Monday, May 17, 2010

Yuhuuu gigi dah cantik..!

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya,
Senyumla dari hati,
Duniamu berseri..

Orang kata, gigi juga menentukan kecantikan seseorang. Yeke? Mungkin betul sebab kalau gigi rongak or jongang, orang akan senyum-senyum kan? Perli la tu... Baru-baru gigi garham saya rasa sakit terutama sekali apabila minum air. Ngilu je rasa..so pergila check. Plan asal nak pergi palam (tampal) je gigi tu tapi doctor cakap gigi saya tak berlubang. So she decided to scaling my teeth. Owh bukan sebatang tu je tapi rasanya hampir kesemua hahaha. Hari pertama pergi, doctor cakap tak boleh buat lagi sebab ramai pesakit jadi temujanji tersebut postpone ke hari ini (Isnin). Yang menyampah tentang pergi hospital kerajaan ni, service dia lambat giler. Even turn kita lepas satu patient ja tapi tunggunya sampai berjam-jam. Bila turn kita, treatment dalam 10 minit ja. Masa buat scaling (pembersihan), sakit tu takla tapi ngilu tu adoii..Air liur tu takyah cakapla. Control la macam mana pun mesti keluar gak. Yela korang boleh ke nganga mulut lama sambil orang duk peqosah (treatment) gigi anda? Lepas scaling tu, tak sangka darah keluar sebab tak sakit pun. Saya pun terus kelebek (tengok) gigi saya. Jeng Jeng Jeng.. Wah bersih! Eceh puji diri nampak? Rasa nak senyum je memanjang.. =D Kerang busuk sangat tau! Yang paling penting sekali, dah tak rasa ngilu. Terima kasih doctor gigi! Kamu memang cantik (gigi ke doctor?).

No comments: