Wednesday, December 30, 2009

Back as Pizza girl

Dah seminggu saya kembali bekerja di Pizza Hut. Tak banyak sangat perubahan kecuali tambahan satu dua menu dan pekerja baru yang ramai. Kebanyakannya lepasan SPM dan ada juga 2 3 orang pelajar UiTM di tempat saya belajar. Semuanya ok kecuali apabila pelanggan terlalu ramai, kami akan sedikit tegang dan sibuk mengambil serta menghantar pesanan. Bab ni saya memang tak berapa berkenan sebab rasa macam nak quit kerja serta merta. Walau apapun, bekerja di pizza memang best dan berbaloi. Gaji not that bad even takla mahal sangat tapi kalau time cuti tertentu, gaji akan dibayar dua atau tiga kali ganda. Maklumla, berdasarkan pengalaman kerja yang pernah saya lalui, ada sesetengan company tidak memberi double or triple pay. Gaji pula sentiasa tepat pada masa dan dipotong EPF. Tahun depan pizza hut akan menambah lagi beberapa menu baru dan pakaian kami juga akan bertukar warna hahaha. Banyak perubahan yang akan berlaku dan saya akan sentiasa bergembira dengan semua perubahan tersebut. Kepada semua penggemar PIZZA HUT ataupun yang ingin mencuba pizza hut, silalah datang ke restoran pizza yang berdekatan anda untuk menikmati hidangan baru kami.

Saturday, December 5, 2009

I’m leaving for a week (1 Dec 2009)

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Disember. Sorry readers dah lama tak up date blog sebab internet kat rumah problem + saya sangat sibuk. Pagi ni selepas subuh saya terus nak update blog sebab bila dah lewat sikit saya sibuk dengan kerja-kerja rumah + sibuk menonton tv hikhikhik. Semalam saya keluar berkasih (eceh ayat gedik) di sekitar Alor Star dan Jitra sahaja kerana masa yang terhad. Saya menjemput si pencinta alam di Jitra dan kami terus ke Alor Star membayar bil elektrik yang tertunggak hampir 2 bulan (eh apa kaitan bil elektrik lak ni?kira side plan la ni). Kemudian kami pergi makan laksa yang telah lama kami rancang. Memandangkan tiket wayang telah kami beli jadi masa untuk akan adalah terhad takut terlewat pula. Kami memilih ‘senario the beach boys’ memandang pilihan yang ada hanya cerita ‘Jalang’ dan cerita tersebut. Cerita dia tak berapa minat saya sebab jalan cerita agak bosan namun bagi saya Nik Sayyidah Berjaya membawa watak yang lucu kerana pelat Kelantan+Siam yang digunakannya. Selepas selesai menonton movie, kami menunaikan impian makan aiskrim Magnum hahaha kelakar saya rasa. Dah berkurun janji untuk makan magnum sehingga saya sanggup tak beli dulu semata-mata nak makan bersama. Aiskrim Magnum Almond saya manis rasanya jadi aiskrim tersebut bukan pilihan saya pada masa hadapan. Selepas itu, saya menghantar si pencinta alam ke Bandar Darulaman sebuah taman rekreasi yang cantik kerana dia meletakkan kenderaannya di sana dan kami meluangkan masa sedikit di situ. Kami menaiki boat yang perlu dikayuh sendiri selama mana yang kami inginkan. Memandangkan tasiknya sangat luas kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam berkayuh di tasik tersebut. Seronok dapat meluangkan masa bersama dan saya berharap aka nada lebih banyak masa lagi untuk kami bersama. Malam itu, Izati bersama keluarganya datang ke rumah saya untuk berhari raya. Memandangkan kami tidak membuat sebarang kuih muih, kami hanya menjamu tetamu ala kadar dan yang semampu boleh. Dah lama Izati call saya kerana nak datang rumah namun memandangkan saya sering tiada di rumah (ada kat kampung kerana kenduri tahlil selama seminggu) jadi kedatangan tersebut terpaksa ditangguhkan. Apa-apapun cuti semester kali ni memang bukan masa untuk saya berhibur. Nasib tak plan untuk pergi bercuti semester ini.

27/11- Raya Haji

Hari ni Hari Raya Haji yang juga merupakan hari keenam atuk meinggal dunia. Memandangkan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, kami semua ke kubur selepas solat sunat Aidiladha. Tambahan pula memang merupakan tradisi di kampung saya di mana mereka akan mengadakan bacaan yasin beramai-ramai di tanah perkuburan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia. Kemudian, kami akan pergi ke kubur sedara masing-masing dan menabur bunga atau menyiram air. Hari Raya Haji saya rasakan semakin kurang meriah setiap tahun. Nasib tahun ini kami mengadakan tahlil atuk, jadi ramai sedara mara yang ada. Pada hari tersebut, saya dan juga sepupu-sepupu saya pergi berhari raya di kawasan kampung tersebut. Kami dapat makan laksa, bihun sup, nasi daging dan mi kari. Bila perut dah penuh, mata pun mula mengantuk. Kami pun apa lagi, pulang ler ke rumah bumm dan bersedia untuk tahlil pada malam nanti.

26/11- Maafkan saya kerana tak dapat menjadi yang terbaik

Saya bukan seorang yang sempurna kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya bukan seorang yang bahagia kerana ada hati yang menderita dan saya bukan seorang yang berjaya kerana ada hati yang kecewa. Maaf kerana tak dapat menjadi yang terbaik.

20/11- Abah balik rumah jemput saya ke hospital menjaga atuk

Pagi tadi abah call saya memberitahu mahu menjemput saya ke hospital menjaga atuk yang sakit. Mulanya saya ingatkan serius keadaan atuk tetapi abah cakap saja nak ambil saya untuk menggantikan mak yang perlu juga berehat. Saya pelik juga kenapa anak-anak yang lain tak jaga? Cucu yang tinggal di kampung kan ada, kenapa tak minta tolong dorang jaga? Keluarga sebelah mak memang macam tu kalau bab sakit ni harapkan mak saya juga yang jaga, anak-anak yang lain datang melawat je mungkin nak tunjuk muka, nak harap menantu lagi la taknak tambah pula mak anak perempuan tunggal, yang lain-lain semua lelaki. Abah saya pun sama taktau juga jaga orang sakit. Tetapi adala seorang sepupu iaitu Kakjah setiap hari datang melawat dan menjaga atuk bersama mak. Mak pun tak harap orang lain jaga sebab nanti ada yang mengungkit atau bercakap benda-benda yang menyakitkan hati. Mak cakap kalau tak ikhlas jangan buat, mak saya tak kisah jaga seorang diri walaupun berapa lama atuk sakit. No heart feeling. Dua malam di hospital, kami pun membawa atuk pulang ke rumah kerana doctor mengesahkan kuman telah merebak ke dalam peparu atuk. Memang atuk tak dapat diselamatkan lagi. Kami pun tak mahu atuk menjalani pembedahan kerana atuk telah tua dan kami tak mahu dia menanggung bebanan yang berat. Tambahan pula, atuk memang tak mahu doctor melakukan apa-apa kepada dia walaupun memasukkan wayar ke dalam badannya.

Orang cakap, seseorang yang ajalnya sudah makin dekat, badannya akan kesejukan, berpeluh-peluh dan akan sihat untuk beberapa ketika. Atuk saya mempunyai simtom-simtom tersebut tetapi kami tak sangka akan sekejap tu dia akan meninggalkan kami. Atuk bercakap benda merepek-repek haritu. Kami pun dah bersedia dengan situasi tersebut, semua sedara mara dah diberitahu dan mereka pun pulang dengan segera kecuali adik saya yang berada di Bali dan abang yang berada di Sabah. Saya agak terkilan kerana tak ada bersama ketika atuk menarik nafas terakhir. Saya berada di luar rumah bercakap dengan maklang ketika itu baru setengah jam saya dan sepupu-sepupu meninggalkan atuk di tempat tidurnya. Kami ingatkan atuk ok sebab kami baru ja lepas mengurut dia. Tidak disangka benar kata orang bahawa orang yang dihujung nyawanya akan nampak sihat sebelum pergi meninggalkan kia buat selamanya. Ketika itu, ramai juga yang telah meninggalkan tempat tidur atuk. Ada yang pergi makan nasi, ada yang keluar dan ada juga yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana atuk memang Nampak ok. Namun seorang sepupu juga berpesan, jangan tinggalkan atuk walau seketika ajar dia mengucap sehingga hujung nyawanya. Sepanjang hari aku membaca yasin dan al-quran. Mendengar bacaan talkin di tanah perkuburan memang menakutkan, menyeramkan dan menginsafkan. Semoga roh atuk tenang di sana kerana atuk mampu mengucapkan kalimah syahadah di saat akhirnya bahkan sepanjang dia menahan kesakitan pun tak henti-henti dia mengucapkan kalimah syahadah.

Kenduri arwah diadakan selama tujuh hari berturut-turut. Sepanjang masa saya sangat sibuk. Kawan-kawan yang ingin datang ke rumah juga terpaksa ditangguhkan. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah dan meneruskan kerja masing-masing. Kami akan pulang ke kampung semula untuk kenduri arwah 2 minggu selepas habis tahlil.

2012 (19 November)

Kelmarin (dalam bahasa KL petang semalam ler), saya bersama jiran sebelah rumah pergi menyaksikan movie yang berjudul 2012 (dalam penuh dia tak taula). Bertempat di Big Cinemas Alor Star Mall dengan harta tiket yang mahal rm10 pada setiap hari dan setiap waktu yang ditayangkan walaupun pada hari Rabu (yang lebih dikenali dengan hari Girls Day-tak taula benar ke tak), pergila kami bertiga termasuk kawan jiran sebelah rumah tu tengok citer tu. Terlambat la sikit sebab nak juga beli popcorn ni, bukan nak beli awal-awal. Citer tu gua bagitau lu SUPERB arr!!! Pergila tengok bagi yang belum tengok. Jalan ceritanya sangat menarik, sound sangat gempak dan animasi sangat mengagumkan. Penceritaan dia lebih kurang macam kejadian yang berlaku ketika di zaman Nabi Noh. Di mana Allah telah memerintah baginda supaya membina satu bahtera yang besar dan menyuruh umatnya berlindung di dalam bahtera tersebut kerana akan berlakunya malapetaka yang akan memusnahkan seluruh dunia. Maka naiklah orang ramai yang mempercayai Nabi Noh termasuk binatang segala. Namun begitu, masih ada yang enggan mempercayai Nabi Noh dan mereka menyatakan beliau orang gila kerana dunia sangat aman ketika itu. Dengan izin Allah, setelah bahtera itu siap dan orang ramai telah masuk ke dalamnya, maka berlakulah malapetaka yang dijanjikan Allah termasuk. Semua kehidupan di muka bumi ini musnah dan tiada satu pun yang terselamat darinya. Oleh itu, kehidupan kita ketika ini, binatang-binatang yang ada ketika ini adalah disebabkan keturunan kita yang mengikut kata Nabi Noh. Bagi yang tidak menaiki bahtera tersebut, tiada lagi keturunannya dan telah pupus spesisnya.

Di situ kita dapat lihat bahawa, mereka juga mengkaji sejarah kita dan mereka percaya wujudnya perkara-perkara sebegitu namun kenapa mereka tidak percaya akan wujudnya Allah? Anda boleh mendapat jawapan tersebut di laman web youtube dan taip New Arrival dari intro sehinggalah episod akhir. Jika anda ingin menyaksikan versi Melayu taip dalam Bahasa Melayu untuk episod. Pembaca kesayangan sekalian juga boleh melihat kebesaran Allah di laman web tersebut.

p/s: Ini bukanlah blog tentang kelebihan agama kerana saya menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran ketika ini. Sekian terima kasih.

Percayakah anda dengan rumors bahawa akan berlaku perlanggaran antara planet pada 2012/2014? Adakah itu menandakan hari kiamat sudah semakin dekat? Sudahkah anda bersedia untuk mati? Sudah cukupkah iman anda untuk bertemu Tuhan?

Orang alim sering berkata, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari nescaya kamu akan menjauhi kemaksiatan dan kemungkaran. Amin.

Jadilah anak yang baik (17 November)

Hari ni rutin harian agak berbeza berbanding tiga hari yang lepas di mana hari ini saya tak perlu menghantar Bangcik ke hospital tapi membantunya membuka kedai awal pagi dan menjaga kedai tersebut sehingga abah pulang dari bacaan yasin di sekolah adikku yang bakal menduduki SPM pada esok hari. Esok pun mungkin sama kerana kedua ibu bapaku akan pulang ke kampung untuk menguruskan hal rumah yang dibina di sana.

Tengahari tadi, sepupu saya Kakjah menelefon bertanyakan diri saya. Memandangkan saya sedang bercuti semester, kakjah bertanyakan sama ada saya mahu mengajar tuisyen di kampung. Cikgu yang mengajar tuisyen di sana baru menerima cahaya mata jadi agak sukar baginya untuk mengajar budak-budak. Sudah dijangkakan, abah tidak membenarkan saya berbuat demikian dengan alasan mahu saya berada di rumah. Abah yang sentiasa mahu anak-anak berada di sampingnya menyebabkan kami sukar membuat keputusan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang saya lakukan tanpa pengetahuan abah. Maaf abah kerana sikap abah yang terlalu dominant, kakak terpaksa menyembunyikan beberapa perkara dari pengetahuan abah.

Akhir sekali, semoga banjir yang dialami di Kedah akan surut dan segala bencana yang berlaku akan dijadikan iktibar oleh semua. Tak sabar nak masuk semester 6, eceh tetiba.

3 cerita dalam satu rumusan

Cerita pertama:

Hari ini merupakan hari kedua saya menghantar abang ke hospital untuk cuci luka pembedahannya sebelum dijahit pada minggu hadapan. Hari ini saya dapat melihat sendiri kesan pembedahan tersebut dan sempat juga saya dan abang mengambil gambar perutnya yang luka. Namun, gambar tersebut merupakan koleksi peribadi ok tidak akan ditunjukan di sini maaf. Kesian bangcik setiap kali dia balik mengadu sakit dan gatal-gatal di tempat luka tersebut. Bangcik saya ni perangai dia tak suka menyuarakan hasrat dia. Kalau dia tak suka tak pernah nak cakap depan-depan. Diam je. Semoga dia cepat sembuh dan kembali bekerja semula hehehe.

Cerita kedua:

Tadi abah bagitau yang sepupu saya tak jadi kahwin. Hah? Abah tipula.. Abah pun cakap betul la, abah tak main-main. La ini dah kali kedua sepupu saya tu tak jadi kahwin. Maksudnya dah dua kali pertunangan dia putus di tengah jalan. Malah majlis perkahwinan pun dah nak dekat. Nak buat macam inilah yang dinamakan takda jodoh. Kalau dah kahwin kemudian baru ada masalah kan ke susah. Semoga dia akan bertemu jodoh yang tepat suatu hari nanti.

Cerita ketiga:

Hari ini sekolah zaherah, adik bongsu saya ada penyampaian hadiah untuk kelas fardu ain. Dia mendapat tempat pertama bagi kelas darjah empat. Wah tahniah! Adikku yang pemalas tu bijak juga rupanya. Siap dapat tempat pertama lagi walaupun malas belajar dan pergi sekolah. Kalau rajin mesti lagi bijak. Semoga zaherah selalu success dan Berjaya dalam pelajaran. Begitu juga kepada adik lelaki yang bakal menduduki SPM pada hari rabu nanti. Dia yang semakin rajin semenjak dua menjak ni tadi memberitahu saya yang dia nak buat ‘masscom’ nak jadi wartawan penyiaran la kot huhuhu. Saya cakap boleh dengan syarat dapat mengawal diri dan jangan terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Hah sebelum terlupa, kepada adik perempuan Zakiah yang beraa di Bali semoga cepat sembuh dari penyakit demam campak. Kesian dia sorang-sorang tengah sakit tanpa jagaan keluarga. Semoga tabah ye adikku!

Written on 16/12

Tanggung jawab seorang anak

Alhamdulillah akhirnya saya telah selamat tiba di rumah walaupun di dalam fikiran dan hati risau sekiranya berlaku kemalangan dalam perjalanan saya. Mungkin ini kesan daripada kemalangan yang menimpa rakan sekolah saya dahulu dan daripada pembacaan saya di dada akhbar sekarang ni (ceh skema giler ayat! Ini entry serius ok? So baca dengan serius juga bersesuai dengan tajuk di atas). Memangla ajal maut di tangan tuhan dan kat mana-mana pun kita boleh mati tapi mintala dijauhkan dari kemalangan sebab orang kata mati kemalangan ni tak baik wallahu`alam. Namun begitu, sahabat saya Fatimah@Tim yang meninggal akibat kemalangan adalah seorang yang baik, sangat disayangi semua namun Allah lebih menyayanginya. Oleh itu, Allah memanggil kembali sahabat saya itu ke sisi-Nya. Harapan saya biarlah saya dapat membalas jasa semua orang yang telah berbakti kepada saya terutamanya mak dan abah yang telah mendidik saya sehingga menjadi gadis yang cantik dan terpelajar ini (puji diri sendiri nampak?).

Berbalik kepada perjalanan saya ke kampung halaman, Alor Star Kedah, saya tiba di Shahab Perdana lebih kurang pukul 5.15a.m dan dijemput oleh adik lelaki yang berumur 17thn. Pada mulanya saya agak pelik kenapa abang kata nak dating ambil sedangkan dia baru selesai menjalani pembedahan. Mungkin abah yang akan menjemput kerana kebiasaannya abah akan menjemputku di terminal bas. Saya yang hampir tiba di terminal masih mendapat panggilan dari abang bertanyakan lokasi saya. Tanpa berfikir apa-apa saya pun menunggu sesiapa saja yang datang menjemput. Rupa-rupanya adik yang tiada lesen namun cekap membawa kereta memandu manakala abang berada di sebelah.

Saya pun bersuara, “baru nak tanya camna nak ambik tengah sakit-sakit camni? Bukan ka abah yang selalu ambik napa tak ambik lak arini?”

Adik pun menjawab, “abah sakit”.

“Hah sakit? Sakit apa?”

“Angin tetiba”.

Saya yang kebengongan pun menyambung lagi, “Napa lak pepagi camni nak angin?”

Adik balas, “sakit angin dia tula datang balik,”

Ooooo baru saya faham kali ini maksud sakit tu. Abah memang selalu kena sakit angin dan apabila menyerang abah akan jadi sangat lembik, nak buang air besar dan akan pitam (bukanla pitam sangat pun tapi tak bermaya la). Masa mula-mula kena dulu mak takut sangat sampai menangis then panggil jiran sebelah. Kitorang pun bawa abah ke hospital dan abah ditahan di wad. Tapi, bila dah biasa, mak dah okey boleh handle. Abah pun dah taknak di bawa ke hospital sebab dia dah tau camna nak recover sendiri. Abah kena berehat sampai dia okey. Saya kagum sangat dengan mak yang sangat menjaga kebajikan abah. Mak sanggup mencuci najis abah, sanggup mengangkat abah yang berat dan menjaga makan minum suaminya dan bersabar setiap kali dimarahi. Bolehkah saya jadi macam mak? Bolehkah saya bersabar dengan semua masalah?

Adik lelaki yang bakal menduduki SPM pada tahun ni telah berubah menjadi sangat rajin. Dah rajin solat hajat, baca buku selepas subuh dan ulang kaji pelajaran. Mungkin dia ada aim tersendiri nak memasuki university seperti kakak-kakaknya ataupun mungkin dia ingin sedar tanggung jawabnya sebagai seorang pelajar. Walaupun saya agak terkejut dengan apa yang berlaku pada hari ini namun saya tetap menerimanya dengan hati yang tabah. Tanggung jawab mak yang berat selama ini, akan saya pikul separuh kerana saya telah bercuti. Nasib tetiba membuat keputusan untuk balik awal kalau tak kesian mak, mana nak menjaga suami dan anak yang sakit, kemas rumah lagi, memasak..

Tugas saya selepas ini, menghantar abang ke hospital setiap hari untuk cuci tempat yang telah dibedah, memasak dan mengemas rumah serta menjaga kedai abang yang diuruskan oleh abah sementara waktu. Saya juga akan membantu adik yang bakal menghadapi SPM beberapa hari lagi. Seronoknya dapat mengharungi pahit getir kehidupan bersama keluarga. Semoga suatu hari nanti anak-anak saya juga memahami tanggung jawab mereka terhadap saya. Keluarga hanya satu, jadi hargailah keluarga selagi kita masih mempunyai keluarga. Sayangi keluarga seperti anda menyayangi diri anda sendiri.

Written on 15/10


Friday, November 13, 2009

BERITA PENTING!!!

Berita ni memang penting kena baca! Cik Rain@Syuraini dah abis exam. Dia dah tamat pengajian semester 5. KAHKAHKAH.. Best giler ah bila cuti menjelang seperti nak raya ja. Maklumla asyik bergelumang dengan buku ja sepanjang pengajian. Bosan siot! (Eh ayat yang kurang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak. Ada ke kanak-kanak yang nak baca ko punya blog?Leave it.) Paper last hari ini pagi. Seperti biasa, saya memang tak suka nak cerita perkara yang dah lepas (maksudnya dia takleh jawabla tu paper tadi) so just go on with the future. Peduli apa dengan paper yang dah terjawab janji settle dan pass. Giler ah takda aim langsung untuk pointer! Eh adala janji meningkat walaupun sikit-sikit. Kalau ponter jatuh tu agak loser la. So now tengah download jangan pandang belakang congkak bersesuai dengan prinsip saya jangan ingat kembali perkara yang dah lepas. Cerita tu dengar kata sangat fun, disebabkan tak sempat tengok movie masa tayangan dia so kenala tengok sekarang. Mak called tadi tanya bus pukul berapa, memang selalu pun macam ni kalau cakap nak balik Kedah je mesti berkali-kali call tanya bus pukul berapa padahal dah banyak kali pun cakap still ada yang salah faham. Kita cakap bus kul9.30, ada je yang ingat pukul6.30 iskh ishk ishk. Apa-apapun keluarga selalunya rasa sangat excited bila ada anak perempuan nak balik Kedah. Family Encik Zaini ada 3 orang anak perempuan. Sorang belajar di Melaka, sorang lagi belajar di Bali. Yang bongsu masih di darjah4. Yang paling disayangi mestila yang belajar di Melaka hahahaha sebab dia anak perempuan sulung sangat bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga. (Ehem ehem. Proceed please). Tak sabar rasanya nak balik Kedah walaupun terpaksa meninggalkan career sebagai gadis pizza sementara waktu. Mesti agak merindui kerja yang telah sebulan lebih berkhidmat. Kesian manager yang akan kekurangan tenaga pekerja. Selamat bercuti kawan-kawan. Semoga kita berjumpa lagi nanti jika jodoh kita panjang. Insyaallah. Daaa..!

Monday, November 9, 2009

2nd paper pun dah selesai..

Kepada kekasih hati yang baik hati (eceh). Pembaca-pembaca blog saya adalah kekasih hati saya la siapa lagi. Hari ini saya selesai menjawab kertas peperiksaan kedua dan tinggal hanya satu saja lagi iaitu pada hari Jumaat 13hb11. Selepas itu, saya akan kembali ke kampung halaman menemui keluarga tercinta dan sahabat-sahabat yang dirindui. Kerjaya saya sebagai gadis pizza akan terhenti buat seketika dan akan bersambung jika masa mengizinkan Insyaallah.


Berbalik kepada kertas petang tadi, nak kata tak boleh jawab tu,, memangla hahaha tapi aku bantai juga jawab. Salah tu mungkin tak la tapi kurang tepat tu mungkin hehehe. Harapan semoga pointer meningkat walaupun tak banyak pewett! Tak sabar giler nak balik jumpa semua orang yang dicintai. Rasa banyak sangat kasih sayang yang perlu dimiliki dan disuntik dalam diri ini agar tidak menjadi orang yang kekurangan kasih sayang.

Tuesday, November 3, 2009

Sakit yang tak dapat dibendung....

Semalam saya jatuh sakit yang amat sangat! Tak tertahan rasanya tapi nak buat macam mana kena juga atasi seorang diri. Nak telan ubat pun perut dah tak mahu terima. Mesti muntah balik so apakan daya. Lebih kurang pukul6 pagi baru boleh lelapkan mata kemudian pukul 9pagi terpaksa bangun untuk pergi kerja. Saya cuba sms kawan dan pengurus tempat kerja saya untuk pengecualian kerja namun manager call suruh datang kerana tak ada pekerja pada pagi ini. Memandangkan saya masih belum pulih sepenuhnya, saya memberitahu akan lambat sedikit. Nasib baik Amri, kawan sekelas mahu menghantar saya ke tempat kerja. TERIMA KASIH AMRI! Kami lunch dahulu sebelum saya masuk kerja. Wajah yang tidak bermaya terpaksa juga mempamerkan senyuman walaupun ianya palsu untuk keselesaan pelanggan. Ingatkan saya sorang je tidak sihat pada hari ini, rupa-rupanya seorang lagi pekerja pun tidak sihat. Muka pucat lesi namun digagahi juga datang bekerja. Nasib baik customer tak berapa ramai, so kami tak adalah terkejar-kejar sangat nak hantar menu. Lebih kurang pukul 3, pekerja dah semakin ramai jadi saya bolehla curi tulang sedikit. Lagipun mereka dah diberitahu tentang masalah kesihatan saya. Pukul 7pm, saya sudah tamat bekerja AMRI juga yang jemput memandangkan hari hujan. TERIMA KASIH sekali lagi AMRI! Harapan saya semoga kesakitan ini akan sembuh secepatnya dan tidak lagi mengganggu fikiran dan perasaan saya.

Monday, November 2, 2009

Done with 1st paper..

Yeay,, harini sudah selesai aku menjawab 1 paper final iaitu "school counseling". Paper ni actually tak ada kaitan sangat dengan subject aku tapi as minor subject and carries 3 credit hours so penting la juga untuk up kan pointer. Paper tadi takla susah sangat namun aku tetap aku yang mana memang tak suka score time final. Jawab ikut suka hati dan semestinya boleh menghancurkan pointer kahkahkah. Apa benda yang aku baca dengan yang aku jawab entah. Takpelah,, menurut pakar motivasi, apabila kita selesai menjawab peperiksaan, janganlah kita mengingati perkara yang sudah lepas, lebih baik fikirkan perkara yang akan datang. Ada lagi 2 paper akan menyusul. Paper seterusnya pada 9hb.11 dan paper terakhir 13hb.11. Aku masih belum decide lagi nak balik Kedah berapa hb memandangkan komitmen kerja yang ada. Bayangkan selepas je selesai peperiksaan tadi, manager suruh aku masuk kerja. Orang lain semua nak self-reward, aku je yang terpaksa pergi kerja. Kerja memangla bukan keutamaan bagi pelajar seperti aku, tapi apabila kita sudah mendapat kepercayaan orang dan terikat dengan sesuatu, kita harus melaksanakan tanggung jawab yang diberikan. Esok, Dr. David mahu kami menghantar re-do journal proposal yang sepatutnya dihantar minggu lepas, tapi aku tak mahu re-do dan biar jela journal haritu. Malas nak buat semula sebab aku akan menghantar perkara yang sama juga hihihihi.....

Wednesday, October 28, 2009

Teka-teki Pizza Hut..

Siapakah ahli kumpulan baru wings?

Monday, October 26, 2009

Rasa sangat 'USELESS' bila terpaksa minta duit dari parents..

Kenapa saya rasa sangat useless bila terpaksa minta duit dari parents apabila sengkek (broke)?
1. Sebab saya dah berusia 22 tahun (dah cukup besar untuk tidak bergantung hidup dengan parents). Dah lebih 20 tahun parents tanggung tak tahu sempat ke tak balas jasa dorang tersebut sehingga 20tahun.
2. Saya pemegang biasiswa SLTP yang membolehkan saya belajar secara percuma dan mendapat elaun setiap semester.
3. Saya bukan dari golongan orang berada (tak kaya)

Tapi kenapa saya terpaksa juga minta duit dari parents saya?
1. Sebab saya tidak bijak menguruskan wang (sebulan mesti akan berbelanja melebihi rm500)
2. Saya tidak membelanjakan kesemua biasiswa yang saya terima untuk kepentingan sendiri.
3. Saya tiada pilihan lain melainkan pinjam dari kawan (segan pula).

Semester saya telah mengambil 1 inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan bekerja part time. Penat tu memangla sebab masa yang ada untuk berehat di rumah terpaksa digunakan untuk bekerja but I have so much fun at the work place. Selain itu, ada juga faedahnya bila bekerja ni sebab saya tak perlu lagi melepak di luar sambil menghabiskan duit yang ada tetapi menambah pendapat sekaligus mendapat pengalaman dan kawan-kawan baru.
p/s: Kepada lelaki di luar sana yang rasa dirinya bekerjaya, bergaya dan kaya,,bolehla masuk meminang saya KAHKAHKAH.

Dengarlah DUNIA!!!!

Berita apa? Berita sari penting.. Pelajar bernama Nur Syuraini Bt Zaini telah selesai menyiapkan semua assignmentnya yang sangat2 banyak pada hari ini. POYO! Mestila dah 3 hari kot tak tidur. Dah ada kesan eyeback pun. Mengantuk sangat dan rasa nak qadha utk beberapa hari akan datang. Lega kerana sudah selesai menyiapakan research proposal walaupun tidak seperti yang diinginkan oleh pensyarah saya. Semuanya bagaikan nightmare yang takkan dirasai lagi. Final exam akan bermula pada 1hb nti so semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak balik KEDAH jumpa keluarga yang dirindui.

Saturday, October 17, 2009

Why I like rose?

Ada beberapa sebab kenapa saya menyukai ros. Saya bukanlah seorang perempuan yang sukakan bunga tapi lama kelamaan, bunga ros telah sebati dengan diri saya. Saya sangat menyukai ros seperti tiada bunga lain dapat memenuhi ruang hati ini. Kali pertama diri ini menerima ros, walaupun hanya sekuntum hati sangat gembira tak terucap. Mahu menjaga bunga itu kalau boleh selama-lamanya. Namun hanya bertahan seminggu sahaja. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya saya mempunyai pengalaman yang sangat bahagia tentang ros sehingga ke hari ini saya sangat menyukai ros. Ros yang cantik, wangi dan menarik. Bagi yang tidak meminati ros, anda masih mempunyai pelbagai pilihan bunga yang cantik walau tidak setanding ros saya. =p



Keganasan Rumahtangga..

Kenapakah topic ini dibicarakan?Adakah Nia nak kahwin?Mestila nak tapi bukan sekarangla. (gatal ar tu tetiba nak kawin..) Semua wanita pasti mengharapkan satu perkahwinan yang bahagia tanpa sebarang kepahitan terutama keganasan rumah tangga. Takut la kalau dapat suami/isteri yang panas baran, kaki pukul or pemalas. Tak pun yang suka membuat perangai or mencari pasal. Saya sanggup membujang kalau dapat lelaki yang macam ni. Semoga tuhan melindungi diriku dari manusia-manusia sebegini. Apakah persepsi anda tentang keganasan rumah tangga? Buat masa sekarang saya ada kenangan sendiri tentang keganasan rumah tangga. Kahkahkah *sign* tak mahu kongsi. Siapa yang tahu cepat ketawa sekarang! Untung sangat bagi wanita-wanita di luar sana yang dijodohkan dengan seorang lelaki yang budiman dan tahu menjaga wanita sebaik-baik diri mereka dan diangkat seperti bidadari syurga. Suami kepada Shasha bekas kumpulan ELITE pernah berkata, "isteri adalah ibu kepada anak-anakmu, jadi sayangilah dia seperti kamu menyayangi ibumu dan peliharalah dia seperti kamu pelihara syurgamu". Sweet kan kata-kata tersebut? Shasha yang mendengar hanya tersenyum. Mesti dalam hati berbunga riang tak terkira. Doa saya, semoga Allah memberi jodoh yang dapat menyayangi saya dan membimbing saya ke jalan yang diredhai-Nya.

Wednesday, October 14, 2009

Kes Ragut..

Belum habis lagi kesedihan mendengar perkhabaran kehilangan seorang kawan semalam, pagi ini saya melihat pula satu kejadian ragut ketika berjalan kaki ke kampus bersama seorang kawan. Kejadian berlaku pada pukul 8.20a.m. berdekatan asrama siswi. Pelajar tersebut dalam perjalanan ke kampus juga dari rumah sewanya bersama rakan-rakan yang lain. Kumpulan mereka agak ramai namun malang tidak berbau apabila dia diragut oleh seorang lelaki menaiki sebuah motosikal. Saya kurang pasti jenis motosikal lelaki tersebut tetapi dia seperti telah merancang terlebih dahulu sebelum meragut kerana plat motosikalnya ditutup. Kami tidak dapat mengambil plat no tersebut kerana di belakang, peragut tersebut telah menutup no tersebut menggunakan pelekat hitam manakala di hadapan motosikal tersebut ditutup dengan tangannya kerana no plat berada di atas (faham tak maksudnya?) Saya dan kawan yang berada agak jauh di hadapan mendengar jeritan seorang perempuan lalu menoleh ke belakang. Perempuan tersebut terjatuh mungkin akibat ditolak oleh peragut namun tiada sebarang kecederaan. Saya yang menyaksikan kejadian tak tahu nak buat apa kerana dalam fikiran nak ambil no plat saja tetapi telah ditutup dengan sengaja. Saya dapat mengecam wajah peragut tersebut tapi tak dapat membantu. Terfikir juga ingin membaling file yang dipegang kepada peragut tapi takut di apa-apakan pula. So, kepada pelajar berkenaan, saya bersimpati kepada awak dan kepada peragut tersebut, pergi MAMPOS la ko! Hidup nak menyusahkan orang saja. Bertaubatlah wahai orang-orang yang suka melakukan kejahatan kerana neraka yang panas menyala sangat sakit rasanya. Kepada kita yang belum lagi diduga oleh Allah, beringatlah selalu. Jangan mengambil mudah tentang semua perkara.
p/s: Tim masih dalam ingatan..MISS U AGAIN

She is in memory...


Fatimatussolihah Abd Aziz (1987-2009) was my classmate back in school few years ago. We used to be in the same class (f4) and sat beside me. I like to label her as genius because she was a genius girl. I still remember the day during our chemistry class where I sat beside her at the lab. Her eyes were red to show how sleepy she was. She then slept in the class hmm.. She loves to sleep indeed. However, in the next exam, she used to be the student with the highest score in chemistry paper. I was so impressed and that was the time I labeled her as a genius girl. She did very well in every exam too though she was not really serius. She used to be one of the best students in SPM with 10As during the year 2004. She then continued her study in India. She is going to be a dentist in few years time. Unluckily, Allah loves her more than we do. She involved in one accident between a bus and their car. She was in the car with 3 other friends. 3 of them were called to meet Allah and another one is still in between. We are still in blurr and wondering. It's an unexpected news from her that we can't imagine. To Tim, no matter where you are, how long you go and how far we are apart, YOU will always be in our heart. May always bless you and place you among the pious people in Allah side. Sad T__T
p/s: Al-fatihah to her..

Thursday, October 8, 2009

Why I'm being like this?

I'm feeling so annoyed and mad at myself. I can't tell you why because I'm so curious about others feeling. I realize that I'm becoming so secretive these few months and I'm drowning with it. I'm bad bad bad. I'm even bad than what you think I am so don't think. Can angles help me? Only ALLAH can help me, so please help me ALLAH='( -so pain with no gain-

Gadis Pizza..

Bukan Gadis Melayu k? Eh gadis Melayu juga tapi bukan dalam rancangan realiti tu tapi ini kehidupan realiti. Lebih berterus terang, sudah hampir 2 minggu saya bergelar gadis pizza. Baru je balik dari kerja sejam yang lalu, nasib hari ini kurang pelanggan so takdela penat sangat. Actually kerja yang saya buat sekarang ni takla memenatkan cuma kalau hari minggu ni penatla sikit sebab pelanggan ramai. Tambah pula kalau shift time closing (tutup kedai), mau nak berhenti kerja sekarang juga letihnya. Sebagai pelajar, mungkin agak tertekan kerana saya terpaksa bijak menguruskan masa. Kalau tak , tunggang langgang jadinya. Parents akan cakap, "Berhenti kerja dan jangan kerja sehingga tamat belajar!" Erm,, kalau ikutkan hati memangla taknak kerja tapi kerana saya tidak bijak menguruskan wang jadi saya terpaksa bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Terpaksa merungut sendiri dalam hati. Nasib badan la kan. Dari usia sehari sehingga 22 tahun mak abah yang tanggung, takkan nak kena tanggung lagi? Tak. Baik mak abah, kakak janji takkan minta walau 1 sen pun lagi, tapi kalau nak pinjam boleh? =)
Pekerja-pekerja di Pizza Hut dari manager sehinggala staf bawahan sangat baik dan mudah memberi kerjasama. Takda masalah berkaitan sombong or suka arah-arah. Kami dah macam 1 family. Setiap orang akan membuat benda yang sama kecuali memasak. Hanya yang dilatih menjadi tukang masak akan membuat kerja memasak. Cashier juga diberikan kepada mereka yang terlatih sahaja agar takda masalah kekurangan duit. Ini merupakan kali pertama saya bekerja di restoran segera. So kepada sesiapa yang menyimpan hasrat untuk bekerja part-time or full-time di restoran segera, pilihla pizza hut hehehe..

Tuesday, October 6, 2009

Kita yang merancang Tuhan yang menentukan..

Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya dapat kita tunaikan betul tak? Contohnya, kita merancang untuk pergi ke suatu tempat pada hari-hari tertentu tetapi last minute terpaksa dibatalkan akibat perkara yang tak dapat dielakkan. Perkara yang lebih extreme lagi adalah apabila kita merancang untuk berkahwin tetapi terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Tak ke haru biru namanya tu.. Sebagai pelajar, banyak perkara yang tak dapat saya elakkan terutama apabila sudah melakukan 2 perkara dalam 1 masa (bekerja sambil belajar). Penat sudah semestinya dan masa terluang sudah tiada. Semuanya pack dan terhad.
Oleh itu, kepada orang-orang yang tersayang, jika ingin berjumpa atau melawat diriku ini, harap anda akan memahami jika saya tidak dapat meluangkan masa untuk bersama anda. Saya memang suka berjumpa anda semua tetapi kadang-kadang ada perkara yang betul-betul tak mampu kita lakukan untuk merealisasikan rancangan tersebut. I'm so sorry but I have tried my best before I say no, am I? Untuk memuaskan hati semua pihak memangla mustahil but believe me nothing happen without reason. Sorry seems to be the hardest word.

Saturday, September 26, 2009

Masa berkualiti bersama keluarga..


Ini keluarga saya..



Seronok giler masa parents cakap nak hantar saya dan adik balik ke tempat masing-masing. Kami bertolak awal pagi lebih kurang 3a.m. (hehe awal kan?) untuk mngelakkan kesesakan jalan raya. Tambahan pula, abang saya memang celik mata waktu malam (burung hantu la katakan). So, dari rumah sampai Gurun, abah drive then abang cik drive sampai Seremban. Kami tiba agak lewat kerana tersalah laluan di highway Seremban-KL. Disebabkan tidak mengejar masa jadi tak ada masalah untuk lambat tiba di Seremban. Lebih kurang pukul 11am kami tiba di Seremban. Saya menghilangkan penat dengan berehat dan tidur sekejap, then bangun mandi dan makan tengahari. Tiba-tiba, hati rasa nak balik Melaka segera so saya pun membuat keputusan untuk pulang ke Melaka pada petang itu juga dengan alasan banyak assignment yang perlu disiapkan. Memang banyak giler sebab cuti tak ingat dah nak buat semua assignment tu. (Excuse me, I nak raya ok motif sangat nak ingat assignment semua tu..)


Mak, abang dan adik-adik ikut menghantar saya balik Melaka kecuali abah. Sekali lagi saya telah menyusahkan semua orang akibat kelemahan saya mengingati jalan. Saya memang fail la bab-bab hafal jalan ni. Yela bukan drive pun kat sini. Kalau area Alor Star tu gue pro la beb... Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1jam telah menjadi 2jam kerana kelemahan tersebut. Mak mencadangkan supaya kami pergi berjalan-jalan dahulu di sekitar Melaka sebelum menghantar ku pulang ke rumah. Tak banyak tempat yang boleh dikunjungi memandangkan hari telah lewat dan banyak tempat telah tutup. Lebih kurang 9p.m kami menikmati makan malam sebelum saya membawa mereka ke rumah sewa saya. Adik lelaki dan abang merehatkan badan dengan mandi dahulu. Mak terfikir untuk bermalam di rumah saya sahaja namun berubah fikiran sebab abah tertinggal di Seremban. HAHAHA.. Takpa lain kali mai lagi tau keluarga ku. Walau apapun, memang best la bila keluarga ada bersama walau dimana jua kita berada. Akhir sekali, I LOVE my FAMILY and I LOVE U too sayang...opps!


Tiket TRANSNASIONAL MAHAL!!

Daripada biar entry ini kosong meh nak isikan sikit fakta tentang transnasional kenapa tiket dia mahal sangat.
1) Dia sekor-sekor je naik harga tambang sebanyak RM3. Tak tau la pula kalau ikut per cent tapi yang pasti kalau dari Melaka nak ke KL, Shah Alam dan Kedah memang dia charge RM3. Kalau bas lain pun naik harga mungkin baru lagi sebab masa saya beli sebelum balik raya, harga tiket bas lain memang tak naik lagi.
2) Akan mengenakan charge jika ingin menukar tiket. Walaupun nak tukar hari yang sama tapi waktu je lain memang kena charge. eg: Masa saya nak balik raya pada 16/9, saya ingin menukar tiket dari pukul 2pm kepada 1pm kerana takut jalan di KL jem dan tak sempat tiba untuk menaiki bus ke Kedah. Nak tau kena charge berapa? Separuh dari harga asal. Harga asal RM12.40 dan setelah dinaikkan sebanyak RM3 jumlah menjadi RM15.40 (harga ni tetap sampai kenaikan seterusnya) so kena tambah RM7.70. Mahal tak anda rasa? Bagi saya mahal sebab saya hanya ingin menukar tiket lebih awal bukan syarikat dia rugi apa-apa pun. Kalau tukar tarikh atau ingin jual tiket mungkin la agak berbaloi tambah duit or dibayar separuh.
3) Minggu pulang berhari raya, ada tiket yang ingin ditukar terpaksa membayar 100% harga tiket. Maksudnya beli tiket baru la. Rugi kalau korang bagi balik tiket tu dan tambah duit sebab nanti dorang jual balik kat orang lain. Untung berkali ganda.
4) Sangat panctual (mungkin 1 kelebihan) dan akan meninggalkan penumpang yang lambat naik walaupun selama beberapa minit.
Walaupun bas transnasional dikatakan selamat dan kurang terlibat dalam kemalangan namun saya rasa harga yang dikenakan sangat mahal dan boleh menyebabkan orang ramai berasa kurang senang. Janganlah mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang anda ada kerana lebih banyak kita beramal, lebih murah rezeki kita. Syarikat Transnasional dah terlalu stabil dan akan masih mengalami keuntungan yang besar sekiranya tidak menaikkan harga tiket. Jika ramai penumpang yang berfikir seperti saya dan tidak mahu menaiki bas transnasional lagi pasti syarikat tersebut akan mengalami kerugian yang besar. Hentikanlah kenaikan tambang bas tersebut supaya ramai orang akan setia dengan transnasional.

Tuesday, September 15, 2009

Keseronokan Bershopping Mengakibatkan Kesakitan..

Sudah 2 minggu berturut-turut Nia turun ke Shah Alam kerana bosan di bumi Melaka ini. Cewah. Nia membuat keputusan yang tak pasti selama beberapa hari mahu ke Shah Alam atau tidak dan akhirnya keputusan di pihak Shah Alam. Yeyy bagi tepukan sikit. (Clap! Clap! Clap!) Saya tumpang Ayu yang juga ingin pulang ke rumahnya di Sg Buloh. Sampai Shah Alam lebih kurang pukul 12am (tak ingat la). Mengantuk sangat. Lepas je mandi terus bedebum tidur zzzzz... Keesokan harinya, saya teringin sangat nak ke SOGO sehingga si baik hati akhirnya melaksanakan impian tersebut. Ramai giler la orang! Tak tau nak gambarkan macam mana. Nasib kami parking kereta di AmCorp Mall dan menaiki lrt ke KL.


Bercerita tentang AmCorp Mall, saya nak sangat ke kedai artis Malaysia yang bernama Nora. Saya ada ter'view' website beliau, memandangkan si baik hati sangatlah baik, dia pun menunaikan hasrat saya itu. Indah khabar dari rupa. Kedai tersebut tak adalah best sangat biasa je. Yang ada poster besar-besaran beliau dan pekerja-pekerjanya. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih di kedai tersebut. Macam bestla. Disebabkan bulan puasa, kami pun tak dapat merasa masakan di kedai tersebut.


Dah sehari suntuk berjalan di KL. Keesokan harinya, saya pun bersiap-siap untuk pulang ke Melaka. Sebelum tu, keluar ke PAS and PKNS dulu untuk habiskan masa bersama. Tiba-tiba perut saya rasa sakit. Bila dah ok saya pun keluar la berhibur. Malang tidak berbau, tiba di PKNS, badan dah rasa pelik. Dah tak tahan sakit terus tak boleh jalan. Lebih malang lagi rasa nak muntah tiba-tiba. Si baik hati membawa saya pulang ke rumah. Sakit sangat sampai tak boleh bergerak. Bus ke Melaka adalah pada pukul 4.45pm. Macam mana ni? Boleh sembuh ke? Shiro mencadangkan supya saya pulang keesokan hari saja. Erm...tiket dah beli. Takpa cuba jual balik. Setelah beberapa minit sebelum ketibaan bus transnasional, saya berjaya jual tiket tersebut. Terus ke klinik Pakcik Faiz dan doktor memberitahu saya terkena keracunan makanan. Dapat MC sehari je. Ingat dapatla terus sampai rabu so boleh balik KEDAH awal sikit hehehe.. Saya pun ponteng kelas sehari dan pulang ke Melaka pada hari Isnin.
Ni pun satu hal. Memandangkan sudah terlepas bus Transnasional, so saya pun membeli tiket bua Holiday City. Sejam menunggu baru bus tiba. Memang bengang gak ar sebab bus sepatutnya bertolak tepat pada masa kalau lambat pun sepatutnya beberapa minit je ni sampai 1jam! Hampeh tul. Apa-apapun saya telah selamat pulang ke rumah dah selamat tiba di Melaka. Thanks kawan-kawan yang telah meluangkan masa bersama saya.

Wednesday, September 9, 2009

Kasut Raya

Hari tu dah buat post pasal baju raya. Sekarang nak buat pasal kasut raya lak. Jumaat lepas, ketika kebosanan di rumah Shiro, dia mengajak saya ke KL (Shiro menyewa di Shah Alam). Mula-mula plan nak ke KL namun sebab tak cukup masa so tukar plan ke Subang Parade ja. Tak banyak sangatla benda yang menarik tapi banyak gak baju raya yang cantik-cantik. Masa pusing-pusing di Mall tersebut, Shiro bercadang untuk melihat kasut. Kalau ada yang cantik, dia nak beli. Pusing punya pusing, kami pun sampai kat 1 kedai kasut ni. Kasut dia sangat menarik, banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Saya ada minat pada 1 kasut ni yang dah lama pun saya survey. Shiro cuba kasut yang dia suka tapi dia tak sure nak beli ke tak. Fikir punya fikir, dia tak jadi ambil. So, kami pun blah dari tempat tersebut. Jalan jalan satu mall then buat keputusan nak patah balik kedai tu dan beli kasut. Hehehe. Sumpah nak sangat beli kasut! Walaupun pernah berjanji tak nak obsess dengan kasut lagi tapi untuk kali ni je..=) Yang patah balik kedai tu bukan sebab Shiro yang nak beli kasut, tapi saya la. Dah aim lama cuma asyik bertangguh ja. Owh tak nak buat anda tertunggu lagi dipersilakan KASUT RAYA saya...

Memang kena dengan baju raya yang ada warna pink, kuning dan biru

Di bilik persalinan




Minggu yang mencemaskan!!

Nightmare.. Itula perkataan yang akan saya kenang selamanya. Minggu yang sangat menyerikan bagi saya di mana selama 3 hari saya terpaksa bertungkus-lumus untuk menyiapkan assignments dan prepare untuk tests. Nampak tak (s) tu refer kepada banyak ok? Hari Ahad terpaksa bersengkang mata untuk siapkan article review Dr.David. Memang tertekan sangatla time tu. Tidur pun 3jam je dari pukul 1.30am sampai 4.30am (anggaran jela). Lepas tu sambung balik sampai pukul 7.30a.am terus siap-siap untuk ke kelas. Dalam kelas nasib la Dr. David mengajar dulu sebelum bagi test. Kalau tak memang lagi tertekan la. Nak tau lepas test tu Dr. David cakap apa? (korang ni menyibuk je tau) Dia cakap "Where's your article review?" Pastu kitorang sumer diam. "I tell you what, by next week you have to submit your assignment. I can't give you more than ok" WHAT?? Dah bersusah payah aku buat tetiba hantar next week? In one way, memang untung boleh perbaiki lagi assignment tu tapi in many ways, aku dah bersusah payah la waaa..!! (Test ok sebab aku tak rasa nak menangis hehe).
Hari Isnin malam. Ini lagi satu nightmare. Boleh dikategorikan sebagai one of the nightmare ever. Hari Selasa, saya kena submit curriculum punya assignment tapi masa nak print assignment tu tiba-tiba pendrive tak boleh buka. Zupp! Folder tersebut dah dimasuki binatang bernama VIRUS! Argghhh TIDAK!!!!!! Assignment tu saya dah siapkan 2 minggu awal. Jangan nak tuduh saya suka buat kerja last minute ok walaupun kebanyakan paper saya buat last minute tapi tak pada paper ni. Dah banyak effort saya letak pada paper ini dengan harapan saya dapat relax di kemudian hari. Namun apakan daya, virus yang takda otak ni (bukan ayat curse ok tapi virus memang takda otak) telah menyerang pendrive saya. Terpaksala saya buat semula memandangkan backup yang ada tidak mencukupi. Aku stress sekali lagi. So, malam tu pun bertungkus-lumus. Hati rasa tak sempat giliran saya esok sebab ramai lagi yang belum present dan kelas 1 jam je. Kami kena hantar write-up sekali dengan present write-up tersebut. Pukul 3.30a.m, mata ni dah tak tahan untuk berjaga so saya ambil keputusan untuk tidur seketika. "Pukul 5.30a.m bangun balikla" -dalam hati berkata. Bangun je dari tidur (jam telah di set kan),, HAH pukul 8.30am? Macam mana leh tak terjaga ni? Aduh! Assignment dahla tak siap lagi. Hafiz dan Ridz yang baru start buat semalam pun dah siap, aku ni ja belum. Bangun ja sambung buat lagi sampai pukul 9.30am. Then bersiap-siap untuk ke keas Mandarin. Dalam kelas, saya concerntrate kejap kemudian sambung balik write-up semalam. Nasib kelas Curriculum pukul 2.30pm. Habis je kelas Mandarin, saya balik rumah sambung buat lagi then print. DONE! Alhamdulillah. Namun seperti yang dirasakan oleh hati benar. Cis ayat takleh blah. Turn saya untuk present memang ditangguhkan kerana kesuntukan masa. So sekali lagi rasa sakit hati. Nasib juga lecturer suruh hantar write-up tersebut, takdela kecewa sangat. Tunggu present je nanti. Effort yang diberikan 1 malam memang tak sama dengan effort yang diberikan selama 2 minggu =(

Selasa malam. Nightmare tu takla sangat tapi agak stress juga sebab Rabu ada 2 test dan 1 presentation. Saya dah set in mind tak boleh tidur malam tu, kena study. Disebabkan kelas pada hari Selasa tamat pada pukul 10.30 malam, badan mana yang tidak letih? Mata mata yang boleh bertahan mengadap buku? Mata dan badan saudari Syuraini la kahkahkah. Konon nak study, sampai je pukul 12am, mata pun dah mengantuk sangat so memang betul-betul nak tidur. Nia pun pesan la kat roommate, "Dilah, pukul 2am nanti kejutkan aku ?" Dilah yang tak berapa mendengar permintaan Nia terus bertanya. "Ko nak tidur ke? Ok berapa minit ko nak tidur? 10?" Weh aku nak tidur 10 minit? Baik takyah tidur. Aku nak tidur 2jam ok? Hehehe. Dah habis perbincangan, saya pun tidur. Bangun je dari tidur jeng jeng jeng. Apa pukul7!! Ah aku telah tertidur selama 7jam. HAHAHA patutla puas giler. Selepas mandi dah bersiap-siap untuk ke kelas, Nia pun berborak dengan Dilah. "Abisla aku tak study apa pun lagi ni. Giler ah tak bangun." Dilah jawab, "Entah ko ni dah banyak kali aku kejutkan tapi ko tak bangun." Hehehe (grin lebar). Nak buat macam mana lagi baca jela bila ada masa sebelum test. Nasib test mula kul 10.30am. (Nasib lagi. Hidup ni kalau tak ada nasib memang tak keruan la kot) Pagi ni, kami ada pesentation Reading. Presentation sangat worst sebab banyak grammatical mistakes. Mungkin sebab Nasa sangat penat dan dia tak sempat nak betulkan semua tu. Kesian Nasa buat keja sorang-sorang. Rasa bersalah di dalam hati. Bukan Nia tak nak tolong tapi dia nak buat sendiri. Takpa Nasa, write-up I buat ok? Member sorang lagi tu biarla kat dia. Macam tak nak ambil tau pun. Madam memang marah sangat dan kecewa tapi semua tu telah berlaku. Salah saya kerana tak semak dulu slide tersebut. Salah Nasa kerana sebagai future teacher, masalah-masalah seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Yang paling saya nak salahkan seorang lagi member 1 group. Dari dulu sampai sekarang, Nia memang tak ngam dengan dia, tapi dah group ni dah ditentukan oleh lecturer nak buat camna. Redha jela. Test Sociolinguistic tak berapa susah kerana sempat tudy walaupun last minit dan test counseling buat yang termampu ja plus tiru kawan sebelah hehehe.
Apa-apapun, hari ni berazam tak mau buat kerja seperti lepas-lepas kerana ia akan memberi nightmare kepada saya yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sunday, September 6, 2009

Rancangan berjaya yes!!

Akhirnya rancangan untuk ke jalan TAR di bulan puasa ini berjaya juga yeayy!! Sudah lama teringin berada di jalan TAR terutama di musim-musim perayaan kerana perasaan untuk berhari raya pastinya lebih terasa. Banyak hal terjadi pada hari ini.
1) Salah faham telah berlaku ketika ingin menjemput Syikin dan rakannya. Kami telah berjanji untuk berjumpa di JUSCO namun tidak nyatakan dengan jelas JUSCO mana. Tak tahu pula Nia ada 2 jusco kat Klang. (maklumla bukan orang Klang so boleh dimaafkan ok?). Kami menunggu di Klang Bukit Raja manakala Syikin dan rakannya di jusco Bukit Tinggi. Kami yang bersusah payah memberitahu lokasi (tapi tak cakap kat Jusco mana main bagi arahan suruh tunggu kat luar) luar jusco di mana kami berada. Nak cerita kisahnya panjang giler. Dekat sejam kami tawaf jusco tu akhirnya baru tau salah tempat.
2)Izan called memberitahu saya bahawa dia ingin interview saya di jalan TAR sempena task yang diterima untuk rancangan GADIS MELAYU beliau. Disebabkan jalan yang jem dan kelewatan saya tiba di KL so tak sempat nak interframe dalam tv nanti. Cis kalau tak mesti muka aku dah masuk tv minggu depan.
3) Kami menemani si baik hati mengubah suai kereta di Keramat. Kemudian menaiki lrt dari stesen Jelatek ke Masjid Jamek untuk mengelakkan jem. Terus ke jalan TAR mencari barang dan berbuka puasa seperti pelarian. Serius ramai giler orang! Best sangat berada di sana tapi takda duit untuk shopping. Sad+_+
Sampai je rumah mandi-mandi terus nak tido. Berborak kejap di telefon dan akhirnya tak dapat tahan lagi saya nak stop dah tulis blog nak tido. Sleepy banget!!Gudnite

Thursday, September 3, 2009

Weekend Planning

Kita merancang tuhan yang menentukan. Tapi sekadar merancang tidak melaksanakan salah kita sendiri kan? Manusia ni tahu-tahu jela kan selalu menyalahkan orang lain. Termasuk akukah itu? owh tidak. Syuraini orang yang baik hehe (blog sendiri biarla nak puji diri sendiri pun. Kalau korang nak dipuji buatla blog sendiri *bluerk*). Hari saya bercadang nak ke Shah Alam berjumpa kawan-kawan dan *** So sekarang ni tengah bertungkus-lumus siapkan assignment apa yang patut tapi sudah semestinya la tak dapat siapkan semua. Syg Syahirah, you jangan ajak I keluar jalan-jalan hari yang tak sepatutnya ok?

Saya bercadang nak ke jalan TAR Sabtu ini. Mesti best suasana di sana terutama menjelang raya tapi kalau pergi next week mesti lagi best sebab dah dekat dengan raya. Kalau diikut hati memang seronok membeli-belah ni tambahan lak membeli-belah tu hobi gue. (Syuraini ingat sikit awak tu tak berduit sekarang ni..) erk???+$$@*$ Ada lagi ke bus ke Shah Alam ye harini. Nia selalu camni. Kalau nak ke mana-mana suka beli tiket on the spot. Nak tau kenapa suka beli on the spot? Sebab selalunya kalau beli awal-awal, last minute mesti tukar plan or tak jadi pegi. Tiket dahla takleh tukar or pulangkan balik kan membazir namanya tu. Lagipun nak pergi tempat yang dekat selama 1-2 jam tu bukan masalah sangat. Kalau tak dapat pergi harini, pergila esok betul tak? Erm..panjang lak jawapan dia dahla chiao.

Wednesday, September 2, 2009

Class cancel??

Hari ini agak free berbanding minggu-minggu yang sebelumnya di mana kami selalu risau kalau hari Isnin atau Rabu tiba. Ini disebabkan kelas yang agak padat dan berat. Namun begitu, hari kelas ni kelas multicultural counseling yang sepatutnya diadakan untuk test1 dibatalkan tiba-tiba. Kelas yang sebenarnya dari pukul 8.30a.m - 12.30p.m (rujuk kepada timetable saya). Tetapi disebabkan test1 counseling belum buat so kami decided untuk buat pada hari ini. Nak dijadikan cerita, ramai juga yang ta bersedia untuk mengambil test pada hari ini walaupun test sebenarnya telah ditunda ke hari ini. Kiranya dah banyak sangat masa untuk kami study kalau nak. REPEAT KALAU NAK STUDY (maksudnya taknak study ke ni?) Sendiri jawab. Ada dua pendapat pada hari di mana kawan sekelas saya memberitahu kelas dibatalkan so dengan pantasnya saya dan kawan serumah terus pulang selepas kelas. Kelas counseling septutnya pukul1.30. Kami yang keletihan berjalan kaki ke rumah tiba-tiba mendapat tahu kelas ada seperti biasa. Zupp!! Apa??? Kelas A (batch saya ada dua kelas, A dan B- saya kelas B) memberitahu test diadakan seperti biasa. Apabila terdapat kekeliruan seperti ini mula la nak contact sana, contact sini. Akhir sekali, kami pun decide untuk pergi kampus ambil test tersebut.

Dah siap ni. Tunggu Laily siap je. Tetiba, (banyak lak tetiba) kawan saya mendapat panggilan telefon, class cancel balik. Iskh hampeh tul ar ampa semua ni!! Rupa-rupanya lecturer marah sebab ramai tak datang. Dia sebenarnya suruh kawan sekelas saya berbincang dahulu dengan class-rep A baru decide betul-betul. Dahla ada mesyuarat penting pada pukul 2.30 tapi still sanggup datang untuk memberi kami test, kami lak buat hal. Dia dah malas nak bertolak-ansur dengan kami so dia suruh kami set date betul-betul. Ini tak, kawan saya buat keputusan sendiri. So dah menimbulkan kemarahan ramai orang. Kesian Mr.Abdullah. Kepada Mr.Abdullah B. Ismail, saya minta maaf banyak-banyak. Saya adalah mangsa keadaan. Sepatutnya kami stick je dengan date yang telah ditetapkan. Janganla banyak songeh haisyhh.... Be a good student next time.

Monday, August 31, 2009

Selamat hari Merdeka..


Hari ni 31 Ogos 2009 merupakan hari kemerdekaan. Selamat Hari Merdeka Malaysia!! Saya keluar dengan kawan-kawan membeli barang. Selepas tu terus pulang ke rumah memandangkan tengah berpuasa so takut kepenatan. Teringat kenangan 2 tahun lepas, saya menyambut puasa di Johor Bharu rumah Ila. Masa kecik-kecik dulu saya selalu juga sambut merdeka dengan keluarga. Biasanya kami akan berada di dataran merdeka pada malam 31 Ogos untuk melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! hahaha seronok. Tambah pula kalau ada percikan bunga api. Walaupun percikan bunga api selalu ada tak kira apa perayaan, tapi untuk merdeka perasaan dia lain sikit la. Selepas laungan tersebut, kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Sik. Pernah sekali di kampung ada acara sukaneka pada hari merdeka. Saya menyertai acara mencari harta karun. Nak tau menang ke tak?Mestila menang hehehe. Kalau tak menang, tak mention ok? (up diri sikit) Bila umur makin bertambah dan makin dewasa, sambutan kemerdekaan saya semakin berbeza. Ketika di sekolah dulu, saya masih join laungan kemerdekaan tu tapi di university semua tu telah hilang. Namun sebagai anak yang lahir selepas kemerdekaan, saya sangat bersyukur kerana tidak mengalami perasaan terseksa dijajah.

Baju raya dah siap!!!

Ini berita yang sungguh menggembirakan. Boleh dikatakan setiap minggu Nia call mak bertanyakan baju raya. Jawapan mak belum ambil lagi. Semalam pun saya ada call mak mengingatkan supaya mengambil baju raya yang ditempah di kampung. Pagi ni bila Nia telefon ja mak cakap dah ambil woo best!! Nia pun tanya mak cantik tak? Mak jawab "adik kata cantik". Mak tak bagi jawapan sendiri. Hmm. Nia tanya lagi, "Tailor tu jahit baju kurung biasa ke moden?" Mak jawab "dah suruh buat kurung moden, dia buat moden la." Abah kat belakang pun menyampuk, "zaman sekarang ni semua dah pakai moden, tak pakai dah yang biasa." Tak taula sama ada perli atau memang ikhlas-confius-. Saya pun pesan kat mak supaya memberi baju tersebut kepada sepupu untuk dijahit manik di tangan dan leher baju. (memang harap baju tu jadi outstanding habis la memandangkan kainnya dibeli di Bali).

Tadi Nia called pula sepupu bertanyakan hal baju raya Nia. Kain yang Nia hantar kepada sepupu untuk dibuat baju kurung biasa katanya dah siap. Tak kisah sangat tu sebab kain murah je dan memang beli untuk suka-suka. Pakai raya tak outstanding kot hehehe. Yang penting baju pink tu siap. Nia tanya kepada sepupu cantik tak baju kurung moden tu? Sepupu Nia jawab cantikla sebab dia letak zip kat belakang. Tapi sepupu Nia cakap baju tu lebih sikit sahaja so tak boleh buat tudung sekali. Kenapa begitu? Nia beli 2.8 meter ok? Untuk buat baju kurung Nia hanya memerlukan 2 meter maknanya ada lebih algi 0.8 meter. Ini tak boleh jadi! Sepupu Nia cakap lebih sikit-sikit je. Ni mesti kes tailor tu tak pandai potong. Kalau tau mesti dah boleh buat tudung. Rugi sangat. Erm..namun tujuan Nia telefon sepupu untuk bertanyakan hal jahit manik tu so dia cakap tunggu Nia balik dulu baru decide nak jahit manik camne. Nak jahit tabur ke or jahit lipat tepi. Sempat ke nak siap? Sepupu cakap sekejap je 1 malam je dah boleh siap. Boleh percaya ke? Kalau tak siap Nia paksa jugak dia siapkan. HAHAHA rasakan! Tapi tak kisahla sebab so far tahun ni baju raya dah 3 pasang. Mungkin akan tambah 1 lagi. Opps kena tengok kewangan dulu huhuhu. Okla nak siap-siap untuk berbuka puasa. Selamat berbuka.

Future Plan..

It's been so long I didn't post my blog. My bad. Sebenarnya bukan malas atau tak ada masa tapi disebabkan ada masalah dengan streamyx rumah so tak boleh online. Nak tau masalah apa ke? Hmm.. Masalh bil la. Selama ni saya dan kawan-kawan bukan main seronok lagi bayar bil murah setiap bulan. Selepas setengah tahun, wireless kami tak boleh connect so saya pelik la. Why? So someone asked me to call 100. Bila telefon je baru tahu rupanya bil kitaorang dah tertunggak sebanyak RM500 mak aii banyaknya!!!!! So kami pun bahagi la sama banyak tapi saya dahulu kan duit sebab kawan-kawan yang lain ada masalah sikit. Salah faham berlaku kerana bil tu telah dihantar ke rumah sewa yang lama. TM tidak update kami punya new address so masa membayar bil tu kami pun terus la tukar alamat baru sekarang. Dah faham reason napa saya dah lama tak tulis blog? Bagus.

Berbalik kepada tajuk hari ini future plan, saya dah merancang masa depan saya untuk 5 tahun akan datang. Memandangkan saya pemegang biasiswa SLTP yang mengkehendakkan saya bekerja sebagai tenaga pengajar di politeknik atau kolej komuniti selepas belajar, saya akan berkhidmat dahulu selama 4 hingga 5 tahun mengikut kontrak. Selepas saya bebas, saya berimpian untuk bekerja di Brunei atau Australia. One of my lecturers said, bekerja di Brunei menjanjikan bayaran yang lumayan memandangkan beliau pernah mendapat tawaran di sana. Apa yang ditawarkan oleh pihak Brunei kepada pensyarah saya?
1) Gaji sebulan hampir RM15 000
2) Subsidi untuk petrol kereta
3) Subsidi rumah (kemudahan untuk menyewa atau membeli rumah)
4) Memberi bantuan biasiswa kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pengajian ke mana-mana negara yang ingin diikuti (aku nak hantar anak belajar ke negara Eropah la hehehe).

Can you imagine how exciting working there? Pasal bekerja di Australia tu sebenarnya masa saya baru balik dari Bali semester lepas, seorang Australian guy pernah menyarankan kepada saya untuk bekerja di sana kerana gaji yang ditawarkan agak tinggi berbanding pekerjaan yang lain. Sebenarnya, meneroka di tempat-tempat orang ini memberi banyak pengalaman gembira dan sedih. (ceh macam dah pernah pergi ja).. Asalkan kita tidak lupa agama dan tatasusila kita.

Walau bagaimanapun, semoga apa yang saya impikan akan menjadi kenyataan dan semoga insan-insan yang menyayangi saya memahami dan merestui impian ini.

Saturday, August 15, 2009

UITM stop 1 sem????

Have you heard this rumor? This is so unbelievable! Takkan nak postpone semester ke semester depan? Bila nak grad ni? Adakah anda takut? Owh tak perlu lagi kerana keputusannya telah keluar dan semester akan berterusan seperti biasa. Life sibuk walaupun hanya 3 hari kelas. Semuanya tentang article research and teaching. Berusaha walaupun sangat letih. Luckily, life sangat fun these few days so nothing to worry. Went to genting when feeling bored or watching tv to release tention. No more shoppings and movies. Sedih tu sedih tapi kena berjimat kot. Ramadan is just around the corner and raya will come after. Still thinking whether wanna buy another baju raya or telekung. Will decide it later.

Friday, August 7, 2009

Rajin ahh..!

Tak tau kenapa this sem agak rajin. Maybe sebab boyfriend tak ada kot.. Hahaha kidding! Hari ni tak ada kelas tapi saya dengan rajinnya ke library untuk cari sources. So, Ayu who is my pair work pun kena datang library. Rajin nih cari buku-buku yang berkaitan kononnya nak settle kan semua supaya tak terbeban sangat next week. Dah "Language and Culture" and " Language boundaries" sangat mebantu dalam research kami. Kami pun carilah content yang berkaitan dan decided untuk fotostat content tersebut. Namun begitu, librarian memberitahu buku reference tidak boleh dipinjam dan dibawa keluar so kami terpaksa cari buku yang sama di bahagian pinjaman. Oleh sebab buku tersebut tiada, kami pun memujuk librarian tersebut untuk membenarkan kami pinjam sekejap ja.

Tiba-tiba..(ayat bengang) dia tak bagi! Dia bertegas buku tersebut tidak boleh dipinjam dan meletakkan kembali buku yang kami ambil. Dia menyarankan kami supaya fotostat saja di dalam library dengan membeli kad yang telah disediakan. Nak copy beberapa keping je pun kena beli kad yang berharga RM10 tu ke? Sorry.. Dengan perasaan tidak puas hati, kami pun keluar dari library dan mengumpat makhluk tersebut sepuas hati. Padan muka kau! Ayu sakit belakang so saya pun bawa dia berjumpa makcik guard MARA yang pandai mengurut. Dia kata best dan ok. So dia pun suggests supaya saya cuba mengurut dengan makcik tu. Tengok dulu la. Tak tahan sakitla.

p/s: Teringat waktu mengurut di Hatnyai, saya tergelak-gelak sebab kegelian. Thai girl tu tercengang-cengang sebab tak faham. HAHAHA..

Saturday, August 1, 2009

Keraguan

Mampukah seseorang yang baru memeluk Islam mengikuti ajaran Islam? Pagi tadi sempat saya mendengar perbualan telefon di siaran Hot FM. Seorang wanita menceritakan kekecewaan dirinya apabila suami yang bergelar mualaf (baru memeluk Islam) tidak berminat untuk mendalami agama itu. Wanita itu menambah, suaminya merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap keluarga dan layanannya terhadap mereka anak-beranak dilabel sebagai ‘first class’. Namun dia kecewa dan sedih dengan sikap suaminya yang tidak mahu menjalankan tanggung jawab seperti bersolat 5 waktu dan membaca Al-quran. Si isteri berhasrat untuk mengerjakan umrah dan haji bersama suami. Hasrat tersebut tidak mungkin kesampaian jika si suami tidak berubah.

Bagaimana seorang isteri dapat mengubah cara hidup si suami sedangkan kita tahu suami merupakan ketua keluarga dan kita tidak boleh membantah percakapannya? Bagaimana pula dengan wanita kini yang banyak memilih untuk hidup bersama saudara baru? Kita dapat melihat artis kini yang banyak memilih “mat saleh” sebagai pasangan hidup namun kebanyakannya hanya bertahan untuk beberapa tahun sahaja. Saya tidak menolak pada jodoh yang telah ditetapkan namun sebagai seorang yang tidak sempurna, saya juga mengharapkan seseorang untuk menyempurnakan kekurangan yang ada pada diri saya. Sekurang-kurangnya seseorang yang mampu menegur kesalahan saya ketika saya lalai dalam kehidupan dan membantu ketika saya memerlukan. Seseorang yang sanggup menyayangi keluarga saya dan menyokong segala keputusan yang saya lakukan.

Semoga hidup ini tidak sesukar yang kita jangkakan.

Friday, July 31, 2009

Baby baru

Siapa tahu kan jodoh kita dengan siapa dan bila? Mungkin esok, tahun depan atau 5 tahun lagi. Yang pasti jodoh pertemuan di tangan tuhan. Begitu juga dengan kawan saya yang telah berkahwin. Tak tahulah apa pandangan mereka sesudah bergelar suami dan isteri. Adakah mereka bahagia atau menyesal? Hari ini, saya melawat seorang kawan yang baru mendapat baby pada bulan lepas. Disebabkan tidak dapat hadir ketika resepsi perkahwinan dan cukur jambul anaknya sebelum ini, saya mengajak kawan-kawan pergi menziarahinya. Masa inilah ambil kesempatan untuk bertanyakan rahsia-rahsia. HEHEHE.

Pada mulanya kami tersalah rumah. Yela nama pun orang KEDAH murtad, so banyakla tempat yang kami tak tahu. Setakat tahu alamat belum tentu akan sampai ke tempat yang hendak dituju. Malu tu takla malu sangat buat biasa sudah. Eceh.. Kami pun meredah semua kawasan setelah menelefon kawan dan bertanyakan jalan ke rumahnya. Konon nak buat surprise,, kan dah sesat. Padan muka! Saya selaku driver KCH 6642, tak fikir sangat jalan ni. Semua ikut penumpang. Dorang suruh masuk kanan, saya masuk kanan. Kalau kiri, kirila saya masuk. Kalau salah kami patah balik HAHAHA. Apa susah-susah fikir, buat sakit otak ja. Akhirnya kami tiba di rumah mertua Intan (kawan saya yang baru bergelar mama). Bunyi macam pelik kan? Baru berusia 22 tahun dah melalui liku bergelar isteri dan ibu. Hanya yang tabah dapat menghadapi semua ujian ini. Saya belum mampu untuk menggalas tanggung jawab yang berat itu.

Comel si anak yang diberi nama Puteri Nur Umairah Syahadah. Mak aii panjangya! Macam dah takkan dapat anak perempuan je lagi. Biasala kan, anak pertama excited lebih sikit. Cewah.. Intan mengajak kami makan tengahari. Walaupun kami menolak sekerasnya namun Intan berjaya memujuk. Izati yang pada mulanya jual mahal konon nak berlakon puasa, akhirnya mengalah. Action je Izati tu (Cis perli kawan). Memandangkan kami tidak membawa buah tangan untuk Intan, kami bercadang untuk sedekahnya note merah untuk anaknya. Namun note tesebut terpaksa dikurangkan kerana anaknya kakak iparnya yang berusia lewat 3hari dari Nur Umairah juga berada di sana. Kena sama adil la nanti sorang kecik hati pastu dah besar asyik jealous sesame sendiri (anak kakak ipar Intan lelaki bernama Mohd Hashreen Damien).

Kakak ipar Intan (Kak Lina) ni ramah orangnya. Pengalamannya sepanjang mengandungkan anak memang sedih. Walaupun baru berumur 24 tahun, dia sudah 3 kali mengandung. Kali pertama mengandung dia keguguran akibat kecuaian pihak hospital. Dia kata ketika pergi untuk pemeriksa, dia asma tapi pihak hospital lambat memberi rawatan sehingga menyebabkan bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Bayi disahkan meninggal di dalam kandungan. Ketika mengandungkan anak kedua, dia berasa sangat sakit. Jururawat dan doktor yang merawat menyangkakan Kak Lina sakit hendak bersalin tetapi apabila membuat scanning, mereka mendapati terdapat uri di dalam perut yang sudah bernanah. Uri tersebut adalah uri bayi pertama yang tidak dibuang habis. Kak Lina menghadapi risiko 50-50 untuk memiliki anak kedua. Namun tuhan menyebelahi Kak Lina. Setelah kehilangan anak pertama, Kak Lina diberikan peluang untuk memelihara anak keduanya. Pihak hospital masih melakukan kelalaian ketiga Kak Lina ingin melahirkan anak ketiga. Sebenarnya Kak Lina ingin melahirkan anaknya di clinic swasta namun setelah melakukan rawatan biasa di hospital kerajaan, Kak Lina sudah boleh melahirkan anaknya. Ibu Kak Lina memujuk supaya melahirkan saja anak itu di hospital tersebut dan Kak Lina akhirnya setuju. Malangnya Kak Lina sekali lagi diuji, kepala bayinya sudah keluar 10 minit namun doktor dan jururawat membiarkan sahaja. Setelah Kak Lina menjerit barulah mereka memeriksa Kak Lina. Mereka sangka Kak Lina menjerit kerana tidak tahan sakit untuk bersalin. Teruk betul pengurusan hospital kerajaan ni. Saya rasa, pengarah hospital perlu membuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sudah banyak kali saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perkara yang paling membuatkan saya benci untuk ke hospital kerajaan adalah terpaksa membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut memakan masa yang lama. Kadang-kadang sampai 2 3 kali temujanji. Penyakit tu pun entah-entah dah sembuh tak pun jadi lebih teruk. Nak pergi swasta selalu tak mampu lak.

Hati selalu bertanya, dari bercinta teruk-teruk baik kahwin je seperti kakak ipar Intan, dia kata dia bercinta selepas kahwin. Nampak bahagia juga. Mungkin lain orang, lain rezekinya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa agar diberikan yang terbaik.

Thursday, July 30, 2009

Perjalanan Hidup

Untuk melalui perjalanan yang panjang, kita mesti melalui melalui liku-liku kehidupan. Setiap orang akan melalui liku yang berbeza dalam kehidupan mereka sama ada mudah atau sukar, suka atau duka dan bahagia atau derita pasti ada yang merasa tempiasnya. Semua orang mengharapkan kesenangan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian. Namun dalam dugaan yang mencabar atau kesenangan yang membahagiakan, kita sebenarnya diuji oleh tuhan. Kehidupan ibarat pentas lakonan yang sebenar dan kita adalah pelakon-pelakon yang memegang watak dan peranan masing-masing. Bezanya, kita diuji untuk kehidupan yang abadi. Siapa yang rajin dan taat kepada Pencipta,, dialah yang akan memiliki kegembiraan yang abadi. Tak ada manusia yang sempurna dalam hidup ini cukupla sekadar kita berusaha untuk membaiki kesilapan yang telah kita lakukan dan tidak mengulanginya lagi. Hukuman tuhan adalah pasti walaupun waktu dan tarikhnya tidak kita ketahui. Bersedialah untuk hari esok kerana apa yang bakal berlaku pasti berlaku dan berdoalah agar kita mampu menghadapinya.

Wednesday, July 29, 2009

Antara dua..

Mesti susah kan kalau terpaksa memilih antara dua? Anda mesti pernah mengalami perasaan macam ni (tipu sangat kalau tak pernah). Terpaksa memilih antara baju yang cantik tetapi mahal atau kasut yang penting tetapi berpatutan. Mungkin ada yang mampu membeli kedua-duanya tapi bagaimana bagi yang tidak berkemampuan? Yang mana akan menjadi pilihan anda antara lelaki kaya dan kacak atau lelaki biasa yang budiman dan penyayang? Apakah yang bermain di fikiran anda antara handphone 3G with great features or jam tangan multifunction? Hah mesti susah kan nak buat pilihan?Bagi yang sudah memiliki semua benda di atas mungkin contoh ni tak berapa menarik untuk anda tapi bagaimana pula antara kereta BMW 8series dan Honda Civic SE atau sport car yang hanya keluar 10 biji je? Apapun memilih antara keperluan dan kehendak mesti sangat sukar kan? Kebanyakan keperluan tidak mengikut selera kita tapi kehendak selalunya melampaui batas. Saya selalu membeli mengikut kehendak bukan keperluan. Terfikir juga kenapa tak sekat saja kehendak tu tapi hati selalu bisik bahawa kehendak itu satu keperluan. Bisikan syaitan la katakan hmm..

So bagaimana nak atasi semua tu?

Kalau nak bagi pendapat, saya bukanlah orangnya sebab saya pun selalu tersalah menilai antara keperluan dan kehendak. Apa kata anda sendiri yang memberi idea? Tepuk dada tanya selera. Asalkan tidak menyesal di kemudian hari. Setidak-tidaknya belajarlah melalui kesilapan yang telah kita lakukan.

:-Antara digital kamera dan phone 3G, I bought phone. Camera will be postponed =(

Tuesday, July 21, 2009

Tiada masa...

Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bolehkah perumpamaan ini digunakan untuk saya yang telah lama tidak menulis blog kerana masa yang terhad? Mungkin juga. Erm..Semester ini agak sibuk kerana terpaksa menghadapi 20 credit jam belajar setiap minggu. Walaupun tidak banyak (tak banyak ko kata?) tapi cukup meletihkan. Namun begitu, masih sempat gak saya dan rakan-rakan tersayang pergi bercuti ke Genting Highland.

Kebanyakan permainan telah saya cuba sebelum ini tapi memang tak samala kalau pergi bersama kawan-kawan. Happening dan happy. Malangnya Yuyu hendak pulang lebih awal sebab nak celebrate birthday kawan katanya (Yuyu,, you saja kan taknak bermalam dengan kitorang). Tak banyak permainan dapat dicuba kerana Yuyu dengan Shiro sibuk je nak bergambar. Darling gambar-gambar tu nanti-nanti pun boleh ambil. Kan dah tak sempat main semua game.

However, memang bestla dapat bercuti bersama kawan-kawan dan yang tersayang.


Me, Yuyu & Shiro

Timetable for July-Nov`09

Monday: 8.30-11.20am ............12.30-1.20pm ............2.30-4.30pm
..............Research Study .....Teaching Reading ..Curriculum & Instruction
5.00-8.00pm
Multicultural

Tuesday: 10.30-12.30pm ......2.30-4.30pm ..........5.00-7.00pm
................... Mandarin ...Curriculum & Instruction.......Netball
8.00-10-00pm
School Counseling

Wednesday: 8.30-10.20am ............................10.30-12.30pm
....................Teaching Reading ...................... Sociolinguistics


Hari-hari lain berehat je kat rumah. Jadual pun akan bertukar-tukar mengikut keadaan.=)

Tuesday, July 7, 2009

Hari Selasa yang Membosankan (30 Jun 2009)

Jangan ingat Nia tak online bermakna tak menulis? I tulis kemudian baru pos ok. Bangun saja dari tidur, saya terus mandi dan menonton tv (sangat tipikal kan tapi memang hari-hari akhir cuti semester saya menjadi semakin bosan). Mak ajak anak perempuan sulungnya cuci kereta. (Yela nak harapkan siapa lagi dalam rumah ni yang boleh membantu kan) Pada mulanya ajak ke bank namun membatalkan niat pada saat akhir. Jiran sebelah rumah ni asyik mengetuk dinding je dari dulu sampai sekarang tak faham betul! Asyik renovate rumah tak sudah-sudah. Tapi tak roboh-roboh pula rumah dia HAHAHA (satu curse ke Nia?) Hah sebelum terlupa, TAHNIAH buat kawan saya Farizan yang berjaya menjadi finalist GADIS MELAYU. Hebat! Hebat! Tak mampu nak mencuba reality tv sekarang. Siapa yang berani dan mempunyai kualiti, dialah pemenangnya. Cewah! Yelah Kecantikan itu kan Hak Milik Setiap Insan.

Kecantikan budi pekerti lebih menjamin kebahagian yang hakiki.

Influenza A H1N1...

also know as selesema babi (Swan flu). Tengah hangat diperkatakan sekarang ni. Bahaya kot!!! Abah saya dah berulang kali cerita pasal jangkitan selesema tersebut (serius banyak kali sampai tak terkira). Abah cakap dulu kat Amerika pernah terjadi kes macam ni beberapa orang mati kemudian kes ini selesai tapi tak lama selepas itu, tanpa dijangka beribu-ribu orang rakyat Amerika mati akibat virus tersebut sebab itu setiap negara sangat mengambil serius terhadap virus tersebut. Nanti tak pasal-pasal beribu rakyat Malaysia mati. Kalau kita adalah mangsa takut tak?? So berhati-hati la ketika anda berada di luar. Ikutilah saranan kerajaan supaya kerap membasuh tangan, buat pemeriksaan badan jika terdapat symptom-symptom seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema dan sakit badan. Like what people said, it is better to prevent than cure.
P/S: Nasib gatal-gatal yang dialami bukan symptom Selesema babi.

Majlis Bersejarah

Cuti semester yang lalu, saya telah menghadiri beberapa jemputan perkahwinan dan salah satunya merupakan majlis perkahwinan kawan saya Syakiroh. Tahniah kerana telah bergelar isteri. Saya juga menghadiri majlis pertunangan sepupu saya. Abang Meran (Amran) telah bertunang pada 21 Jun yang lalu. Tahniah! Tahniah! Hantaran pihak perempuan sampai 16 dulang. Mak aii banyaknya. Hantaran kahwin pun tak banyak macam tu. Ini merupakan pertunangan keduanya setelah gagal pada pertunangan pertama. Semoga kali ni berjaya Amin. Bakal isterinya merupakan seorang jururawat. Tak kisahla sesiapapun harap-harap boleh ngam ngan saya nanti. Kalau tak siapla kena mengumpat dengan kitorang sedara mara HAHAHA. Bila ek hari bersejarah saya? Ermm 2 tahun lagi Insyaallah. Jangan lupa datang ok?

Putus Cinta

Berapa ramai di kalangan pembaca yang pernah mengalami putus cinta?? (Baik mengaku cepat!!) Mesti pedih dan sedih kan? Kecewa.. Sengsara tapi mungkin juga ada yang gembira dan bahagia. Lebih tepat lagi berasa tenang dan terlepas dari bala. Ambik ko ayat tak boleh blah. Perkara ni memang tak dapat dielakkan jika tiada persefahaman ataupun terdapat halangan tertentu. Ehem-ehem macam ada pengalaman je? Jeng jeng jeng. Orang kata cinta pertama susah untuk dilupakan betul ke? Tak taula anda jawab sendiri ok? Bagi saya semuanya bergantung kepada cara anda mengawal perasaan anda dan perasaan itu pula dikawal melalui minda yang rational.

Walau apapun cinta pada Ilahi adalah cinta sejati. Janganlah terlalu ghairah terhadap cinta duniawi kerana ia belum menjanjikan kebahagian hakiki.

Sunday, June 14, 2009

Kahwin Kahwin..

Musim kahwin macam biasala,,bersusun kad undangan. [maafla only selected kenduri je yang saya pergi]. Memang tak suka sangat pergi kenduri-kenduri ni sebenarnya, tapi kalau terpaksa pergi jugala. Paling saya gemari adalah melihat pelamin. Meh nak tunjuk beberapa gambar pelamin yang diambil.



Pelamin anganku indah

Pelamin trend sekarang berkonsepkan putih

Pelamin anak buah di Seremban


Cantik kan pelamin-pelamin sekarang? Rasa tak sabar lak nak tengok pelamin sendiri. Cewah. Malasla nak layan Nia ni. Sambung berangan.