Meh Baca..

Saturday, January 2, 2010

Bodek Manager...

Selamat tahun baru!!! Yeay saya dah berumur 23 tahun. Azam pada tahun ini seperti biasa untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan kontroversi hahaha.. Isnin ini saya akan masuk kelas seperti biasa cuma lainnya saya akan menjadi pelajar tesl part 6 so lagi tahun depan akan tamat belajar Insyaallah. Hari ini saya habis kerja pukul10 malam dan dihantar oleh pengurus saya seorang wanita beranak 3 yang masih muda dan cantik (ulangan WANITA -kena highlight sikit sebab akan ada yang cemburu lak nanti), ada ke?

Kalau balik dengan madam (manager saya tu), memang takkan dapat balik awal la sebab dia banyak kerja kat pejabat. Then, kami akan ke uptown or lepak-lepak jap. Banyak giler benda yang kami bualkan dari bab pekerja pizza sampai la pengurusan pizza. Banyakla benda yang saya belajar dari madam. Madam dan saya sefahaman sebab kami suka bergosip hahaha tapi tak sampai memfitnah ok? Fitnah itu berdosa besar.

Dah lewat, saya pun masuk ke dalam rumah, mandi, solat dan online sekejap. Selepas ni nak tidur dah. Buat kawan-kawan semua, selamat menyambut tahun baru. Saya sangat teruja untuk menghadapi suka duka di usia 23 tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar amin.

Tuesday, December 29, 2009

Back as Pizza girl

Dah seminggu saya kembali bekerja di Pizza Hut. Tak banyak sangat perubahan kecuali tambahan satu dua menu dan pekerja baru yang ramai. Kebanyakannya lepasan SPM dan ada juga 2 3 orang pelajar UiTM di tempat saya belajar. Semuanya ok kecuali apabila pelanggan terlalu ramai, kami akan sedikit tegang dan sibuk mengambil serta menghantar pesanan. Bab ni saya memang tak berapa berkenan sebab rasa macam nak quit kerja serta merta. Walau apapun, bekerja di pizza memang best dan berbaloi. Gaji not that bad even takla mahal sangat tapi kalau time cuti tertentu, gaji akan dibayar dua atau tiga kali ganda. Maklumla, berdasarkan pengalaman kerja yang pernah saya lalui, ada sesetengan company tidak memberi double or triple pay. Gaji pula sentiasa tepat pada masa dan dipotong EPF. Tahun depan pizza hut akan menambah lagi beberapa menu baru dan pakaian kami juga akan bertukar warna hahaha. Banyak perubahan yang akan berlaku dan saya akan sentiasa bergembira dengan semua perubahan tersebut. Kepada semua penggemar PIZZA HUT ataupun yang ingin mencuba pizza hut, silalah datang ke restoran pizza yang berdekatan anda untuk menikmati hidangan baru kami.

Saturday, December 5, 2009

I’m leaving for a week (1 Dec 2009)

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Disember. Sorry readers dah lama tak up date blog sebab internet kat rumah problem + saya sangat sibuk. Pagi ni selepas subuh saya terus nak update blog sebab bila dah lewat sikit saya sibuk dengan kerja-kerja rumah + sibuk menonton tv hikhikhik. Semalam saya keluar berkasih (eceh ayat gedik) di sekitar Alor Star dan Jitra sahaja kerana masa yang terhad. Saya menjemput si pencinta alam di Jitra dan kami terus ke Alor Star membayar bil elektrik yang tertunggak hampir 2 bulan (eh apa kaitan bil elektrik lak ni?kira side plan la ni). Kemudian kami pergi makan laksa yang telah lama kami rancang. Memandangkan tiket wayang telah kami beli jadi masa untuk akan adalah terhad takut terlewat pula. Kami memilih ‘senario the beach boys’ memandang pilihan yang ada hanya cerita ‘Jalang’ dan cerita tersebut. Cerita dia tak berapa minat saya sebab jalan cerita agak bosan namun bagi saya Nik Sayyidah Berjaya membawa watak yang lucu kerana pelat Kelantan+Siam yang digunakannya. Selepas selesai menonton movie, kami menunaikan impian makan aiskrim Magnum hahaha kelakar saya rasa. Dah berkurun janji untuk makan magnum sehingga saya sanggup tak beli dulu semata-mata nak makan bersama. Aiskrim Magnum Almond saya manis rasanya jadi aiskrim tersebut bukan pilihan saya pada masa hadapan. Selepas itu, saya menghantar si pencinta alam ke Bandar Darulaman sebuah taman rekreasi yang cantik kerana dia meletakkan kenderaannya di sana dan kami meluangkan masa sedikit di situ. Kami menaiki boat yang perlu dikayuh sendiri selama mana yang kami inginkan. Memandangkan tasiknya sangat luas kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam berkayuh di tasik tersebut. Seronok dapat meluangkan masa bersama dan saya berharap aka nada lebih banyak masa lagi untuk kami bersama. Malam itu, Izati bersama keluarganya datang ke rumah saya untuk berhari raya. Memandangkan kami tidak membuat sebarang kuih muih, kami hanya menjamu tetamu ala kadar dan yang semampu boleh. Dah lama Izati call saya kerana nak datang rumah namun memandangkan saya sering tiada di rumah (ada kat kampung kerana kenduri tahlil selama seminggu) jadi kedatangan tersebut terpaksa ditangguhkan. Apa-apapun cuti semester kali ni memang bukan masa untuk saya berhibur. Nasib tak plan untuk pergi bercuti semester ini.

27/11- Raya Haji

Hari ni Hari Raya Haji yang juga merupakan hari keenam atuk meinggal dunia. Memandangkan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, kami semua ke kubur selepas solat sunat Aidiladha. Tambahan pula memang merupakan tradisi di kampung saya di mana mereka akan mengadakan bacaan yasin beramai-ramai di tanah perkuburan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia. Kemudian, kami akan pergi ke kubur sedara masing-masing dan menabur bunga atau menyiram air. Hari Raya Haji saya rasakan semakin kurang meriah setiap tahun. Nasib tahun ini kami mengadakan tahlil atuk, jadi ramai sedara mara yang ada. Pada hari tersebut, saya dan juga sepupu-sepupu saya pergi berhari raya di kawasan kampung tersebut. Kami dapat makan laksa, bihun sup, nasi daging dan mi kari. Bila perut dah penuh, mata pun mula mengantuk. Kami pun apa lagi, pulang ler ke rumah bumm dan bersedia untuk tahlil pada malam nanti.

26/11- Maafkan saya kerana tak dapat menjadi yang terbaik

Saya bukan seorang yang sempurna kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya bukan seorang yang bahagia kerana ada hati yang menderita dan saya bukan seorang yang berjaya kerana ada hati yang kecewa. Maaf kerana tak dapat menjadi yang terbaik.

20/11- Abah balik rumah jemput saya ke hospital menjaga atuk

Pagi tadi abah call saya memberitahu mahu menjemput saya ke hospital menjaga atuk yang sakit. Mulanya saya ingatkan serius keadaan atuk tetapi abah cakap saja nak ambil saya untuk menggantikan mak yang perlu juga berehat. Saya pelik juga kenapa anak-anak yang lain tak jaga? Cucu yang tinggal di kampung kan ada, kenapa tak minta tolong dorang jaga? Keluarga sebelah mak memang macam tu kalau bab sakit ni harapkan mak saya juga yang jaga, anak-anak yang lain datang melawat je mungkin nak tunjuk muka, nak harap menantu lagi la taknak tambah pula mak anak perempuan tunggal, yang lain-lain semua lelaki. Abah saya pun sama taktau juga jaga orang sakit. Tetapi adala seorang sepupu iaitu Kakjah setiap hari datang melawat dan menjaga atuk bersama mak. Mak pun tak harap orang lain jaga sebab nanti ada yang mengungkit atau bercakap benda-benda yang menyakitkan hati. Mak cakap kalau tak ikhlas jangan buat, mak saya tak kisah jaga seorang diri walaupun berapa lama atuk sakit. No heart feeling. Dua malam di hospital, kami pun membawa atuk pulang ke rumah kerana doctor mengesahkan kuman telah merebak ke dalam peparu atuk. Memang atuk tak dapat diselamatkan lagi. Kami pun tak mahu atuk menjalani pembedahan kerana atuk telah tua dan kami tak mahu dia menanggung bebanan yang berat. Tambahan pula, atuk memang tak mahu doctor melakukan apa-apa kepada dia walaupun memasukkan wayar ke dalam badannya.

Orang cakap, seseorang yang ajalnya sudah makin dekat, badannya akan kesejukan, berpeluh-peluh dan akan sihat untuk beberapa ketika. Atuk saya mempunyai simtom-simtom tersebut tetapi kami tak sangka akan sekejap tu dia akan meninggalkan kami. Atuk bercakap benda merepek-repek haritu. Kami pun dah bersedia dengan situasi tersebut, semua sedara mara dah diberitahu dan mereka pun pulang dengan segera kecuali adik saya yang berada di Bali dan abang yang berada di Sabah. Saya agak terkilan kerana tak ada bersama ketika atuk menarik nafas terakhir. Saya berada di luar rumah bercakap dengan maklang ketika itu baru setengah jam saya dan sepupu-sepupu meninggalkan atuk di tempat tidurnya. Kami ingatkan atuk ok sebab kami baru ja lepas mengurut dia. Tidak disangka benar kata orang bahawa orang yang dihujung nyawanya akan nampak sihat sebelum pergi meninggalkan kia buat selamanya. Ketika itu, ramai juga yang telah meninggalkan tempat tidur atuk. Ada yang pergi makan nasi, ada yang keluar dan ada juga yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana atuk memang Nampak ok. Namun seorang sepupu juga berpesan, jangan tinggalkan atuk walau seketika ajar dia mengucap sehingga hujung nyawanya. Sepanjang hari aku membaca yasin dan al-quran. Mendengar bacaan talkin di tanah perkuburan memang menakutkan, menyeramkan dan menginsafkan. Semoga roh atuk tenang di sana kerana atuk mampu mengucapkan kalimah syahadah di saat akhirnya bahkan sepanjang dia menahan kesakitan pun tak henti-henti dia mengucapkan kalimah syahadah.

Kenduri arwah diadakan selama tujuh hari berturut-turut. Sepanjang masa saya sangat sibuk. Kawan-kawan yang ingin datang ke rumah juga terpaksa ditangguhkan. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah dan meneruskan kerja masing-masing. Kami akan pulang ke kampung semula untuk kenduri arwah 2 minggu selepas habis tahlil.

2012 (19 November)

Kelmarin (dalam bahasa KL petang semalam ler), saya bersama jiran sebelah rumah pergi menyaksikan movie yang berjudul 2012 (dalam penuh dia tak taula). Bertempat di Big Cinemas Alor Star Mall dengan harta tiket yang mahal rm10 pada setiap hari dan setiap waktu yang ditayangkan walaupun pada hari Rabu (yang lebih dikenali dengan hari Girls Day-tak taula benar ke tak), pergila kami bertiga termasuk kawan jiran sebelah rumah tu tengok citer tu. Terlambat la sikit sebab nak juga beli popcorn ni, bukan nak beli awal-awal. Citer tu gua bagitau lu SUPERB arr!!! Pergila tengok bagi yang belum tengok. Jalan ceritanya sangat menarik, sound sangat gempak dan animasi sangat mengagumkan. Penceritaan dia lebih kurang macam kejadian yang berlaku ketika di zaman Nabi Noh. Di mana Allah telah memerintah baginda supaya membina satu bahtera yang besar dan menyuruh umatnya berlindung di dalam bahtera tersebut kerana akan berlakunya malapetaka yang akan memusnahkan seluruh dunia. Maka naiklah orang ramai yang mempercayai Nabi Noh termasuk binatang segala. Namun begitu, masih ada yang enggan mempercayai Nabi Noh dan mereka menyatakan beliau orang gila kerana dunia sangat aman ketika itu. Dengan izin Allah, setelah bahtera itu siap dan orang ramai telah masuk ke dalamnya, maka berlakulah malapetaka yang dijanjikan Allah termasuk. Semua kehidupan di muka bumi ini musnah dan tiada satu pun yang terselamat darinya. Oleh itu, kehidupan kita ketika ini, binatang-binatang yang ada ketika ini adalah disebabkan keturunan kita yang mengikut kata Nabi Noh. Bagi yang tidak menaiki bahtera tersebut, tiada lagi keturunannya dan telah pupus spesisnya.

Di situ kita dapat lihat bahawa, mereka juga mengkaji sejarah kita dan mereka percaya wujudnya perkara-perkara sebegitu namun kenapa mereka tidak percaya akan wujudnya Allah? Anda boleh mendapat jawapan tersebut di laman web youtube dan taip New Arrival dari intro sehinggalah episod akhir. Jika anda ingin menyaksikan versi Melayu taip dalam Bahasa Melayu untuk episod. Pembaca kesayangan sekalian juga boleh melihat kebesaran Allah di laman web tersebut.

p/s: Ini bukanlah blog tentang kelebihan agama kerana saya menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran ketika ini. Sekian terima kasih.

Percayakah anda dengan rumors bahawa akan berlaku perlanggaran antara planet pada 2012/2014? Adakah itu menandakan hari kiamat sudah semakin dekat? Sudahkah anda bersedia untuk mati? Sudah cukupkah iman anda untuk bertemu Tuhan?

Orang alim sering berkata, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari nescaya kamu akan menjauhi kemaksiatan dan kemungkaran. Amin.