Sunday, June 14, 2009

Kahwin Kahwin..

Musim kahwin macam biasala,,bersusun kad undangan. [maafla only selected kenduri je yang saya pergi]. Memang tak suka sangat pergi kenduri-kenduri ni sebenarnya, tapi kalau terpaksa pergi jugala. Paling saya gemari adalah melihat pelamin. Meh nak tunjuk beberapa gambar pelamin yang diambil.



Pelamin anganku indah

Pelamin trend sekarang berkonsepkan putih

Pelamin anak buah di Seremban


Cantik kan pelamin-pelamin sekarang? Rasa tak sabar lak nak tengok pelamin sendiri. Cewah. Malasla nak layan Nia ni. Sambung berangan.

Friday, June 12, 2009

Shopping

is my hobby. Bila ada duit la. Kalau tak ada duit jadi window shopping je.. Orang perempuan ini tak ada kerja lain ke selain shopping?? Hey siapa kata? Lain orang, lainla ragamnya. STOP IT.

Semalam keluar shopping dengan mak. Beli baju raya je. Maklumla kalau dah dekat-dekat raya nanti tak ada pulak orang nak buat. Baju yang beli siap tak sedap pakai. Cerewet tul! Sungguhla.. Tak percaya pergila survey berapa orang yang suka beli baju raya yang sudah siap dan berapa orang yang suka tempah. Tak disangka-sangka kami memilih tema merah, pink mix purple. Baju raya adik berwarna merah, emak merah purple dan saya pink purple. Let me repeat they are mixed. Saya bergegas pulang sebab nak tengok cerita MATAHARI episod akhir. Arianna akhirnya dijatuhi hukuman mati akibat membunuh orang. Ia sebuah cerita yang sangat menarik, lain daripada yang lain. Penonton akan merasa benci, sakit hati dan kasihan kepada watak-watak tertentu. Wah jadi pengulas pulak Nia ni.

Sambung balik cerita shopping tadi. Actually baju raya Nia warna pink dah hantar kepada tukang jahit untuk dibuat baju kurung. Tapi ada lagi satu baju yang Nia beli masa di Bali belum hantar. Tailor dekat rumah tak nak buat baju selain baju kurung. Lagipun Nia nak la juga melaram masa hari raya nanti so kain jarang dan nipis tu dibeli untuk dibuat baju fesyen. Nak jahit manik-manik dan dialas dengan kain chiffon tebal agar tidak menampakkan susuk tubuh. Nia pernah membaca sebuah buku tentang wanita sekarang walaupun berbaju namun masih telanjang. Di mana maksudnya wanita yang memakai pakaian jarang umpama telanjang. Hati teringin membeli sepasang lagi baju cotton berbunga kecil seperti kain untuk membuat baju Kedah (Ikut fesyen la kononnya), namun membatalkan niat. (Yela tailor mana pula yang akan buat baju tu?Ishk ishk)

Tadi balik kampung di Sik. Kali pertama balik kampung setelah lebih sebulan bercuti. Nia, ko kan kena baca buku Dr. David. Dah baca buku belum? WHAT? BUKU? Nama pun cuti so mana ada masa nak baca buku pelajaran. Kacau mood betul la. Dah arr malas nak menulis lagi. Chow.

Tuesday, June 9, 2009

Muka Cedera**

OMG!! Apa ini? Muka siapa yang cedera? Owh no. Simpang malaikat 44. Kenyataannya memang muka saya sekarang tengah cedera akibat kegatalan yang dialami selama 2 minggu. Sedih tak? Harusla. Orang perempuan ni muka adalah asset. Cantik ke tak janji sedap mata memandang betul tak? Rupa tu takla penting sangat sebab hati budi lagi penting. Tapi tipula kalau orang lelaki tidak memandang rupa paras seseorang itu untuk pertama kalinya.

Saya dah pergi klinik berjumpa doctor dan telah diberi 1 suntikan [HALAL ok] serta beberapa jenis ubat. Lotion gatal, ubat biji 2 pek dan sabun kulit. Hope akan recover as soon as possible. Gatal sangat tak tahan kot. TOLONGGGGG!!!

Malu Bertanya Sesat Jalan

Pepatah Melayu memang sangat tepat digunakan pada zaman dahulu kala sehingga kini. Apasal tiba-tiba berpepatah lak ni??Confius ke? Lantak korangla.. Go to the main story.

Khamis lepas, Nia dan keluarga pergi menghadiri kenduri kahwin sedara di Seremban. Perjalanan kami tidak mengalami sebarang kesukaran. Kami tiba setelah 6jam lebih perjalanan [termasuk 3 kali berhenti]. Memandangkan kenduri dibuat secara pakatan (iaitu masak sendiri) so memang la sangat memenatkan. Hari kenduri takyah cakapla. Banyak giler benda nak kena buat. Dah habis kenduri lagi la, periuk belanga Nia dengan abangla yang terpaksa menyengtal. Kami berdua kebosanan ketika berada di sana kerana semua sedara mara sibuk dengan kerja masing-masing.(Esok-esok kenduri kahwin aku korang tak tolong memang siapla. Ishk bunyi macam tak ikhlas lak? Hmm..) Kenduri berjalan dengan lancar. Kami pulang sehari selepas kenduri iaitu pada hari Ahad. Sebelum itu, kami singgah di Teluk Intan untuk menghantar makcik saya yang tinggal di sana. So What? Benda tu pun nak cerita ke? Hey,, suka hati saya la. Penat, letih, capet semua la. Dalam pukul 3pm, kami bertolak pulang ke Alor Star. Abah memandu menggantikan abang yang mengantuk. Ini cerita kelakar serius kelakar. Tapi bagi saya la. Orang lain mungkin rasa bosan. Ada saya peduli? Pakcik saya dah bagi plan keluar so kami pun follow la. Sebenarnya tak tau follow arahan or salah dengar arahan. Apalagi asal ada sign board yang KG Gajah instead of Bt Gajah, kami pun follow. Last-last sampai kawasan kampung. Ishk mana highway ni? Plan mula-mula nak keluar ikut highway Tapah, tapi sebab dah memang sesat entah ke mana-mana, kami pun terpaksa cari highway ke Ipoh. Ini semua salah abah. Boleh pulak ikut jalan yang dia rasa selesa? Saya ada Tanya abah kenapa ikut arah sini sedangkan ada sign board keluar? Abah pun jawab, “Abah rasa selesa ikut jalan ni. Sedap je manatau tiba-tiba keluar penang ke?” HAHAHA. Abah pun mula mengarut dan buat lawak. Mak pula asyik membebel. Mak, benda dah lepas tak payahla ungkit-ungkit. Jalan tadi pun dah jauh terlepas. Dah sesat kami pun kembali ke pangkal jalan. OK enough bab kerenah kedua ibubapa. MAAF mak, abah. Saya rasa sangat happy and fun sebab banyak topic yang kami bualkan apabila bersama. Kami tiba dalam pukul 10pm. Belum sempat pun Nia nak mandi, solat dan siap-siap untuk tidur, sedara mara pula datang. Layan-layan dorang kejap, (sebenarnya takla sekejap sangat sebab pukul 12.15am baru dorang meminta diri untuk pulang) dah ajak tidur di rumah tapi paklong jual mahal. Alo paklong bukannya jauh pun rumah kita. Lepas paklong sekeluarga balik, saya terus mandi, solat dan bersedia untuk tidur. Serius penat. END.

P/S: Takziah kepada sepupu saya yang keguguran kandungan yang berusia 10minggu. Mesti sangat sedih kan? Kehilangan memang menyedihkan..=(

Wednesday, June 3, 2009

I miss my "SINGLE" day..

I believe many people will miss their single day that had passed. CUPP!! Kata nak menulis dalam Bahasa Melayu? Owh okey. Saya sangat merindui waktu-waktu yang telah berlalu dalam hidup saya. Saya memulakan pengajian pada umur 5tahun (tadika kemas). Kemudian berehat di rumah setahun sebelum menyambung pengajian di sekolah rendah. Masa di tadika, saya bukan seorang pelajar yang bijak namun saya agak rajin (ceh puji diri sendiri lak). Dulu pergi tadika dengan jiran sebelah rumah. Nama dia Syakir tua setahun dari saya. Bila dah besar ni malu dah nak rapat. Marah pulak girlfriend dia nanti.

Zaman sekolah rendah memang menyeronokkan dan membahagiakan (ewah-ewah). Nyatakan sikitla nama sekolah rendah dulu, Sek Keb Dato’ Wan Mohamad Saman. Banyak kenangan suka duka di ketika ini walaupun usia baru mencecah 7-12 tahun. Mana tak nya, semua benda pun saya nak bolot. Dari dalam kelas sampai ke luar kelas. Kalau dalam kelas, saya je nak nombor satu. Kalau tak pun nombor dua atau tiga tapi jarangla hahaha (show off nampak?? Takla saja nak bagitau sifat buruk saya waktu tu. Benda dah lepas kan,, orang pun dah tak hairan). Semua pertandingan saya nak sertai. Solo singing, role play, bercerita agama, kuiz mathematic, berlakon, menari etc. Kalau bab permainan pula, wakil bola jaring, bola baling, bola tampar dan hoki ,mesti ada muka saya dan beberapa orang kawan je. Saya merupakan atlet dalam larian 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x400m, lompat tinggi dan lompat jauh. Saya juga merupakan seorang pengawas dan pengerusi untuk Persatuan Puteri Islam sekolah. Untuk memberi keseimbangan pada pelajaran, saya menghadiri kelas fardu ‘ain pada waktu petang. Malangnya, perangai saya masih tidak berubah dan saya masih tetap ingin menjadi yang pertama di dalam kelas. Kenangan manis yang tak pernah dilupakan adalah hadiah yang diterima untuk tempat pertama peperiksaan fardu ‘ain adalah kotak pensil dan alat tulis dan disebabkan itu, saya tidak pernah membeli kotak pensil ketika saya menuntut di sekolah rendah.

Sekolah menengah (paling tak suka dan tak bercadang bercerita panjang tentangnya) merupakan alam perubahan kepada diri saya di mana pada ketika ini saya bukanlah seorang yang bijak lagi. Kurang dikenali dan sering bermusuh dengan lelaki. Namun begitu, saya masih aktif dan mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan seperti bola jaring, bola baling, 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, 4x200m dan 4x400m. Saya juga bukan seorang pengawas (satu kesyukuran tau sebab pengawas di sekolah sering dikutuk oleh pelajar-pelajar HAHAHA). Pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highland kerana memenangi pertandingan bola jaring di peringkat negeri. JANGAN LUPA mention nama sekolah. Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa merupakan sekolah berasrama penuh dan semua kena tinggal di asrama walaupun rumah sebelah sekolah je. Detik bersama kawan-kawan dan guru-guru sangat saya rindui. Sekarang ni banyak kawan-kawan belajar di luar negara. SOB SOB SOB sedih tertinggal di Malaysia.

P/S: Rindu sangat nak mandi dalam “Black Room” dengan kawan-kawan. Rindu juga kat cikgu Noraini Ismail, Thawamaisur, cikgu KH saya yang sangat baik, cikgu Adilashilla, Ustazah Rusmalina dan beberapa cikgu yang lain.

Zaman matrikulasi tak menarik sangat sebab sekejap je tapi still ada kenangan dengan Kak Yana, Nabilah, Kusha, Yazrul, Mizi, CK, Oje, Chak dan Aimi(roommate) dan beberapa orang lagi yang namanya tak disebut. Saya dulu budak fizik F6P3. Abah frust sangat masa ni sebab saya tak ambil Biology. Sorry abah tak minat. Paling tak boleh dilupakan mendapat lecturer “auww” namanya tak ingat pula saya. Encik Sukiman kot! Entah tapi dia memang bestla walaupun dia “auww” dan sering dibuli oleh pelajar-pelajar di dalam bilik kuliah namun saya rasa dia sangat bijak tentang fizik. Saya sendiri pun tak faham macam manala orang boleh minat fizik. Dalam banyak-banyak topic saya hanya ingat “Torque”. Ketika di matrikulasi, saya mendapat tawaran untuk membuat diploma dalam bidang statistic tetapi menolak kerana tidak berminat. Saya cuba apply TESL untuk kali pertama namun tidak berjaya. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba pada kali kedua dan akhirnya mestila berjaya (penat kot cuba banyak-banyak kali ni). Saya pun keluar dari matrikulasi yang separuh jalan tu dan membuat asasi setahun sebelum menyambung di peringkat ijazah.

CUT IT SHORT. Buat pre-degree kat Kuantan then sambung degree kat Melaka. Sampai sekarang masih belum tamat. Still ada 2 tahun untuk menamatkan pengajian. Dalam usia saya 22 tahun ni tipula kalau Tidak Pernah Bercinta. Sorry sayang but sometimes I really miss my single day as a single person. No commitment dan tak ada perasaan bersalah untuk keluar dengan sesiapa sahaja. *Twink twink*

Akhir kata sambutla sukan….eh salah-salah. Saya sangat rindu saat-saat yang telah berlalu. Jika masa boleh dikembalikan, saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk memenuhi keinginan kedua ibu bapa yang ingin melihat saya menjadi seorang doctor. Saya juga ingin menjaga perhubungan saya dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ingin menjadi seorang mukmin yang sejati taat kepada Allah, Rasul juga ibubapa.


Monday, June 1, 2009

Kenapa Nia? Siapa Nia?

Ok let's back to the main title "Nia87". Kenapa Nia, bukan Syuraini, Syurai, Syu or Rain seperti yang dipanggil oleh kawan-kawan dan kenalan. Sepatutnya I don't need to explain this tapi nak explain gak sebab mesti kawan-kawan rasa sedikit pelik kan? (yeke?) Entah. Saya ingin tekankan di sini bahawa ini adalah personal blog dan semua post adalah berkaitan dengan diri sendiri, rakan-rakan terdekat dan keluarga tercinta. Apa sahaja yang ingin saya tulis,, saya akan tulis dan tiada kaitan dengan anda sama ada suka atau tidak. Jelas? Cun.

Kenapa Nia? Takda kaitan langsung kot. Siapa cakap? Adalah. Cuba check betul-betul dalam nama Syuraini. Boleh dipendekkan menjadi Ain kan di tengah-tengahnya. Apabila diterbalikkan boleh manjadi Nia kan? HAHAHA. 87 pula adalah tahun kelahiran saya. I like this number so much tapi takdela sampai fanatik. So sekarang anda dah tau kan mana datangnya Nia87. Anda perlu tahu bahawa apa-apa pun nama saya,,saya adalah saya dan saya tidak akan berubah walau apapun yang anda harapkan. Nia cuma nama untuk blog baru saya dan panggilan yang selesa untuk saya adalah rain ok?

Sekian terima kasih.