Friday, February 12, 2010

I'm officially 23..

Hey all...(gitew cara approach, x sesuai tau)! Yesterday I was officially 23. How I celebrated MY DAY? Erm..malam before 12a.m., my roomate bought satay for me nyam nyam sedap okies! Then, before going to sleep, saya buat sujud syukur sebab Allah masih lagi bagi saya kesempatan hidup di dunia ini. Tapi taktau napa, mata ni tak mengantuk sangat so buatla perangai tak senonoh bergayut sampai pukul4 lebih (a.m). Saya terpaksa juga tidur kerana saya harus ke sekolah keesokan harinya untuk membuat classroom observation (nak jadi cikgu ni memang kena selalu dekatkan diri dengan pelajar dan sekolah). Pukul 12noon, saya dan roomate keluar lunch before masuk kerja. Hai, birthday girl pun kena kerja? Habis, ada orang lain peduli? Hidup ko, ko la uruskan sendiri. *ahazckrmsghd* Fine! Balik rumah agak lewat, mandi-mandi, solat dan keluar dinner.

Roomate sms, "Rain, ko dah balik kerja ke?Aku ada belikan cake untuk ko, taktaula ko suka ke tak". Wah cake I like! Saya ni memang suka makan cake. Tak kisahla kek apa janji bukan kek yang keras okek! Memandangkan maxis bagi percuma panggilan sehari sempena birthday, saya pun bergayutla tak kira masa. Tepat pukul 11.30p.m. (jam saya ye), mata mengantuk tak boleh blah. Saya pun cakap dengan bf nak tidur. Bf kata, "awal lagi ni ada lagi setengah jam nanti rugi la". Rugi apanya, bukan bayar pun I mengantuk tak tahan ok. Letak fon terus tidur.I love you sayang . Setengah jam kemudian, saya tersedar terus kawan ajak makan kek. Mata mengantuk tapi sebab taknak kawan kecik hati so saya gagahkan diri juga. Wah Kek Coklat Strawberry from Secret. Delicious! Mata mengantuk juga. Dalam makan, saya berharap supaya kek cepat habis. At last kawan saya bersuara, "tu nak tidur la tu..Kalau ngantuk p la tidur takyahla habiskan". Hah? Apa lagi dengan pantas saya menjawab,"Aku mengantukla masuk tidur dulu ek. Gudnite. Tq for the cake. Esok aku kerja kul8 pagi". Simpan kek dalam peti sejuk, masuk bilik terus bumm! Memang tak sedar dunia, sedar-sedar dah pukul 8a.m. Hah? Saya dah lewat! Macam mana boleh tak sedar ni? Mesti semalam lupa kunci jam. Adoii!!Terus sms manager cakap masuk lewat. KAHKAHKAH.

Macam tu je saya pada hari jadi semalam. Tak sempat nak celebrate pun sebab kawan-lawan sumer dah balik sempena cuti raya cina. Tinggal sorang je lagi so tak seronok la nak celebrate pun. Tengokla lepas cuti camna, kalau masih ada cinta feel birthday, saya sambut hehehe. Ramai juga yang bertanya dapat hadiah apa sempena birthday especially dari si dia. Saya tak kisah pun ada atau tak hadiah ni yang penting masih ada yang ingat tentang saya dan mendoakan kesejahteraan saya. Saya dah besar dah, tak perlukan hadiah semua tu. Kalau nak bagi juga, bagi la kereta porche ke, rumah ke sebab saya perlukan semua tu di usia dewasa begini (kahkahkah padan muka korang).

Sekali lagi, ucapan jutaan terima kasih buat kawan-kawan yang wish birthday saya. Yang tak wish tapi ingat pun thank you so much! I LOVE YOU als!!!!!!!!!!!! 

Birthday pizza ni dibuat sempena birthday saya. Cute kan?
                                                                                                                                                                     

No comments: