Thursday, April 15, 2010

Pau sangat sedap!!!

I don't know why I'm so addicted to Pau nowadays..It's like suka makan nasi lemak la dulu...Taknak fail beli hari-hari...Pau seorang akak ni sangat sedap dan lembut. Harga pun murah. Masa first time beli dulu, beli satu je kononnya nak cuba. Bila dah cuba, hari-hari nak beli. Start la beli 2, 3 sekali...Banyak sangat tak boleh bazir ok. Pau tu makanan sampingan je so tak boleh berlebih-lebih. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu-dulu, ada seorang kawan saya ni mak dia sangat pandai buat kuih pau. Pau yang mak dia buat dahla besar inti ayam la, daging la sedap okek! Tapi saya ni bukanla penggemar pau kari daging or ayam ke..Saya suka pau kacang merah je. Kalau kaya ke bolehla juga tapi jarang sikit beli. Memang pau kacang merah gak jadi pilihan. Tapi janganla beli pau yang 20sen or 30sen tu..Kualiti dia tak sama ler..Dulu-dulu harga pau memang murah tapi zaman dah berubah. Penjual kuih akan jadi miskin la kalau jual harga yang sama je dari dulu..Tepung pun dah naik harga. Pau sekarang harga dalam RM1-Rm1.50 sebiji. Kalau di pasar malam mungkin masih bole dapat dengan harga 50sen or 60sen sebiji bergantung kepada saiz dan inti dia. Saya memang tak pandai buat pau, nak belajar tu nantila hahaha. Beli dulu ye sekarang, bila ada seru baru belajar buat pau. =D


Harga-harga kuih pau kini:
 Pau Kacang Merah, Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Pandan Kelapa, Pau Kacang Tanah      (RM1.10each)
Pau Daging, Pau Ayam, Pau Lada Hitam, Pau BBQ                                                           (RM1.30each)


Saya lah si addicted tu..

No comments: