Monday, April 19, 2010

Setiap hari sangat indah...

Kalau nak cerita pasal hari-hari yang saya lalui  di hujung-hujung semester ini memang tak cukup page. Setiap waktu sangat indah, betapaku rasa Allah Maha Pengasih. Walau penat macam mana pun, walau tak cukup tidur sekalipun, tak pernah hari-hari yang saya lalui suram dan muram. Pagi tadi pukul6.30 baru dapat lelapkan mata setelah selesai semua tugasan yang diberi. Hari sebelumnya lewat ke tempat kerja akibat tidur lambat juga. Bf memujuk supaya berhenti kerja lebih awal untuk focus kepada exam sampai sanggup menawarkan elaun bulanan. You are so sweet sayang but thank you I think, I still can manage my time wisely.

Sekarang ni jadual kerja saya sama saja iaitu masuk  pukul 8am then balik pukul 4pm. Kadang-kadang rasa sangat bosan dan malas sebab nak kena bangun awal-awal pergi kerja tapi jadual kerja still flexible kalau masuk lambat balik pun kena la lambat. Tinggal lagi beberapa hari untuk saya akhiri pekerjaan saya itu. Pejam celik pejam celik, dah hampir 7 bulan saya buat kerja part time ni. Omaigod dah dekat setahun rupanya.. Bila berhenti nanti mesti rasa sangat rindu suasana bekerja terutama sekali jadi cashier hehehe..Gelak ketawa, kena marah semua tu pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Semua kerja pun penat so saya memang takda masalah pasal tu. Sekarang ni dah ada staff baru, cuma yang risaunya mereka masih tak tahu nak buat kerja, nak ambil order, nak cash out duit dan nak handle customer. Saya pun dah mula suruh mereka belajar sebab tak lama lagi kami akan berhenti. Kesian manager nak cari pekerja baru dan ajar lagi. Saya akan berusaha mengajar mereka-mereka ni sampai tahu buat kerja sebelum berhenti. Hopefully.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni minggu belajar (study week).So, takda benda sangat nak buat just pergi kerja dan buat revision. Hari ini dan esok kena pergi seminar post practicum senior even kitaorang taktau the motif kena join, tapi pergi juga sebab kena paksa! Exam start 27hb. masih banyak masa untuk buat revision. Hope this semester lebih lebih excellent dari semester sebelumnya.

No comments: