Sunday, May 16, 2010

Antara dua...

Iskh taktau  nak pilih yang mana. Kalau kat sini mak tak berapa suka. Kat sana macam tak berapa best. Ini bukan topic kena memilih antara 2 cinta ok? Tapi ini topic berkaitan ibubapa saya yang terpaksa memilih antara dua tempat. Memandangkan rumah di kampung sudah siap dibina dan telah pun didiami oleh kami sekali sekala, jadi parents saya perlu membuat keputusan mengenai masa depan mereka. Plus mereka juga kena ambil kira adik bongsu saya kerana dia masih belajar di sekolah rendah (darjah 5). Abah juga mempunyai 2 perniagaan kecil (satu di kampung, satu di kawasan rumah sekarang) dan terpaksa menutup salah satu daripadanya kerana adik lelaki saya akan menyambung pelajaran di IPTA pada bulan depan so takda orangla nak jaga kedai-kedai tersebut. Abang lak tetiba buat keputusan nak bekerja di Penang. Abah pun peningla. Mak nak sangat pindah ke kampung halamannya tapi tahun ni adik saya perlu menduduki peperiksaan KAFA. Tahun depan lak UPSR. Parents ada minta  pendapat saya, dah tentu saya suruh dorang stay kat bandar sampai saya habis belajar kan? Takkan nak pindahkan adik ke sekolah baru? Kesian dia.. Tapi mak tak berapa suka cadangan saya.

Nak tahu perkara entah apa-apa yang saya pernah buat? Saya pernah post kan rumah di kampung untuk disewa tanpa pengetahuan parents, tak lama lepas tu ada orang call tanya pasal rumah tersebut. KAHKAHKAH. Bila saya cakap pada mak, mak tak bagi. Mak kata, pindah tak pindah rumah mak takkan sewakan kat orang. Kat kampung rumah mak, kat sini rumah abah and dua-dua pun taknak sewakan rumah masing-masing. So, saya malas masuk campur memandangkan saya pun masih belajar, biarlah ibubapa saya buat keputusan sendiri. Harap-harap keputusan yang mereka buat takkan mengorbankan dan mengecewakan sesiapa.

No comments: