam, bahan-bahan di atas bolehla dibahagi dua ok? Tapi jika anda rasa bahan-bahan tersebut terlalu overdos ataupun tak cukup rasa, anda boleh try and error hehehe..Buatla ikut suka hati anda sebab nama resepi ni pun sesuka hati..=D

Sunday, April 11, 2010

Kenapa nak kerja kalau dah tau penat??

So tired sehinggakan tak boleh bernafas *okay perumpamaan yang sangat melampau untuk kepenatan itu*. Baru je balik dari kerja walaupun setiap hari buat perkara yang sama tapi masih tetap  merungut. Ikhlas ke tak kerja ni? Hmm...Costumer boleh tahan juga ramai tapi pekerja pun ramai so takdela kelam kabut sangat restoran harini.Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas, saya rasakan harini kurang bermaya. Mungkin juga sebab esok ada class bermakna hujung minggu dah habis?waaaa!!! Tapi...ha minggu ni minggu terakhir untuk semester ini yeayyyy!!!Tinggal 3hari saja lagi then kita ENJOY!! Ada beberapa lagi assignment yang perlu disiapkan jadi tak boleh membuang masa. Gunakan masa yang ada sepenuhnya chaiyok2!!

Kenapa nak kerja?-:
1. Nak duit poket lebih (ko ingat cukup ke dengan PTPTN/Biasiswa/Pinjaman yang dapat?)
2. Memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin (kalau tak kerja, mesti keluar lepak dengan kawan -kawan maklumla kelas seminggu 3 hari je takkan nak duduk umah boring kot..)
3. Tambah pengalaman (kerja ni dapat memberi kita pengalaman tentang susahnya mak ayah kita cari duit jadi takdela kita gunakan duit tersebut untuk perkara yang tak berfaedah. Kita juga akan lebih menghargai duit dan pasti akan rasa puas hati membeli sesuatu dengan duit hasil titik peluh sendiri)
4. Tambah kawan (kerja juga akan membuat kita ramai kawan. Tak rugi kalau kita ramai kawan janji jangan salah pilih kawan)

Kenapa taknak kerja?
1. Penat (semua kerja pun penat)
2. Takde masalah kewangan (boleh je minta dengan mak ayah, dorang banyak duit)
3. Kelas pack (tentu sekali bukan budak counseling kelas saya :D)
4. Malas (masa free pergila jalan-jalan takpun duk umah je)

Thursday, April 8, 2010

Hari Rabu masa untuk bersuka ria..

Hari Rabu kebiasaanya kelas saya akan bermula pada pukul 12.30pm sampai 7.00p.m but there is a gap between the classes.Ada 3 kelas pada hari tersebut which at 12.30-1.30p.m. Then, 1.30-2.30p.m. The last class for the day and for the week is at 5.00-7.00p.m. so between the gap, my friends and I usually go to have our lunch at differents restaurant. We don't want to have the same meal for our lunch boring kot. So kami pun ke KFC, McD, Old Town, Papa John and other restaurants. Restaurants ni bukanlah baru dan mahal, semua orang pun tahu dan mungkin selalu pergi tapi kami berempat(my bedmate-Dilah, her bf-Ridz, my classmate-Azhar and I) jarang keluar makan bersama-sama so hari Rabu kami akan cuba luangkan masa lunch sama-sama. We have lots of funs and stories to share. Kawan-kawan saya banyak duit, so kalau nak makan kat mana-mana mesti tanya saya sebab saya je yang tak banyak duit. Untuk menghormati saya, dorang pun tanya pendapat saya. Terima kasih kawan-kawan.. Let's see our meals and maybe you can have a try later;

BBQ Smoked Pizza@Papa John

Asam Laksa@Old Town

Durian-durian@Secret Recipe*very nice I like*

1/4 Blackpepper chicken@KennyRogers 
*picture take away*
And lots more... I'm not always taking pictures when hang out with friends so mostly what I posted was adapted from my previous outings..

Sunday, April 4, 2010

You took my heart away...

Yeay dah jumpa si boifren semalam..Guess what? I'm starting to miss him...Hahaha kedengaran sangat gedix bukan? Nak cerita apa ek? Let's see some pictures of me first:
 
Tempat yang sering dikunjungi

Breakfast dulu sblm check in *anywhere*

       
Main bowling kat Genting murah okek
tapi makanan sangat mahal

Impianku akhirnya menjadi kenyataan 
*naik monorel ulat bulu*

 
Si bf sangat romantik nak candle light dinner
Slogan kami *save the earth*

Mee curry from Marrybrown

  
Sejuk!!!

Percutian memang menyeronokkan terutama sekali apabila kita pergi bersama kekasih hati. Auww!! Ini adalah kali yang ke-xxx kali (tak ingat sudah kali yang ke berapa hahaha) kami bercuti di Genting Highland kota keriangan..Bukanlah bercuti sangat pun cuma ingin luangkan masa bersama sebab kami kebiasaanya sibuk dengan urusan masing-masing. Si gf akan bertolak pagi-pagi dari Melaka ke Genting. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam setengah je. Bus ke Genting ada sejam sekali. Nak ke Genting tiket bermula dari pukul 7.30a.m. sehingga 6.30 p.m. manakala tiket dari Genting ke Puduraya bermula pada pukul 8 a.m. sehingga pukul 7p.m (kalau tak salahla). Harga tiket adalah seperti berikut:
Tambang untuk ke Genting:
Melaka-KL = RM12.20
KL-Genting = RM9.60 (including skyway RM5)
Total         = Rm 21.80 (kalau pakej dari Melaka terus ke Genting RM40, bus bergerak pada pukul 10a.m.)

Kalau nak lagi murah, belila pakej dari KL Sentral RM38(bus+outdoor game). RM39(untuk hujung minggu).
Untuk sesiapa yang nak stay di sana, Hotel First World berharga RM130standard room (book on the spot) and harga akan sangat murah kalau book awal guna online kredit kad. Hotel lain mahal sikitla.

Bf saya ni sangat hygenic orangnya. Korang nak tau kalau dia dah basuh tangan, duit pun dia taknak pegang. Pernah sekali tu saya guna handphone dia untuk buka facebook then dia pesan suruh basuh tangan sebelum makan sebab dia kata hp dia sangat kotor. Dia juga selalu berpesan supaya jangan makan sotong (my favourite) banyak sangat sebab sotong boleh menyebabkan kanser. Kalau saya makan asam which is my favourite too, dia suruh kurangkan. Not good for your brain. Baru-baru ni nafsu saya terhadap nasi lemak sangat tinggi. Dah lebih seminggu saya makan nasi lemak without fail. Pastu bf tanya ada jogging tak? Harusla tak kan. Automatically, dia jadi doctor cinta tak berbayar. Dia pun cakap tak elok selalu makan nasi lemak then tak exercise. Nanti saluran darah tersumbat boleh kena strok and darah tinggi. It will affect  you when you are old. Jangan makan tu, jangan makan ni..Fine sayang you sangat menjaga kebersihan.. Dalam dia berpesan-pesan saya pun bersuara, "apakata suatu hari nanti kita buat pemeriksaan kesihatan tengok siapa lagi sihat". Dari apa yang korang dengar, mesti korang dapat teka kan makanan yang bagaimana dia makan? Bf saya memang kurang makan daging dan ayam atau apa jenis makanan yang berdaging. Makanan tu mestilah tiada bahan pewarna dan tiada MSG juga kurang rasa. Dapatla jimat garam, gula dan sebagainya hahaha..

Apa-apapun saya sangat suka dengan approach yang digunakannya. Contohnya, tetiba je dia nak candle light dinner dengan saya. Seriusly, saya ni bukanlah jenis yang romantik sangat. Pernah sekali tu dia datang bawa  ros sampai 15 kuntum. Katanya nak claim balik zaman kami kecik-kecik dulu sebab dia tak sempat kenal saya. Sekuntum setahun so 15 kuntum untuk 15 tahun. Jadi dia kata umur saya 7tahun dia dah mengorat saya wewitt..! Tak ke rasa sangat terharu? I was so impressed and touched okek..Sayang sangat baik selalu bagi kata-kata semangat bila saya down dan bagi duit bila saya broke (pengakuan ikhlas seorang student). Tak taula kami ni berjodoh atau pun tak  (abah tak setuju hubungan kami) tapi saya sangat menghargainya selagi dia masih milik saya dan saya akan terus mengingatinya kerana dia telah banyak membantu saya sepanjang saya mengenalinya.

P/S: I always admire you la sayang..