Tuesday, February 23, 2010

Saya dilahirkan sebagai tukang masak

Ceh tajuk takleh blah! Kembali memasak setelah lama berhenti. Ini merupakan kali pertama saya memasak bagi tahun 2010 memandangkan saya kini sudah bergelar career woman =D. Semasa dirumah sepupu minggu lepas, saya merajinkan diri untuk memasak kerana sepupu sibuk bekerja. Kesian mereka dahla sibuk bekerja dengan anak kecil lagi. So disamping membantu mereka, boleh juga saya mengasah bakat memasak. Hari ini saya menjaga Ariesya si comel di rumah. Alhamdulillah Ariesya tak banyak meragam. Masa mandi pun dia tak nangis. Kalau dia mula merengek saya pun dukung la dia takpun bagi tengok tv. Budak-budak zaman sekarang suka betul tengok tv iskh2. Percutian kali ni memang best walaupun ada rasa sedih sebab tak balik melawat keluarga (mak abah ampun). Thanks God for giving a great life to me.

Sayur goreng
 (Masakan yang paling senang di dunia)

 
Telur masak sos

 
Ikan goreng masak kicap

 
Ayam goereng berempah
  (ayam ni tak hangus ok)

No comments: