Sunday, December 26, 2010

Hatyai again

Cik Nia sekarang ni on the way to Hatyai. Actually this is not my first time to Hatyai but stil have some places yang tak sempat visit. Harini nak habiskan tempat-tempat tersebut so next time no need to come again hehe~ So hatyai people, I'm coming. Do welcome me ok??

Thursday, December 23, 2010

Kawan yang hampeh!!

Korang ada tak kawan yang tak pandai jaga hati orang? Konon berterus-terang tapi tak kena tempat..! Owh I hate this type of friend.. Kalau tak suka, cakapla berlapis sikit. Kalau tak betul, beritahulah benda betul baik-baik. Kalau ada masalah, bincang la baik-baik kan? Ini tak, cakap main ikut sedap dia ja..Ikut puas hati dia ja..Kalau kena kat diri sendiri tau pula nak komen kan??Ingat...diri kita ni mencerminkan latar belakang kita dan generasi akan datang.Nak ke orang kata, "Uh ,tu,mak bapak dia mesti perangai camtu jugak!" Minta simpang okeh~ So korang rasa kalau ada kawan camtu, apa korang akan buat? Actually banyak lagi jenis kawan-kawan yang hampeh ni..Tapi kenala pandai pilih. Kalau rasa takleh go on, just ignore that person!!

Close that story pasal kawan hampeh. Ni pasal kawan yang fun! Semalam, my friends and I went to Queensbay Penang. Niat nak tengok movie je ye tapi pergi sampai ke Penang hahaha~ Fun kan? Kami pergi tengok citer Hantu Mak Limah Balik Rumah. Seriously fun! Fun lagi??Haha~ Kepada sesiapa yang tak tengok lagi pergila tengok ye..Ku..ku..ku..Hahahaha~

Friends are always awesome!

Monday, December 20, 2010

Siapa ada??

Korang tau tak lately ni 8tv tayangkan cerita korea yang best giler??Kalau tak percaya, malam nanti korang pergi tengok pukul 8.30p.m from Monday to Friday. Now, cerita terbaru bertajuk "He's beautiful". Memang best ar cerita tu..Baru beberapa episod ditayangkan.Then, masa nak download cerita tu, seorang viewer suggested to watch "My Sweetheart". Owh please sesiapa yang ada both stories, boleh tak berikan/pinjamkan kepada saya?


Sunday, December 19, 2010

Ramainya perempuan..

Cuba tengok dalam keluarga anda ramai lelaki ke perempuan? Family serta saudara mara saya memang ramai perempuan. Sebelah mak ke abah ke semua anak perempuan ramai. Kebanyakan makcik dan pakcik even sepupu anak sulung mesti perempuan. Cuma mak saya, maklong dan seorang sepupu saya saja yang melahirkan anak sulung lelaki. Itupun sepupu saya anak sulung je lelaki dan yang lain-lain semua perempuan. Hmm..Maklang saya pulak anak sulung perempuan dan 3 lagi lelaki. Yang lain-lain kebanyakannya mempunyai seorang anak lelaki dan anak-anak yang lain semua perempuan. Jadi sebelah family saya memang ramai perempuan sama ada yang dah berkahwin, belum berkahwin dan masih budak. Saya? Taktaula..Tapi saya suka anak sulung lelaki sebab dia akan menjadi ketua keluarga yang akan membimbing adik-adiknya. Eceh dah berangan okies walaupun belum berkahwin.. Anyway, biar anak seorang pun janji jadi orang berguna kan?

Kepak-kepak kebung-kebung

Saturday, December 18, 2010

We are siblings forever..

Today, I wanna post pictures about my siblings. Saya ni anak ke-3 dari 6 adik-beradik. Semua bijak-bijak okeh~

Kiri sekali adik bongsu tahun depan darjah 6, tengah muda setahun dari saya sedang mengikuti pengajian perubatan di Bali, hujung sekali si comel tahun akhir pengajian TESL hukhuk..=)

Kiri sekali abang kedua (abang sulung di Sabah), baju merah adik lelaki kini menuntut di Uitm (Art&Design).
Kanan sekali my beloved mom

I LOVE YOU OLS!!!

Friday, December 17, 2010

How I'm going to be a teacher??

Pengajian hanya tinggal lagi beberapa bulan. Lepas tu kerja (well since I'm under scholarship,so ada kontrak kerja selepas belajar). Frankly speaking, soon goona be an English teacher (omaiGodomaiGod!). Masalahnya sekarang boleh ke bertahan menjadi seorang guru?Pengalaman menjadi guru pelatih di salah sebuah  sekolah menengah dia Melaka dan guru tuition memang meletihkan. Bayangkan, baru 3 bulan mengajar dah bosan dan baru sebulan buat tuition dah tidur dalam class. Kasihan betul dapat guru macam ni iskh2..Baik jadi pelajar lagi best. Namun sebagai pelajar tajaan terutama sekali SLTP, kami perlu berkhidmat selama 4 tahun sebelum menyambung kembali pengajian di peringkat seterusnya. Kerja kerja kerja!! Then kahwin okay? (hint2..sila faham) Apa-apapun, I know my responsibility towards the nations and always pray for the best. Dear god, the might and most merciful. Please show me the way and give me strength to choose my destiny. Only you can help me. Amin..

Sesuai tak me as a teacher??Haha

Tuesday, December 14, 2010

Abah, u r the BEST!!

During my childhood, I was not that closed to my father. Mungkin sebab masih kecil so tak banyak perkara yang abah boleh share dengan saya. Apabila diri sudah menjadi dewasa (wollah ayat tak boleh blah), banyak benda abah cerita. Segala masalah, perkara sulit dan sebagainya. Terasa diri sangat penting dalam family. Abah selalu luahkan perasaan pada anak-anak dia especially saya sebab saya yang paling dekat dengan dia. Sentiasa berada di sisi di kala dia susah hati. Abah sangat pentingkan kebajikan anak-anaknya. Abah dah nak masuk 60 tahun, dah lebih setengah abad pun hidup. Kesian abah sebab bersusah-payah membesarkan anak dia yang seramai 6 orang ni. Tak sabar rasanya nak kerja dan bawa abah pergi bercuti keliling dunia. Doa saya, umur abah panjang agar dia dapat merasai keindahan hidup di dunia ini.Amin..

Abah tak fotogedik macam anak dia okay!

Sunday, December 12, 2010

I miss you..


Entry ni sekali lagi untuk kekasih hati..Iskh susah betul la orang yang bercinta ni.Asyik nak rindu-rindu ja. Susah-susah sangat kahwin la T__T Uishk lambat lagi. Habiskan study dulu then kerja setahun dua okies~ To my hunny bunny shoe, I MISS YOU okeh~ Bila boleh ketemu ni??


Friday, December 10, 2010

Kecewanya..=(

I'm a bit disappointed because my plan to Hatyai has been cancelled at last minutes. So, I have nothing to do and my holiday in China was the last trip for this year. Poor me. Next year will be my last year as a student and my new life as an employee Insyaallah. Hope to be very successful and more prosperous. Still doing my tuition class and helping my mother at her stall. Life going as usual and I feel blessed everyday.

Wednesday, December 8, 2010

Thank you sayang..

My lovely bunny shoe is so amazing!! Pernah tak waktu bf anda call tetiba anda busy then anda cakap tunggu sekejap tapi rupa-rupanya dah 20 minit dia tunggu tanpa meletakkan phone? Lepas tu , tak merungut sedikit pun? Owh that's him! Kekadang saya lak yang marah dia balik, "Apasal you tak off phone? Bila I dah free, I call la you balik". He just replied, "Nevermind la". In a few minutes later I said again, "Call you back, busy". I think, if other people for sure dah lama aku ditinggalkan hahaha. LWH memang sangat penyabar so there's no reason for me to leave him. Tak kacak and tak kaya pun takpela sebab kacak dan kaya belum tentu menjamin kebahagiaan kan? He is so fun (yes sometimes a bit boring) tapi setiap masa pun I need him. He never asks anything from me so what I need to do is just giving him some times to settle everything. Take all my time darling because it's just for you. Thank you.

 I'm his Red Rose

I hate the fact that I lose!

Kerugian itu satu kesalahan dan menyedihkan. However, if we know how to handle it wisely, it will not happen again in the future. Berniaga ni bukan sesuatu perkara yang mudah where we have to focus and really committed to develop the business. Untung eugi memang perkara biasa  cuma yang paling ditakuti, jika kita terambil duit haram.Yang dikatakan duit haram tu pula adalah bila kita meletakkan harga lebih dari yang sepatutnya. Berniaga kedai makan la contoh yang paling senang. Mak saya sekarang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan namun hasilnya agak memuaskan. Tapi apabila saya melakukan kesalahan, saya rasa sangat sakit hati. Abah selalu pesan, "Kalau salah kira yang merugikan pelanggan, esok kita bayar balik tapi kalau menguntungkan pelanggan, kira sedekah saja". Sebagai orang yang sangat giat berbisnes (eceh), saya memang dah terbiasa bab untung rugi ni dan memang tak dapat menahan rasa kecewa apabila rugi sedikit. Sebenarnya takda istilah rugi dalam berniaga cuma untung sedikit atau banyak saja. Kalau salah kira, hari itu punya keuntungan sedikitla tapi kalau kira betul, keuntungannya stabil. Lepas ni bila kuliah dah bermula, mak akan mencari pekerja untuk membantunya. Harap-harap takdala banyak sangat perbezaan harga yang diletakkan agar pelanggan tidak merasa hairan dan terkejut selepas ketiadaan saya nanti.

Tuesday, December 7, 2010

Hatnyai

This weekend, I plan to go to Hatnyai. Actually, I want to go to Bangkok but due to the distance and time-consuming, it will be postponed to some other times. According to Wikipedia, Hatnyai is a city in southern Thailand near the boundary to Malaysia. Located at 7°1′N 100°28′E / 7.017°N 100.467°E / 7.017; 100.467, it has a population of 157,359 (2008) in the city itself and about 800,000 in the greater Hat Yai area. Hat Yai is the largest city of Songkhla Province, the largest metropolitan area in Southern, and third largest metropolitan area of the country. It is is often mistaken as being the capital of the province, but Songkhla is the capital and the center of administration and culture, while Hat Yai is the business center. The two cities are considered as twin cities due to their close connection, and accordingly, Hat Yai and Songkhla form the Greater Hatyai-Songkhla Metropolitan Area.

I've been to Hatnyai last year and it was great but this time, I want to visit places that I've not visited before. You should know that Hatnyai is a great place for shopping. It is also easier for you to find HALAL food here. Since it is really near to my house, so I choose train to travel by. It only takes 3hours to reach there by train and 1hour by car. I can't wait to spend my weekend there~ Will let you know soon..

Monday, December 6, 2010

Kacak & Kaya,..Wow!!!

Pernah tak seorang lelaki yang KACAK dan KAYA ajak anda kahwin? Plus lifestyle dia memang impian anda? Contohnya, anda ni suka melancong, rupa-rupanya si dia sentiasa ke luar negara atas urusan kerja. Si dia baru kenal anda, tapi rasa anda calon yang sesuai untuk dia dan mahu berkahwin terus dengan anda kerana komitmen kerja dan faktor umur yang dah meningkat. Pada masa yang sama, anda dah ada teman istimewa. Teman anda ni, memang baik, memahami dan anda pun takda masalah. Tapi realistiknya, memangla yang kaya dan kacak tu satu bonuskan??hahaha..Apa-apapun, sebagai orang Islam, anda perlulah minta petunjuk dari Allah SWT. Macam mana excitednya pun kita, kena ingat pada Allah. Tapi kalau saya memang dalam dilema hahaha~ @_@

Sunday, December 5, 2010

Kau Ilhamku -Man Bai

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Lagu ni siyes sedap. Dari kecik sampai sekarang pun suka. So LWH sedang belajar nanyi lagu ni sebab his brother also likes this song =D

Friday, December 3, 2010

BF kekurangan kasih sayang..

Entry ni dedicated to my Honey Bunny shoes..Lately ni, LWH sering sakit hati dengan saya(kan dah cakap I'm a drama queen). Nak tau kenapa? Erm..Sebabnya saya sekarang ni selalu sangat tidur awal. Waktu pagi saya busy tolong mak kat kedai makan, petang sibuk mengajar tuition dah malam mengantuk pulak. So, memang tak banyak masa berbual. Dia pula jenis call lewat-lewat malam sebab awal dia busy. Dulu saya memang selalu tidur lambat tapi sebab environment kat rumah jenis tidur awal so saya pun terikut-ikut la. Pukul 9.30 tu memang dah mengantuk. Kadang-kadang pukul 9.00 malam pun dah mengantuk. Bila dia call, mula la saya merepek makan kerepek. Sakitla hati dia sebab banyak benda nak cerita tak dapat. Dia cakap lepas ni, dia pun nak belajar tidur awal. Lepas ni, kami tak ada masa bersama lagi la. Macam mana ni?? Kena berlatih tidur lambat balikla. Tapi pagi-pagi kena bangun awal pukul 5.30 tau tolong mak kat rumah.

Thursday, December 2, 2010

LED Display for SALE!!!

Small LED Display or name tag for sale.

Price   : RM70 each (buy 5 free 1)
Size     : 7.5cm x 2cm
Brightness : can adjust speed, key in the sentences that you like, free movement from left to right or vice versa, up to down or vice versa.
Functions : use as name tag, accessories (eg: the cap & t-shirt), good ideas to surprise your, husband or wife, gf or bf depends on your creativity.

Hurry while the stock last!


Write any word that you like!

Sunday, November 28, 2010

Tahniah ye Pkoq!!

On 21st Nov, my friend Norsyafiqah (we call her Pkoq) telah bertunang dengan kekasih hatinya Mohd Faiz who was our senior back to school. Walaupun physically telah berubah (opps!),  tapi still tunning! Belum kahwin lagi tu..hehe. Malangnya disebabkan due to a few reasons, we reached her house a bit late. Sorry  ye Pkoq.. Tak dapat tengok Pkoq melaram. Apapun, Pkoq congratulations on your engagement. Jangan gaduh-gaduh tau! Orang kata masa bertunang ni lagi hebat dugaannya~ Semoga berbahagia selalu dan berkekalan selamanya okay! 

With my buddies
(Rafykah, Izati, Pkoq)


Saturday, November 27, 2010

Bosan ke bercinta??

Ada yang berpendapat, bercinta lama-lama ni sangat membosankan. Ada yang sanggup berpisah dengan pasangan masing-masing selepas bertahun-tahun bercinta. Tak kurang juga yang bercerai walaupun dah ada sederet anak. Kes bercerai mungkin lain dari bercinta sebab factor keluarga dan sebagainya. Tapi dalam kes bercinta ni, selalunya ia melibatkan 2 pihak sahaja jadi lebih mudah dan kurang masalah..Dulu masa belum bercinta (sekarang dah bercinta ye??eceh!), saya pun berfikiran macam tu tapi sekarang pendapat tu dah lain sama sekali. Masa akan datang tak berani nak komen ye! Untuk anak muda di luar sana (wewitt), akak yang dah tua ni nak berpesan, bercinta biarlah berpada-pada. Jangan bagi semua sebab kita tak tau dengan siapa jodoh kita dan apa akan berlaku kelak. Takut nanti diri sendiri yang sakit. Sebab tu ada yang sanggup bunuh diri la, bunuh kekasih la, jadi gila dan sebagainya. Dah kahwin okay, bagi semua takda masalah.


Thank you Sayang for the lovely roses

My life has changed a lot after I’m not single. HAHAHA. Happy, glad, awesome, amazing, lalala~ Thanks to him. Dah lebih 4 tahun we have been in relationship. Memang la ada time bergaduh tapi it was because of me (Yes, I’m a drama queen). He is so patient, so hardworking, so tolerant and so interesting. Setiap hari sayang dan semakin hari semakin chenta..Wah gatal betul!! HAHA. Dalam berpasangan, akak yang tua ni nak berpesan lagi ye, jangalah mengharapkan kesempurnaan tapi terimalah kekurangan pasangan anda sebab kekurangan tersebut akan menutup kekurangan anda padanya. Jangan memaksa pasangan anda buat sesuatu yang dia tak suka dan hormatilah keputusannya. Okay tak advice tersebut?? Apapun, apa yang kita nampak tak semestinya apa yang tersirat so just enjoy your life ok!

 LWH said Red Rose represents me,
"Yang warna merah tu menunjukkan u paling menyerlah daripada yang lain"

Friday, November 26, 2010

Owh Datuk…

Sepanjang cuti semester ni, sukan adalah my favourite channel, jadi TV1 sentiasa menjadi pilihan. Bermula dari Commonwealth Games sampailah ke ASIAN Games sekarang ni. And my preferred sport would be badminton. Teka cepat kenapa?? Hah!! Okeh Datuk Lee sentiasa dihati eceh~ Rupa-rupanya hidung datuk Lee takla mancung sangat haha..but his face ishk~ I loike very much!! Looks very innocent and charming (walaupun tak kacak) wink*_*wink. Muscle kat tangan tu menunjukkan dia rajin ke gym. Gagah okies. Masa LCW demam haritu memang hati rasa tak bestnya..Patutla kalah game. Memang tak kisah langsung, janji dia sihat. (owh memang dah fall in love ke??). Walaupun after Olympic Games, he used to say nak retire but he never stops. Muda lagi kot baru 28 sesuai la dengan akak yang baru 23 ni opps!. Elaun sebulan berbelas ribu, tak masuk pencen sebulan RM3k, kalau menang setiap game ada lagi hadiah, emas RM80k, perak RM40k. Tak banyak lagi tu?? Tapi duit bukanlah ukuran untuk sukakan seseorang tu..Personality and performance tu yang penting! Wah yela tu..

Did you notice that bibir Datuk Lee tak menarik???Hahaha..saya rasa bibir dia tak berapa menarik tapi kalau tukar bibir takut jadi lagi pelik..Anyway biarlah macam mana pun dia but he is still our hero betul tak??

Thursday, November 25, 2010

Macau, City of Gambling

Macau ni sangat dikenali dengan bandar perjudian di mana saham ataupun keuntungannya telah melebihi Casino di Los Angeles. Mungkin sebab nak pergi Los Angeles tu jauh, tiket flight pulak mahal, so gamblers tend to go to Macau sebab murah dan dekat.


Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan adalah kena tahan dengan polis kat imigresen. Maybe sebab saya seorang ja yang bertudung kat situ so polis tahan untuk buat regular check->kata mereka. Tapi group kami je..orang lain tak pulak kena check..I felt so UNFAIR and DISCRIMINATED. Bags sumer kena buka and check. Nasibla tak suruh buka baju ke apa..Geram tul!!! Anda tau tak kes yang banyak pelajar dan wanita di Malaysia diperdaya untuk membawa dadah?? Mungkin juga itu salah satu sebab saya ditahan polis di sana. Macau ni dulu dijajah oleh Portugis jadi semua sign board and bentuk bangunan adalah Portugal punya style..Even polis yang tahan saya pun orang campuran **malas nak declair kacak sebab tengah sakit hati kena tahan**


In Macau, tak banyak tempat yang boleh dilawati sebab dia adalah bandar perjudian (The Gambling City), so kalau nak pergi jalan-jalan this is not a good place to go. Kasino bersepah-sepah and orang Macau ni suka berjudi. Even kat tepi-tepi jalan pun dorg boleh berjudi. Apa-apa event pun dorang boleh jadikan sebagai taruhan. Sepanjang berada di sana, saya hanya minum jus dan makan buah. Perut sangat lapar tapi tak berani makan sebab takut tak halal. Was-was pun tak boleh ye!




P/S: Kat Negara China ni, parents suka biarkan punggung anak kecil mereka terdedah. So, anda jangan rasa pelik ye kalau ke sana tengok seluar sesetengah budak terdedah kat belakang sebab senang dorang nak bagi anak dorang "u..uh"

Wednesday, November 24, 2010

Best ke Hong Kong?

Sebelum pergi HK, saya selalu cakap dengan diri sendiri, “takpa satu hari nanti aku mesti pergi juga!” Tak sangka pula peluang datang dengan cepat sekali. Saya ke HK selama 5 hari 4 malam dan hampir 70% tempat pelancongan di sana telah saya kunjungi. Pergerakan di HK sangat mudah kerana setiap tempat dihubung menggunakan train (like LRT tu). The train station is called METRO station and it’s very easy to reach the stations.

Map at each station


    It's better to use travel card (like touch&go) when travelling

Kat Hong Kong agak susah untuk dapatkan makanan halal. Saya makan keropok and minum jus ja sepanjang kat sana. Pernah sekali try makan Maggie sebab lapar sangat, dah check ingredient dia sumer tapi maybe overlook tup2 ada pork dalam ingredient tersebut. OMG!!! I dah makan okeh!! From that on, terus takda mood nak makan apa-apa..Perut pun rasa lain macam je. I wonder la people yang suka makan benda-benda haram such as alcohols, drugs, makanan dari kerja yang haram tu..Tak rasa berdosakah?? 

Banyak destinasi yang telah saya lawati di Hong Kong (alang-alang dah pergi kan, baik melawat sampai habis =D). I went to Disneyland, Ocean Park, Peak Tram, Tsim Sha Shui, Kowloon, semua la..Perkara yang tak boleh lupa sekali, hanya saya seorang je yang bertudung kat sana. Dari Shenzhen, HK hingga ke Macau memang semua orang pandang saya dengan muka pelik..Ada seorang uncle tu dengan loghat mandarinnya dia cakap “Ni kan, kan” which means “kamu tengok that girl”. Like I care la kan?? Tapi masa nak keluar dari HK, terjumpa lak 2 3 orang yang bertudung. Rasanya orang Indonesia. Then, I cakap kat kawan, “Dah nak balik baru jumpa orang yang bertudung”. Sama juga masa di Macau, kat airport baru nampak sorang makcik bertudung nak balik KL juga. Tetiba, jumpa lak Shasha Bashir kat airport tu. Nak balik KL gak, Dia mungkin pergi buat pengambaran kat Macau tapi tak pulak terserempak masa kat sana, nak balik baru nampak. Kawan cakap dia pergi gambling kot! Tak mungkinla..

Ni untuk peringatan anda, kalau nak pergi HK silalah book hotel awal-awal. Jangan harapkan pergi sana baru nak cari ye..Memang susah! Tambah pula kalau time anda pergi tu festive season. Mencari sampai pagila jawabnya. Dari pukul 6p.m. sampai pukul 5a.m. kami mencari bilik untuk tinggal. Nasibla orang-orang di sana sangat baik dan helpful. Akhirnya kami jumpa juga hotel budget yang kosong and cost HK500 per day/ RM205. Mahal juga untuk bilik yang sangat kecil dengan harga tersebut tapi memang itulah keadaan dan cara hidup di sana. Yang kaya, sangat kaya dan yang miskin sangat miskin. Bayangkan anda boleh nampak sport cars like Ferrari, Lamborghini, and Mercedes kat tepi-tepi jalan je..Dorang ni pulak suka kereta yang 2 pintu jah. Saya rasa sangat membazir!! Tapi kalau yang miskin, sampai takda rumah. Kesian sangat. Other thing, dorang ni sangat rajin. Kebanyakkan mereka suka berniaga. Jadi, kedai dibuka seawal pukul5 pagi dan tutup selewat 1 pagi. 4 jam je tidur iskh2..

Tuesday, November 23, 2010

Shenzhen, City for Shopaholics

We reached Shenzhen a bit late. Kat sana pukul 6p.m. cuaca dah gelap macam pukul 8p.m. kat Malaysia walaupun waktu sebenar adalah sama. We stayed for 2 nights. Pernah tak anda dengar masa nak beli beg ke baju ke, jurujual tu cakap barang-barang tu semua ambil dari China??Kebanyakan barang-barang tersebut diambil dari Shenzhen. Barang-barang kat sana memang banyak dan murah kalau anda beli secara borong tapi kalau beli satu dua je, harga dia sama, tak murah ye!

 Kawasan barangan borong

 Kawasan barangan elektronik

Kat Shenzhen masih ada yang beragama Islam so anda takkan menghadapi masalah untuk makan sebab ada makanan yang halal. Kalau tak reti baca tulisan cina, anda tengok je banner kat depan kedai tu, kalau ada gambar masjid anda boleh masuk dan makan sebab halal.

Lamien sup ni sangat SEDAP ok! (cost:RMB5@±RM2.50)
 

I had so much fun in China!!

Maaf sangat-sangat dah lama tak tulis blog. Internet slow. Leceh tul!! Bagi yang follow my blog, I believe you know that I’ve been to China for a week (9 days actually). So now, I’m going to tell the experience. That was my first time went to China for sure sebab tu excited nak cerita kat korang semua. HAHA. My flight to Macau was on 26thOct 2010 at 12.20 noon so I flew from Kedah at 8.35am and reached KL at 9.30a.m. Then, makan-makan and check in to Macau at about 11a.m. Kalau ke luar Negara counter pendaftaran dibuka 3 jam awal and kalau dalam negara, 2 jam je. Kaunter close 45minutes before the departure which means jika anda terlambat, silalah beli tiket kapal terbang yang baru ye..If your flight is at 12.20, silalah check in or lapor diri, daftar luggage, ambil tiket segala 45 minit sebelum tu ok! Kalau diikutkan kami mengalami kerugian sedikit dalam percutian kali ini bermula dari currency yang mana masa kami tukar duit harga masih tinggi berbanding harga semasa. Then, masa check in luggage, body shower yang baru beli kena rampas dengan kastam sebab melebihi 100ml. For your information, kalau nak pergi ke luar Negara barang-barang liquid hendaklah kurang dari 100ml ye..Even if you have used the liquid but at the bottle stated 100ml or more, still kena rampas. So janganlah bawa, beli ja kat negara yang anda nak pergi tu ada jual..Then, sampai di Macau kena tahan dengan polis untuk buat inspection. Macam-macam lagi la perkara berlaku. Mari ikuti kisah selanjutnya..

 Laksa at KL (cost: RM9.90)

 Inside the cabin


Perjalanan ke Macau mengambil masa selama 3jam 40minit which was so long to us (tak sabar-sabar). Sampai je di sana, we planned to go straight away to Shenzhen. Cuaca di Macau sangat windy, cold and nice. Tak berpeluh okies! Kami menaiki ferry je Shenzhen. One thing you should know, if you want to go to Shenzhen, you must have a visa. It will cost only RM110 (depend on the travel agency) untuk sekali masuk. Kalau dah keluar dari Negara tu, anda kena buat visa baru untuk masuk balik. Negara yang bukan komanwel, anda kena buat visa ye..Hong Kong and Macau tak perlu sebab mereka adalah Negara Komanwel.

Wednesday, November 10, 2010

Seperti yang dijanjikan...


Horse Battle

Tuesday, November 9, 2010

Hot News..!!

Korang tengok tak berita pasal seorang anak bunuh mak sendiri kerana mengamalkan ajaran sesat??Astaghfirullahal'azim...Semalam, seorang lelaki telah menetak ibunya sampai mati kerana percaya bahawa ibunya telah mati dan yang ada dalam tubuh ibunya adalah saka atau roh jahat. Semua ahli keluarga ada di rumah tetapi hanya menyedari perkara tersebut apabila terdengar bunyi benda jatuh dan laungan Allahuakbar! Nauzubillah...Kenapala senang sangat diri kita dikuasai oleh syaitan??  Dahla syurga seorang anak di bawah kaki ibunya. Kalau dah bunuh ibu apa maksudnya?? Sejahat-jahat ibu kita, ingatlah wahai anak-anak bahawa syurga kita ada bersama ibu.Sakit hati macam mana pun kita dengan ibu, tahan je, sabar..Sakit hati ibu dengan kita, kita bukan tahu kan??Entah-entah bergunung...~

Saya sebenarnya nak post video Horse Battle masa ke Shenzhen 2 minggu lepas tapi tak dapat upload lak due to slow connection. Esok saya try lagi k??

Sunday, November 7, 2010

Love is beautiful and painful..

Betul la kata orang, cinta itu indah tetapi kekadang ia juga menyakitkan. Seronoknya diri bila dicintai oleh orang yang kita cinta betul tak?(I'm gonna be 24 so it's okay to talk about love :D) Anda pernah bercinta tak?? Kalau tak pernah tu tipula..Admire kat orang takkan tak pernah?? Perasaan tu macam berdebar-debar kan? Macam best je..Kalau si dia call or ajak keluar mesti senyum meleret..Hahaha~ Awas ye cinta boleh jadi sangat menyakitkan apabila ktia terlalu obsess dengan cinta dan sanggup menggadaikan diri demi cinta.

Hari ni dalam Harian Metro pun ada lagi kes cinta si isteri tehadap lelaki Afrika. Bayangkan si isteri sudah berusia 40++ tahun dan sudah mempunyai 5 orang anak tapi masih boleh curang terhadap suami kerana gilakan si hitam Afrika. Lebih menyedihkan, ini adalah kali kedua si isteri berlaku curang di mana kali pertama pasangan ini telah bercerai dan si suami telah memaafkan isterinya kerana teringatkan anak-anak dan kesungguhan si isteri untuk berubah. Namun isteri itu sekali lagi berubah apabila berjumpa dengan lelaki warga Afrika yang lain dan dipercayai kawan kepada teman lelakinya dahulu yang telah pulang ke Afrika selepas tamat pengajian. Lelaki Afrika terbabit dipercayai tidak mahu melepaskan MAKCIK tersebut dan menghantar sahabatnya untuk menggoda MAKCIK terbabit. Kesian anak-anak dia ada mak macam tu.. Namun kali ini si suami tidak mahu melepaskan isteri kerana takut si isteri dipermain oleh lelaki berhidung belang tersebut walaupun MAKCIK tersebut dah banyak kali minta cerai dari suaminya sebab nak bersama lelaki tersebut. Bayangkan sampai sanggup jual barang kemas semata-mata nak tolong si hidung belang Afrika tersebut. Eewww! Dahla hitam (tak sedar diri sekejap), tak kacak langsung!!!! MAKCIK bertaubatlah! Ingat anak-anak tu dan syurga seorang isteri ditelapak kaki suami. Curang dengan suami seumpama merobohkan syurga yang telah siap dibina.

Sayang, I miss u a lot! Setiap saat pun rindu. Bangun tidur teringat u, pergi mana-mana pun ingat. Tapi bila pejam mata tak ingat haha~ I can imagine those people yang dah berkahwin mesti rindu tu lagi sakan kan?? Inilah yang dipanggil painful!!

Saturday, November 6, 2010

From my sweet Sayang..


I LOVE YOU 2 3 4 5 6 7 8 9 10....

Friday, November 5, 2010

Penceroboh dekat kampung

Even I’m not rich, not pretty, not brilliant and not tall (eh tetiba..), but I think my life has been blessed. Whenever I don’t have money, God gives me ways to find it, when I’m not happy, God helps me to laugh and when I have a problem, God will settle it for me. Saya juga sangat disayangi oleh kedua ibubapa saya dan boifren terchenta (ok out now!!) Jadi takda sebab kenapa saya tidak menghargai kehidupan ini. Hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Pengajarannya, janganlah terlalu gembira dengan apa yang kita ada sebab semua benda tu tak kekal. (apa yang aku merepek ni?)

Actually saya nak cerita tentang kejadian yang menimpa seorang lelaki yang berasal dari Perak dan telah berkahwin dengan seorang wanita dari kampung saya Sik, Kedah. Lelaki ni memang pernah buat hal pecah masuk rumah orang, kedai orang even jiran sebelah rumah. Kelmarin, lebih kurang pukul 7pagi, lelaki ini sekali lagi melakukan kerja jahatnya itu (orang sekeliling pun tahu asal dia balik je mesti ada kes yang dia buat). Mungkin pada pendapat dia, tiada orang ketika itu. Namun malang bagi si lelaki apabila tuan rumah yang baru hendak mandi ternampak kelibat lelaki tersebut. Dengan hanya bertuala dia menjerit dan mengejar lelaki tadi (orang kata sampai terlondeh kain tuala tersebut tapi dia tak sedar *malu ah*). Orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut berpusu-pusu pergi melihat. Ada yang sakit hati terus membelasah pencuri tersebut. Dia sebenarnya belum sempat mengambil apa-apa barang tapi Allah telah berfirman, walaupun hanya berniat jahat kita tetap akan mendapat balasan. Jadi janganlah berniat jahat dan berburuk sangka kepada orang. Tak baik tau!! Saya pun baru tahu bahawa polis sebenarnya tak kisah orang ramai ingin memukul pesalah tetapi jangan sampai mati saja. Teruk macam mana pun takpa sebab itula lelaki tadi sampai berdarah kepala. Orang yang takda kena mengena pun pi belasah sekali. Ada ka patut??? Kalau orang yang terlibat kita bolehla terima sebab dia geram kan? Pencuri tersebut dihantar ke hospital dengan ambulans. 
Keesokan harinya, orang kampung riuh bercakap pasal penceroboh tersebut dan ada yang kata dia dh meninggal dunia tapi takpun.  Abah saya cakap mesti dia pakai ilmu apa-apa sebab dah teruk kena belasah pun masih okay. To me dah belum ajal dan mungkin Allah nak bagi peluang untuk dia bertaubat. Jadi kepada sesiapa yang berniat untuk mengambil langkah mudah mendapatkan duit, silalah berfikir berjuta kali dahulu sebab langkah anda tu tak semestinya mudah kerana kalau tertangkap banyak masalah yang akan anda hadapi. Dahla bahaya, nak kena berjawab dengan Allah pulak tu??? Dekat dunia dah terseksa, dekat akhirat apatah lagi…Wallahu`alam..

Wednesday, November 3, 2010

Malaysia is the best country for me!!

Kenapa Nia dah lama tak update blog??Okeh I on holiday for 9days ye..Esok dah nak balik M'sia..can't wait!!I really desperate Malaysian food right now..Will let you all know about my journey in China soon okay!!

Saturday, October 23, 2010

Seorang lagi pelajar Malaysia meninggal dunia..

Saya yakin, mesti ramai di kalangan anda telah mengetahui berita kematian saudari Inani Zulaikha, seorang pelajar tahun 4 perubatan di Bandung. Punca kematian mungkin akibat sesak nafas kerana beliau pernah mengadu sakit-sakit belakang kepada abangnya sejak seminggu sebelum kematian beliau.Yela, ajal maut di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak takdir kan? Cik Zulaikha merupakan anak kedua dan sangat rapat dengan ibu dan abangnya. Saya secara peribadi, tidak mengenali beliau namun apabila membaca akhbar dan menonton televisyen, saya yakin kita telah kehilangan seorang bakal doctor yang hebat dan merupakan satu kerugian kepada negara. Namun begitu, apabila saya menonton berita tentang kematian beliau, saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang sangat terpelihara. Bayangkan, upacara sembahyang jenazah diadakan pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat yang mana hampir penuh masjid orang bersolat jenazah untuk arwah. Saya pernah mendengar ceramah (maaf jika saya salah dengar) bahawa jika lebih 100 orang hadir untuk solat jenazah, maka mayat tersebut terlepas dari seksa kubur. Ditambah pula, hujan renyai yang turun ketika pengebumian beliau seolah-olah menangisi pemergian arwah. Ayah saya juga berkata cara pemergian Cik Inani Zulaikha sangat elok.  

Kepada keluarga Cik Zulaikha tabah menghadapi ujian Allah ini. Dari Dia kita datang, dan kepada Dia-lah kita kembali. Mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Amin..

Basketball Match

Just now, my boifren told me that he watched basketball match. Since he always spends most of his time working, so I encourage him to have some fun. Basketball is one of his favourite sports (walaupun masa belajar kat university dulu main boling padang/lawn ball =,). Bukan nak cerita pasal dia tengok bola keranjang tu ye tapi pasal kejadian yang berlaku during the match. There was 1 player yang threw the ball into the opponent team which mean he helped the other team to get the marks OMG!! Then, tetiba lak blackout padahal dekat luar dewan elektrik ada jerr. Takda siapa yang berani nak pergi check kerosakan tersebut  even actually it's just a small mistake. Orang Kedah kata "jengtat or bidas". In English we call it as "short-circuit". So all players were given a short break (sampai elektrik ada balik la). Luckily, this incident happened just in a short period. Perlawanan pun berlangsung kembali. Nasibla team player yang masukkan bola ke dalam jaring lawan tu menang, kalau tak mau gaduh besar tu!! Haha~

Tuesday, October 19, 2010

Good Days!!

My days are owsome!! Thanks to my friend Nurul Izati Bt Mohd Fahmi (I call her Izat) for accompany me. Di Alor Setar, memang ramai kawan tapi kebanyakannya busy dengan kerja masing-masing. Memandangkan Izat sudah habis degree and nak further for her master, so she has plenty of time to spend. Since I have to take care of my youngest sister at home because she has to sit for her final exams, so I 'm going to be alone. Bukan selalu dapat masa free macam ni kan so apa lagi ronggeng (going out) la..~ Pagi-pagi, lepas hantar adik ke sekolah terus pergi jogging kat Taman Rimba. Then, kami keluar la mana-mana untuk luangkan masa sampai adik saya balik sekolah. Petang rehat kejap then malam keluar makan. Memandangkan kami tinggal berdua saja, so I decide to eat outside rather than cooking. 

Berbalik kepada jogging tadi, Izat ajak saya pergi jogging sebab katanya nak kurus. Tapi taktaula kat mana gemuknya tu..Saya rasala, kebanyakan kawan-kawan saya ada symptom low-confident about their weight. Setahu saya, lelaki lagi suka perempuan yang berisi. Betul tak?? Kat taman rekreasi tersebut, ada di ajar tai chi. Hari pertama ke sana, kami terlepas untuk mengikuti latihan tai chi tersebut. Jadi pada hari ini, awal-awal lagi kami dah tunggu uncle yang nak ajar tai chi. Dapatla kami ikut dari mula. Penat... Latihan tai chi ni banyak menggunakan sistem pernafasan. Dia mengajar kita cara menggunakan sistem pernafasan dengan betul. Berpeluh jugala, hilang lemak beberapa kg haha~  Esok Insyaallah kami akan pergi lagi. Kali ni nak ajak jiran sekali hehe..Kesian dia sorang-sorang.

Taman Rimba

Kawasan sekeliling mengingatkan 
saya kepada Kuantan

Izati tengah Tai Chi

 Antara yang hadir untuk Tai Chi

Thursday, October 14, 2010

Lee Chong Wei

If people ask me who is your favourite player or athlete? Definitely I would say Datuk Lee Chong Wei..Semakin lama tengok permainan dia, semakin jatuh cinta. Wajahnya yang polos dan innocent, makes my heart beats fast and I can’t even blink my eyes. Yes, I’m in love with his performance and can’t help myself from watching it (memang minat giler game dia). Luckily, I found someone which looks like him (believe me) but with no Datuk la..Nama pun dekat-dekat sama. The shape of their face are same BUT ketinggian tak sama hehehe~ Gigi?? Owh tak nak jawabla.. Saya taknak datuk sebab gelaran datin macam tak best! Kedengaran tua betul tak??

p/s: He won Gold Medal again in Commonwealth..Congratulations~

Tuesday, October 12, 2010

I'm looking forward for the vacation..

I now concentrate on my vacation next 2 weeks. A lot of preparations need to be done such as hotels, places to visit and transportation to move from one place to another place. I have to calculate carefully so that I wouldn't over the budget. Nak pergi banyak hari kan so kenala bijak berbelanja. Kalau tak, mati kutu kami di sana nanti..Okeh, my first day there, I will stop at Macau. We will stay there maybe for one day only to have a good rest because we will arrive there in the evening so no time to jalan-jalan. Next day, we will go to Shenzen for 2days (maybe) then, take a ferry to Hong Kong for few days (3 or 4days). I really want to go to Disneyland!! But i heard Disneyland is very expensive. Bayangkan hotel dia untuk 2 hari saja seribu lebih (more than 1000). Nak masuk dalam maybe 3, 4 ratus. Ishk!! Then, we will drive(tak tau lagi nek apa sebenarnya) back to Macau and stay there until the last day because we have booked the return ticket at Macau.

P/S: Anyone wants to help me `bout the hotel??

Sunday, October 10, 2010

I'm a rubber collector..

Korang mesti takda pengalaman menoreh getah kan? Hahaha saya pun! TAPI...saya ada pengalaman mengutip getah scrub. Percaya tak??Yela..korang kan hidup zaman serba canggih dan moden, mana ada pengalaman masuk ladang getah..Kebanyakkan penduduk di kawasan ini bekerja sebagai penoreh getah (so ko nak cakap yang ko pun jadi penoreh?). Dulu saya pernah bagitau anda yang ibu bapa saya telah berpindah ke kampung jadi kaitannya di sini, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Sebenarnya takda masalah sangat sebab bagi saya kat mana-mana pun sama je cuma cara pembawakan kita dan macam mana kita nak menerima pembaharuan tersebut. Cepatla cerita kaitan tajuk dengan post harini..

Owh okay. Actually, yesterday my cousin who is a rubber tapper, wanted to collect the rubber. Unfortunately, her husband was not feeling well (demam). So, dia pun nak cari orang nak tolong dia collect the rubber so that she could finish the work earlier. Kitorang nak ke Alor Setar cari pasu bunga dan membeli belah. Dengan tiba-tiba i said, let me help you. What?? Bila abah dapat tahu, abah cakap nak pengsan! Semua orang pun macam tak percaya. My untie siap cakap lagi, dulu masa kecik-kecik saya selalu cakap eeee..busuk! Tapi manusia kan berubah. Dah besar saya semakin matang dan ingin mencuba pelbagai benda. 

Mengutip getah scrub memang busuk tak dinafikan. Tangan anda akan berbau seharian walaupun dicuci berpuluh-puluh kali. Masa menghulurkan bantuan tak fikir segala bahaya yang ada. Ular, pacat, nyamuk jatuh bukit macam-macam la tapi masa hari nak pergi tu baru terfikir semua tu. Then, mula la tanya sepupu pasal bahaya tu semua.. Pukul 7.30a.m, sepupu pun datang jemput. Dengan berpakaian lengkap, kasut sekolah okay sebab boot takda, kami pun menaiki motosikal menyusuri ladang getah yang jauh ke dalam dan bercerun. Tangan saya balut dengan plastik takut berbau. Malangnya masa tengah kutip getah tersebut, plastik terkoyak jadi.....tanganku berbau jugak!!!!! Dalam hati berdoa banyak-banyak semoga takda ular. Pacat okay sikit eceh~ 

Baru saya tahu rupa-rupanya teruk juga menjadi penoreh getah ni walaupun pendapatannya agak lumayan. Bayangkan sekali kutip getah tersebut, boleh dapat hampir RM400 or sometimes lebih dari tu..Getah akan dikutip seminggu sekali or 2 kali bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau hujan, takdala kutipan. Itulah risiko yang perlu  mereka hadapi. Nak kutip getah tu pun bukan sekali harung, bila dah penuh baldi kena masukkan dalam guni, then patah balik ke dalam ladang tu then kutip lagi. Pokok getah ditanam secara baris dan setiap baris ditanam secara bertingkat. Maksudnya ada curam sikitla. Bahaya okay! Saiz ladang getah  pulak bergantung kepada pemiliknya..Kalau besar, banyakla pendapatan tapi nak mengerjakannya juga penatla. Actually nak ambil gambar masa mengutip getah tersebut tapi takut handphone berbau jadi  saya batalkan saja niat tersebut. Inilah adalah pengalaman pertama tapi taktaula pengalaman menoreh getah ada ke tak. Sepupu saya cakap, menoreh getah 10x lebih seronok berbanding mengutip getah. Yela tu..

Apa-apapun, inilah pengalaman baru saya sepanjang berusia 23 tahun ini. Siapa tahu pada masa hadapan, saya mungkin tak berpeluang lagi. Sekurang-kurangnya, saya pernah merasa apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang kampung. Saya bukan orang bandar yang berpelajaran tapi taktau kesusahan orang kampung. Abah dan mak pun tak penah buat kerja-kerja tersebut. Hahaha~ Saya yang terbaik!!

Friday, October 8, 2010

Hong Kong Dollar


HKD ni saya tukar dalam bulan puasa yang lepas. Masa tu currency tengah tinggi lagi so kerugian hampir RM100 juga berbanding nilai sekarang. Tapi mata wang ni kita tak boleh agak kan jadi untung rugi kena terima la juga *walaupun kenyataannya hati sakit okeh*. CNY belum tukar lagi tapi tak berniat untuk tukar banyak pun sebab nak pergi Shenzhen 2 hari saja. Check it out the money.




Thursday, October 7, 2010

Post Practicum..

Currently, I'm doing my post practicum assignment which supposedly held on 25th October. Since I'm going to Macau on 26, my lecturer gave this assignment to me earlier. I have no idea what to based on the topic "Students with learning difficulties and what are the measures, steps or strategies the school employs to address this problem?" Almost 70% done but do not how to continue the task. Even I still have another 2 weeks to complete this task but still have another 30% aite?? Actually in post practicum we have to share our experience during our teaching practicum with the whole class and do some presentations. The BEST thing, it is in group works. In my case, I have to do it alone and do some research bout the topic. Padan muka heh!! However, I would like to say thanks to LWH for all the helps, supports, encourages and consideration. Terima kasih kerana memahami dan memenuhi setiap permintaan saya. You mean so much to me! xoxo

Wednesday, October 6, 2010

Commonwealth Game New Delhi


GOOD LUCK MALAYSIA....!!! 

I only follow on TV hehehe~

CONGRATULATIONS to all the athletes that have won the

medals. We in Malaysia always pray for the success.

Tuesday, October 5, 2010

Gelang emas

Taktau la harini hari yang gembira ke tak.. Selepas masukkan duit ke dalam akaun ASB sepupu, saya bertekad untuk jual emas lebihan gelang mak (haritu beli panjang sangat jadi kena potong) yang saya beli 2 hari lepas dan 2 bentuk cincin mak yang dah lama. Mak nak ganti dengan loket tapi saya tak berapa suka. Sebenarnya memang sangat rugi kalau jual beli emas ini sebab harga akan jatuh agak banyak. Contohnya; jika emas anda tu berharga RM1100 anda hanya akan dapat dalam RM800 ja paling banyak pun (rugi dalam 2-3gram lebih bergantung pada jenis emas). Memandangkan nilai emas sekarang agak tinggi, jadi anda kena survey betul-betul sebab walaupun 1%, anda akan kerugian banyak juga. Ada kedai akan mengambil setinggi 35% dari nilai sebenar emas tersebut, ada yang mengambil serendah 15% dan macam-macam lagi. But i tell you sebenarnya harga lebih kurang ja cuma anda kena bijak mengira. Kalau 15%, kena tengok berapa nilai emas yang dorang bagi. Harga pasaran sekarang RM146 untuk 1gram emas tapi anda tak akan dapat harga tersebut jika nak jual atau trade-in dengan barang lain. Jadi saya hanya bercadang untuk menjual barang-barang tersebut dan masukkan duit tersebut ke dalam ASB saya.

Emas ni plak ada banyak jenis. Ada emas 916, 512, 999, 2.2k dan macam-macam lagi la. Dorang yang beli emas ni akan leburkan balik untuk jadikan emas 10 then baru tentukan jenis emas tersebut. Ada barang kemas tu kita tengok besar tapi sebenarnya kosong dan ringan je. Ada juga kita tengok kecik je tapi sebenarnya padat dan berat. Saya sebenarnya minat cincin tapi tunggu cincin tunang dan kahwinla huhuhu~ **Ehem ehem. Sayang sila ambil perhatian** 

Pada masa yang sama, saya tengok-tengokla cincin dan gelang yang ada di situ. Tetiba mata tertumpu pada satu gelang bebola yang cantik. Kawan pun cakap cantik so hati mula rasa teringin untuk memiliki gelang tersebut. Setelah mengira-ngira dengan jurujual di sana, saya tukarkan 2 cincin  emak dan seutas rantai saya dengan gelang tersebut. Mak okay saja bila saya call tanya. Akhirnya, saya menukarkan lebihan gelang emas dengan wang tunai dan 2 bentuk cincin+seutas rantai kecil saya kepada gelang baru.. Rugi mungkin beberapa ratus sahaja (5.4g) dengan nilai sekarang tapi jika dibandingkan harga masa beli dahulu, untung saya agak banyak. Yang penting dapat gelang baru hehehe..Wang tunai akan dimasukan ke dalam ASB.

Ini adalah pengalaman pertama saya menjual beli emas. Selama ni tak pernah kisah pun pasal barang-barang kemas ni. Mak bagi pakai je..Adakah saya semakin dewasa??

P/S: Visa ke China dah siap, tunggu masa berlepas je..Can't wait!!

Monday, October 4, 2010

Puasa enam

Today is my last day of fasting. Puasa 6 okeh! Memang berniat untuk puasa enam setiap tahun pun. Jadi pada tahun ni taknak ketinggalan. Dah tua-tua pun malas nak puasa lagi iskh2~ Yang menjadi keraguan saya selama ini, boleh tak puasa 6 disekalikan dengan puasa ganti? Esok raya sekali lagi. Malam ni dapat makan ketupat yeayyy!!!

Sunday, October 3, 2010

Cucur Badak

Hari ini nak ajar macam mana cara nak buat cucur badak. Eceh macam pandai ja..! Saya belajar daripada sepupu sangat mudah dan sedap.

Bahan-bahannya:
1. Ubi keledek (bahan paling penting)
2. Tepung gandum
3. Cabai kering
4. Bawang
5. Serai
6. Jintan manis
7. Kelapa muda
8. Udang kecil

Cara membuatnya pula:
1. Rebus ubi keledek sehingga lembut/empuk
2. Bila dah sejuk sikit, lenyekkan ubi tersebut dan masukan sedikit tepung gandum (sikit saja okay jangan banyak nanti keras)
3. Kalau takut melekat, guna sedikit minyak letak kat tangan. 
Lepas buang kulit, potong ubi keledek ni kecik2 then rebus.
Air jangan banyak sangat okay!

Lenyekkan ubi yang telah direbus tersebut.
Masukkan tepung gandum

Inila rupa adunan yang telah diuli..


Cara nak membuat inti:

Blander cabai kering, serai,bawang besar dan jintan manis. Letakla garam dan gula secukup rasa. Make sure inti anda tu manis ye baru sedap! Then tumiskan ke dalam periuk bersama kelapa muda dan udang tersebut. JANGAN letak minyak okeh! Tumis sehingga kering then biarkan sejuk, letakkan ke dalam adunan tadi.
Bila dah siap uli, bolehla menggoreng. 
Uli bulat-bulat macam badak tu hehehe~

Hati-hati menggoreng jangan sampai hangus!

Cucur badak telah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!!

Biskut Raya..

Dulu saya pernah post pasal biskut raya yang telah saya buat tapi tak berkesempatan nak post gambar sebab handphone ada kat LWH (click to link). Dalam masa seminggu saya hanya sempat siapkan dalam 6 jenis biskut. So, sekarang saya nak tunjukkan gambar-gambar tersebut okay? 
Biskut Arab 
(saya paling pandai buat biskut ni)
 Biskut Arab ni setiap tahun saya buat sebab sangat senang.Tapi masa untuk siapkan biskut ni agak lama dan membosankan.Kalau anda berminat boleh order dari saya  ye. Dijamin sedap! hehehe~
 Popia nestum
(sangat easy)
 Popia nestum ni saya belajar buat selepas cuba yang kawan punya.Bila search kat internet senang sangat nak buat biskut ni. Jadi berbalang-balang saya buat. Sedap okeh! Kalau anda tak makan nestum, boleh juga tukarkan kepada ho..ho..horlick!

Cornflakes Madu
 Tahun ni buat biskut cornflakes tak berapa jadi. Mungkin sebab letak madu or butter tak cukup so cornflakes tak berapa nak melekat antara satu sama lain..Bak kata orang Kedah "qhelai"

Samperit
Ni pun first time buat samperit. Sebelum ni mak yang buat adunan, saya tolong buat bunga ja..Mak  memang tak buat langsung biskut raya tahun ni. Jadi, saya mengerahkan semua anak-anak buah yang ada+adik bongsu+kakak ipar untuk tolong. Mak sempat lagi complain yang biskut saya tak cantik sebab bunga tak jadi. Tapi kak ipar I suka okay! Siap jual kat kawan I lagi hehe~ Nak order??
Selain biskut-biskut di atas, saya juga ada cuba buat biskut shortbread yang ada white coklat tu dan chocoloate chip.Tahun depan dah habis belajar, hopefully saya boleh try lebih banyak biskut..