Sunday, April 4, 2010

You took my heart away...

Yeay dah jumpa si boifren semalam..Guess what? I'm starting to miss him...Hahaha kedengaran sangat gedix bukan? Nak cerita apa ek? Let's see some pictures of me first:
 
Tempat yang sering dikunjungi

Breakfast dulu sblm check in *anywhere*

       
Main bowling kat Genting murah okek
tapi makanan sangat mahal

Impianku akhirnya menjadi kenyataan 
*naik monorel ulat bulu*

 
Si bf sangat romantik nak candle light dinner
Slogan kami *save the earth*

Mee curry from Marrybrown

  
Sejuk!!!

Percutian memang menyeronokkan terutama sekali apabila kita pergi bersama kekasih hati. Auww!! Ini adalah kali yang ke-xxx kali (tak ingat sudah kali yang ke berapa hahaha) kami bercuti di Genting Highland kota keriangan..Bukanlah bercuti sangat pun cuma ingin luangkan masa bersama sebab kami kebiasaanya sibuk dengan urusan masing-masing. Si gf akan bertolak pagi-pagi dari Melaka ke Genting. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam setengah je. Bus ke Genting ada sejam sekali. Nak ke Genting tiket bermula dari pukul 7.30a.m. sehingga 6.30 p.m. manakala tiket dari Genting ke Puduraya bermula pada pukul 8 a.m. sehingga pukul 7p.m (kalau tak salahla). Harga tiket adalah seperti berikut:
Tambang untuk ke Genting:
Melaka-KL = RM12.20
KL-Genting = RM9.60 (including skyway RM5)
Total         = Rm 21.80 (kalau pakej dari Melaka terus ke Genting RM40, bus bergerak pada pukul 10a.m.)

Kalau nak lagi murah, belila pakej dari KL Sentral RM38(bus+outdoor game). RM39(untuk hujung minggu).
Untuk sesiapa yang nak stay di sana, Hotel First World berharga RM130standard room (book on the spot) and harga akan sangat murah kalau book awal guna online kredit kad. Hotel lain mahal sikitla.

Bf saya ni sangat hygenic orangnya. Korang nak tau kalau dia dah basuh tangan, duit pun dia taknak pegang. Pernah sekali tu saya guna handphone dia untuk buka facebook then dia pesan suruh basuh tangan sebelum makan sebab dia kata hp dia sangat kotor. Dia juga selalu berpesan supaya jangan makan sotong (my favourite) banyak sangat sebab sotong boleh menyebabkan kanser. Kalau saya makan asam which is my favourite too, dia suruh kurangkan. Not good for your brain. Baru-baru ni nafsu saya terhadap nasi lemak sangat tinggi. Dah lebih seminggu saya makan nasi lemak without fail. Pastu bf tanya ada jogging tak? Harusla tak kan. Automatically, dia jadi doctor cinta tak berbayar. Dia pun cakap tak elok selalu makan nasi lemak then tak exercise. Nanti saluran darah tersumbat boleh kena strok and darah tinggi. It will affect  you when you are old. Jangan makan tu, jangan makan ni..Fine sayang you sangat menjaga kebersihan.. Dalam dia berpesan-pesan saya pun bersuara, "apakata suatu hari nanti kita buat pemeriksaan kesihatan tengok siapa lagi sihat". Dari apa yang korang dengar, mesti korang dapat teka kan makanan yang bagaimana dia makan? Bf saya memang kurang makan daging dan ayam atau apa jenis makanan yang berdaging. Makanan tu mestilah tiada bahan pewarna dan tiada MSG juga kurang rasa. Dapatla jimat garam, gula dan sebagainya hahaha..

Apa-apapun saya sangat suka dengan approach yang digunakannya. Contohnya, tetiba je dia nak candle light dinner dengan saya. Seriusly, saya ni bukanlah jenis yang romantik sangat. Pernah sekali tu dia datang bawa  ros sampai 15 kuntum. Katanya nak claim balik zaman kami kecik-kecik dulu sebab dia tak sempat kenal saya. Sekuntum setahun so 15 kuntum untuk 15 tahun. Jadi dia kata umur saya 7tahun dia dah mengorat saya wewitt..! Tak ke rasa sangat terharu? I was so impressed and touched okek..Sayang sangat baik selalu bagi kata-kata semangat bila saya down dan bagi duit bila saya broke (pengakuan ikhlas seorang student). Tak taula kami ni berjodoh atau pun tak  (abah tak setuju hubungan kami) tapi saya sangat menghargainya selagi dia masih milik saya dan saya akan terus mengingatinya kerana dia telah banyak membantu saya sepanjang saya mengenalinya.

P/S: I always admire you la sayang..

No comments: