Saturday, February 6, 2010

Jusco Bandaraya Melaka..

Semalam telah dibuka Jusco baru di Melaka (yang sepatutnya dibuka krismas lalu namun terjadi suatu tragedi ngeri jadi telah ditunda). Besar giler kalau korang tak caya cuba google. So ramaila orang berpusu-pusu ke sana untuk melihat gedung terbaru tersebut. Saya semestinyalah tak ketinggalan. Orang Masyaallah ramai sampaikan ada yang sanggup parking kereta di tesco sebelah dan petronas seberang jalan. Tesco tu puan-puan dan tuan-tuan sebenarnya jauh okek dari jusco. Tapi memandangkan excitednya nak ke sana, so dorang tak terasa la kejauhan tu. Esok-esok, bila jusco dah lengang sikit mula la nak rasa diri sendiri bodoh pernah berjalan kaki dari tesco ke jusco.

Kat sana, pelbagai jenis outlet ada. Dari branded stuff sampaila yang cikai-cikai. Kawasan dia sangat luas dan mempunyai 3 tingkat (rasanyala). Saya minat sangat satu wedges dari Vincci. Dalam hati berkata, "Dah lama tak beli kasut lagipun kasut dah nak rosak, gaji pun baru masuk namun otak berfikir waras, nanti dulu beli apa yang patut then baru beli kasut." Apa kata request kat bf? Erm mesti dia taknak belikan sebab hadiah birthday dah ditetapkan. Takpela esok lusa kalau nak juga, pergi beli je jangan fikir-fikir lagi. Takpun jangan beli dan jangan fikir sebab nanti kalau nampak kasut yang lain, mula la minat yang lain pula. Ok jangan move on cerita dengan shopping sakit hati okek!

To my beloved bf, I will not leave you.

No comments: