Saturday, October 23, 2010

Seorang lagi pelajar Malaysia meninggal dunia..

Saya yakin, mesti ramai di kalangan anda telah mengetahui berita kematian saudari Inani Zulaikha, seorang pelajar tahun 4 perubatan di Bandung. Punca kematian mungkin akibat sesak nafas kerana beliau pernah mengadu sakit-sakit belakang kepada abangnya sejak seminggu sebelum kematian beliau.Yela, ajal maut di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak takdir kan? Cik Zulaikha merupakan anak kedua dan sangat rapat dengan ibu dan abangnya. Saya secara peribadi, tidak mengenali beliau namun apabila membaca akhbar dan menonton televisyen, saya yakin kita telah kehilangan seorang bakal doctor yang hebat dan merupakan satu kerugian kepada negara. Namun begitu, apabila saya menonton berita tentang kematian beliau, saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang sangat terpelihara. Bayangkan, upacara sembahyang jenazah diadakan pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat yang mana hampir penuh masjid orang bersolat jenazah untuk arwah. Saya pernah mendengar ceramah (maaf jika saya salah dengar) bahawa jika lebih 100 orang hadir untuk solat jenazah, maka mayat tersebut terlepas dari seksa kubur. Ditambah pula, hujan renyai yang turun ketika pengebumian beliau seolah-olah menangisi pemergian arwah. Ayah saya juga berkata cara pemergian Cik Inani Zulaikha sangat elok.  

Kepada keluarga Cik Zulaikha tabah menghadapi ujian Allah ini. Dari Dia kita datang, dan kepada Dia-lah kita kembali. Mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Amin..

2 comments:

Sr. Maryam Fatanah said...

al-fatihah...

anyway, suppose g bndung disember ni tp ditunda sbb ade kes ni...

nice blog..do visit mine

safif said...

Insya allah. Al-Fatihah...