Wednesday, September 15, 2010

Raya

Dah lama tak tulis blog. Sangat busy okies+kat kampung takda internet~ Today nak cerita pengalaman berhari raya pada tahun ini. Memang lain sikit sebab saya berpindah rumah dari suasana bandar ke suasana kampung. Saya mula bercuti seminggu sebelum raya and pada tahun ni untuk pertama kalinya naik bus stop kat Sungai Petani. Sebelum ni mesti stop kat Alor Setar tapi sebab parents dah pindah ke Sik, Kedah jadi saya pun pindah la sekali. Yela takkan nak tinggal berasingan dengan parents lak kan? Sayang jauh sikit dari you okay?
Sampai kat rumah dah pagi and tak sempat bersahur pun kat rumah. Hari pertama pun dah bz. Kena jadi driver mak ke pasar awal-awal pagi. Then, tolong mak kat kedai makan sampai petang. Ahad saya ke Sungai Petani mengambil adik dari UiTM terus ke Alor Setar mengambil langsir dan barang-barang keperluan lain dari rumah. Isnin dah start buat kuih raya. Semua resepi yang saya download saya cuba buat sendiri. Contohnya, samperit, biskut cornflakes bermadu, biskut shortbread, biskut arab, biskut nestum dan chocolate chip. Walaupun tak jadi sangat tapi hasilnya agak memberangsangkan. First time buat biskut tak mungkin terus superb jadi kan?? Actually nak download sumer biskut-biskut tersebut tapi handphone ada kat LWH pulak so pictures will be posted later okay?

No comments: