Thursday, February 4, 2010

Busy ah..!

Baru balik dari kerja. Penat seh! Hari ni pizza hut busy giler time lunch break sebab PM datang. So, bebudak University+pekerja area berdekatan mengambil kesempatan makan di pizza hut (bukan ambil kesempatan benda lain, nanti adala yang fikir bukan-bukan). Selaku cashier yang tak bertauliah, saya diamanahkan untuk menjaga kaunter. Wohoho I love calculation and money!! (tak bermaksud saya songlap duit ok?) Terkejar-kejar jugala macam restaurant tu saya yang punya hahaha. Sampaikan saya suruh customer self-service sebab tak sempat. Kalau ikutkan tak boleh sebab customer bayar tax ye untuk service tapi dari lama menunggu, baik dorang ambil sendiri (refer kepada soup of the day sahaja). Ya Allah ya tuhanku, ampunkan aku sekiranya ada melakukan kesalahan dalam pekerjaanku pada hari ini. Sesungguhnya hambamu ini telah cuba menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkar.

Pukul4 lebih sikit, saya pun meminta kebenaran manager untuk pulang. Solat asar dulu. Area kampus ramai betul pelajar sempena sambutan PM datang. Memandangkan saya ni malas nak berasak-asak dengan orang ramai. Paastu terus buat keputusan untuk balik rumah. Dua tiga langkah (sebenarnya tak kira pun berapa langkah), terdengar suara Datuk Najib berucap. Apa lagi 2 3 langkah patah balik ler (yang sebenarnya bukan 2 3 langkah juga). Dari jauh sayup-sayup nampak kelibat Datuk Najib. Takpela, janji bila orang tanya dah jumpa Perdana Menteri sendiri, bolehla dengan bangganya jawab DAH! Sesudah Datuk Najib berucap, saya pun balikla ke pangkal jalan (rumah sayala). Datuk Najib akan melawat Kg. Mortem yang memang menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Melaka. Datangla. 1 MALAYSIA!!

No comments: