Saturday, May 29, 2010

Sabah that owesome!

Sorry late update my status because I'm too busy with my life. Family really needs me to settle everything before I go back to Malacca. Adik dapat masuk UiTM so kena tolong dia buat medical check up, teman dia beli barang dan banyak lagi la.

Let's hear a story about my journey. On 22nd of May, my love and I went to Sabah. We took a flight from Alor Setar to KL. Nak tahu tak, kami sepatutnya tak dapat naik flight ke KK sebab counter check-in dah close. Omaigod! Lambat akibat cuaca yang buruk. Kalau nak naik kena beli tiket lain untuk next flight. Eh mana ada duit! Namun saya tak mahu mengalah. Kalau ikut my sayang, dia suruh beli tiket baru je. Banyak duit you? Dah berbincang dengan pegawai ditambah pula kami tiada bagasi yang nak disimpan so pegawai tersebut pun bagi kami berdua naik. Fuh nasib baik!! Penat berlari-lari macam orang gila tau! Orang nak pergi holiday, kami macam nak pergi berperang.

Kami sampai di KK dalam pukul 1p.m. Tunggu orang yang nak sewa kereta kepada kami sekejap sebelum balik ke hotel. Mandi-mandi, tanpa membuang masa, kami terus ke destinasi pertama iaitu Pasar Filipina. Pasar Filipina ni macam pasar malam juga tapi banyak barang-barang basah yang dijual. Kalau nak makan seafood, di sini adalah lokasi terbaik. Murah!

Then, kami pergi ke ronda-ronda sekitar bandar KK termasuk Jalan Gaya. Sama juga macam pasar malam tapi kat sini ada jual souvenir. Kalau nak beli mutiara ke, keychain ke, apa-apa jela boleh beli kat sini tapi kami tak minat. So jalan-jalan beli sikit je barang untuk kenangan. Sedang asyik jalan-jalan, tak sangka terserempak dengan my abang and sister in law (SIL). My SIL was very excited and wanted me to stay with them but cannot la kan because I was under vacation so kenala jalan-jalan. Ini bukan pergi melawat orang tapi pergi bercuti dengan seronoknya ok.

Keesokan harinya, kami bertolak ke Kundasang. Dengan bantuan Miss GPS (my sayang gives that name), our journey became so smooth and easy. Terima kasih Miss GPS yang mahal =D I can say that, nasib kami memang sangat baik sepanjang percutian tersebut. Tiada masalah yang besar dan kami anggap itu semua cabaran. Sebab taknak buat pandai, so kami pun tanya kepada seorang penduduk Sabah jalan nak ke Kundasang. Yela orang cakap malu bertanya sesat jalan kan? So dia pun suruh kami ikut kereta dia memandangkan jalan ke rumahnya menuju ke Kundasang. Senang sangat bagi kami yang baru pertama kali di Sabah ni. Sejam lebih je sampai di Kundasang. Kalau ikutkan sepatutnya dekat 3 jam tau! Hebat tak kami?? Kami singgah sekejap di Gunung Kinabalu. LWH teringin sangat nak daki sampai atas. He planned nak stay kat atas tapi kami sepatutnya kena book 3 bulan lebih awal so impian tidak kesampaian. Kesian sayang. Takpela next time kita book awal-awal k? Tapi I was so tired and exhausted walaupun tak sampai 2km daki gunung tersebut. Macam mana nak naik lagi 7km?? What?? SO Tinggi!!!

Kami pun teruskan perjalanan ke Kundasang. Takda apa yang menarik perhatian kami di sana so rancangan untuk bermalam di sana pun cancel. Kami ke Desa Farm tempat pemeliharaan lembu tenusu (betulkah ayat ini?). Seronok sekali dapat minum susu segar. Then kami teruskan perjalan ke kawasan sekitar. Perkara yang menyakitkan hati waktu di Kundasang adalah kereta kami rosak. Temperature naik! Penyewa kereta tak bagitau! You........(ayat maki ok)!!!

We decided untuk balik KK dan stay kat hotel sebelum ini. SIL ajak stay kat rumah dia tapi sebab jadual dah fix so tak dapatla. Lain kali k Kak Ana?

Hari ketiga, kami ke pulau. Yeay seronok dapat snorkeling!! Untuk 3 pulau bayaran dikenakan dalam Rm45 bergantung kepada bilangan orang, siapa anda dan bagaimana anda persuade penjual. Standard la kan foreigner dikenakan bayaran lebih sikit. Pulau pertama yang kami tuju adalah Pulau Sapi. Pulau ni memang cantikla untuk snorkeling. Tapi kami stay sekejap je lebih kurang 1jam sebelum nenuju ke Pulau Manukan. Pulau kedua ni tak menarik perhatian saya sangat mungkin kerana panas so perasaan nak turun ke laut pun macam suam-suam kuku. Pulau terakhir adalah Pulau Mamutik. Di sini memang best untuk snorkeling. Saya berenang agak sedikit jauh untuk melihat karang dan pelbagai jenis ikan yang ada. Saya juga dapat dengar bunyi di dalam air yang seperti percikan api. Saya nampak nemo!! Wah memang cantikla pemandangan ciptaan Allah ni. Kagum saya! Lama juga kami snorkeling. Pertama kali memang agak kekok tapi lama kelamaan anda akan biasa macam saya. Hehehe.

Penat dan letih seharian di Pulau. Sampai je di jeti hujan turun dengan lebatnya. Sekali lagi kami rasa bernasib baik kerana tak hujan masa di Pulau. Kalau tak macam mana la nak balik kan? Lepas je balik dari pulau, kami meronda di sekitar KK lagi. Taknak miss setiap saat pun. Yela bukan senang nak datang kan? Malam tu, saya keluar dengan abang dan SIL. Abang saya cakap bulan ni dia busy sebab ada Pesta Keamatan. Pegawai Perpaduan la katakan. Pergi sana, pergi sini jadi tak perlu pertikaikan kenapa saya taknak stay di rumah abang saya masa di KK okay!

Ni satu lagi pengalaman menggeramkan saya. Masa nak pulangkan kereta kepada pemberi sewa, dia berjanji akan menghantar kami ke airport keesokan paginya. Flight kami ke Sarawak adalah pada pukul 6.45am jadi kami telah berjanji untuk ke airport pada pukul 5am. Kami ada bertanya sama ada menyusahkan dia ke? Kalau tak kami naik taxi je takpun kami sewa kereta sampai keesokan paginya. Tapi penyewa kereta ni beria-ia cakap nak hantar. Bukan main manis lagi kata-kata dia. Jangan risau, saya tak pernah tipu orang, pukul 4 saya datang ambil kamu. Kalau saya tak bangun kamu boleh kejutkan saya sampai bangun. Padahal terang-terang dia dah tipu kami masa bagi kereta rosak. Lepas tu sewakan kereta janji sehari RM80 2 hari setengah RM200 tapi kami baru je sewa 2 hari 6jam, pun dia charged RM200. Dah orang tu pun diperkenalkan oleh kawan saya jadi saya pun percayala. Lagipun dia berjanji nak hantar kami ke airport keesokan harinya so kami takla berkira sangat. Kalau naik cab pun lebih kurang je kan harga dia so takpela.

LWH cakap lelaki tu minum, saya taktau pulak sebab saya tak berada dekat dia masa kami berbincang tentang kereta. Lagipun lelaki tu melayu so saya tak budgetla dia buat perkara macam tu. Dia yang berdiri dekat lelaki tersebut jadi dia cakap ada bau arak. Patutla bukan main lagi dia cakap dengan kami. Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan si lelaki tersebut tak muncul tiba. Kali pertama, kedua dan ketiga kami call dai still jawab tapi masuk kali keempat+sms yang saya hantar dia buat bodo je. Geramla kami. Janji pukul5 samapi 5.30 belum datang. Dekat 5.45am, saya pun suruh LWH panggil taxi. Flight boleh terlepas kalau macam ni! Tak boleh datang cakapla bukan kami nak paksa pun! Ko yang volunteer nak hantar kami bukan kami yang minta tolong! Memang dasar penipu. Nama orang tu Ahmad ye untuk makluman semua. Orang Sarawak katanya dan kerja sebagai polis. Macam ni ke perangai seorang polis? Aku anti giler dengan polis yang macam ni. Polis sekarang perangai dah teruk (refer kepada seorang tu je ok satgi kena saman lak). Kaki minum, mungkir janji dan makan duit orang. Dahla kami geram sebab dorang kunci meter minyak jadi kami tak dapat agak minyak kami kami kena tuang ke dalam kereta akibatnya kami rugi hampir RM40. Untungla pemilik kereta tu, kereta dia ada minyak separuh lagi. Boleh guna sampai seminggu lagi kalau area KK je. Aku sumpah kau biar alami perasaan macam aku kena tipu oleh orang! (Syaitan merasuk dalam badan sekarang ni).

Pengalaman di Kuching lagi seronok walaupun sehari setengah je kami berada di sana. Nanti saya post pengalaman di Kuching, Sarawak pula ye kawan-kawan. Anda kena follow ok! Setakat ini dulu cerita yang saya boleh kongsi. Overall berada di KK dengan yang tersayang memang seronok. Sayang baik hati dan penyabar orangnya. Saya drive alone the whole day walaupun letih. Saya ada hulurkan bantuan untuk drive tapi sayang taknak menyusahkan saya. Terima kasih CINTA..

Miss GPS yang byk membantu
sepanjang berada di Sabah&Sarawak 

No comments: