Tuesday, February 9, 2010

Jadilah insan terbaik di muka bumi ini..

Saya kini sedang mendalami agama saya sedalam-dalamnya walaupun lahiriahnya saya masih sama seperti dahulu namun saya yakin dan percaya bahawa kebenaran itu pasti muncul akhirnya. Currently watching The Arrival (kedatangan dajjal) from youtube -50 episod semuanya dan anda semua juga patut menontonnya untuk mencari kebenaran dan kepuasan diri. Bumi ini telah lama dan semakin tua. Banyak perkara yang telah kita lakukan untuk kehancurannya. Jadi sebelum berlakunya kemusnahan bumi ini, marilah kita persiapkan diri kita untuk mengadap tuhan yang maha esa. Menyesal lah dengan perbuatan sia-sia yang telah anda lakukan. Walaupun berat sesuatu perkara baik itu untuk dilakukan, percayalah ianya hanya sementara kerana apabila kita sudah mati kelak, kita akan menyesal dengan setiap saat yang telah kita sia-sia kan tanpa melakukan kebaikan. Walau bagaimanapun kehidupan kita kaya, miskin, cantik, hodoh, kita semua adalah sama di sisi Allah. Allah tak pernah membeza-bezakan umatnya kerana Dia yang mencipta kita semua jadi janganlah kita sombong dengan kelebihan yang kita perolehi. Sekelip mata sahaja semua nikmat tersebut akan ditarik balik jika kita tidak tahu bersyukur. Berusahalah menjadi manusia yang terbaik nescaya anda tidak akan rugi di penghujung usia anda. Maafkanlah semua musuh kita kerana kemaafan itu dapat menenangkan jiwa dan membersihkan minda. Berkorbanlah untuk sesuatu yang pasti (kebenaran agama), nescaya kamu akan disayangi.


No comments: