Tuesday, October 5, 2010

Gelang emas

Taktau la harini hari yang gembira ke tak.. Selepas masukkan duit ke dalam akaun ASB sepupu, saya bertekad untuk jual emas lebihan gelang mak (haritu beli panjang sangat jadi kena potong) yang saya beli 2 hari lepas dan 2 bentuk cincin mak yang dah lama. Mak nak ganti dengan loket tapi saya tak berapa suka. Sebenarnya memang sangat rugi kalau jual beli emas ini sebab harga akan jatuh agak banyak. Contohnya; jika emas anda tu berharga RM1100 anda hanya akan dapat dalam RM800 ja paling banyak pun (rugi dalam 2-3gram lebih bergantung pada jenis emas). Memandangkan nilai emas sekarang agak tinggi, jadi anda kena survey betul-betul sebab walaupun 1%, anda akan kerugian banyak juga. Ada kedai akan mengambil setinggi 35% dari nilai sebenar emas tersebut, ada yang mengambil serendah 15% dan macam-macam lagi. But i tell you sebenarnya harga lebih kurang ja cuma anda kena bijak mengira. Kalau 15%, kena tengok berapa nilai emas yang dorang bagi. Harga pasaran sekarang RM146 untuk 1gram emas tapi anda tak akan dapat harga tersebut jika nak jual atau trade-in dengan barang lain. Jadi saya hanya bercadang untuk menjual barang-barang tersebut dan masukkan duit tersebut ke dalam ASB saya.

Emas ni plak ada banyak jenis. Ada emas 916, 512, 999, 2.2k dan macam-macam lagi la. Dorang yang beli emas ni akan leburkan balik untuk jadikan emas 10 then baru tentukan jenis emas tersebut. Ada barang kemas tu kita tengok besar tapi sebenarnya kosong dan ringan je. Ada juga kita tengok kecik je tapi sebenarnya padat dan berat. Saya sebenarnya minat cincin tapi tunggu cincin tunang dan kahwinla huhuhu~ **Ehem ehem. Sayang sila ambil perhatian** 

Pada masa yang sama, saya tengok-tengokla cincin dan gelang yang ada di situ. Tetiba mata tertumpu pada satu gelang bebola yang cantik. Kawan pun cakap cantik so hati mula rasa teringin untuk memiliki gelang tersebut. Setelah mengira-ngira dengan jurujual di sana, saya tukarkan 2 cincin  emak dan seutas rantai saya dengan gelang tersebut. Mak okay saja bila saya call tanya. Akhirnya, saya menukarkan lebihan gelang emas dengan wang tunai dan 2 bentuk cincin+seutas rantai kecil saya kepada gelang baru.. Rugi mungkin beberapa ratus sahaja (5.4g) dengan nilai sekarang tapi jika dibandingkan harga masa beli dahulu, untung saya agak banyak. Yang penting dapat gelang baru hehehe..Wang tunai akan dimasukan ke dalam ASB.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjual beli emas. Selama ni tak pernah kisah pun pasal barang-barang kemas ni. Mak bagi pakai je..Adakah saya semakin dewasa??

P/S: Visa ke China dah siap, tunggu masa berlepas je..Can't wait!!

No comments: