Tuesday, May 11, 2010

Mak Selamat Hari Ibu..

I’m so happy sebab dapat belikan hadiah yang sangat penting untuk mak (I guess so) sempena hari ibu. Mula-mula taknak beli apapun sebab anak mak ni takda duit, student la katakan. Bila roomate tanya, "Ko bagi tak hadiah kat mak ko sempena Mothers' Day?" Saya pun jawab, "Bagi tapi tahun ni tak kot sebab nak save duit pergi Sabah." Then half of my heart suruh belikan juga sebab dia cakap nak share. He is so baik kan? So, saya pun decide nak belikan mak something like cake ke, belanja shopping ke or bagi duit je. Tapi tak banyakla. Suddenly, mak call sebab si anak dah last day exam. Apa lagi si anak terus tanya, "Mak nak apa sempena mother's day?" Mak pun gelak, "Nak apa? Mak takda apala yang nak. Plan nak bagi apa?" "Ingat nak bagi purse ke apa..Ke mak nak duit?" Mak pun jawab, "Bagi jela apa-apa pun. Bagi duit pun takpa, mak boleh beli apa yang mak nak. Takpala balik dulu nanti kita pi shopping sama-sama". Then saya menambah, "Ok gak camtu, tapi budget tak banyak tau, nak pi Sabah lak ni."

Kepulangan saya sangat dinantikan oleh ahli keluarga (eh poyo jek). Family ada banyak benda nak cerita dan nak minta pandangan. Saya orang penting tau dalam keluarga. Saya sampai Kedah lebih kurang pukul 5a.m. Abah jemput di terminal then terus diceritakan mukadimah a few stories (kan dah cakap banyak benda yang family saya nak cerita). Petang tu, giliran mak bercerita. Tetiba mak cakap nak buat spectacle baru. Yang dia pakai sekarang dah tak nampak. Secara automatik, saya pun cakap "Takpala, kakak belikan mak spec tu. Lagipun dah janji nak bagi hadiah sempena hari ibu." Mak pun terkejut, "Tak payahla, mahal habis duit tu nanti lagipun nak guna kan?" "Takpa kakak ada duit mak jangan risau. Minggu lepas baru dapat gaji". Selepas adegan tawar-menawar (mak tetap tak mahu sebab kasihan kan saya), akhirnya saya berkeputusan untuk membelikan juga spec untuk mak.

Semalam, saya dan mak pun pergi mencari spec yang sesuai. Pilih punya pilih, akhirnya dapatla satu yang sesuai. Though it was quite pricey (habis jugala duit gaji sebulan saya), tapi pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan saya tak terbayar rasanya. Mak lebih banyak berkorban untuk keluarga berbanding saya yang hanya sekecil zarah melakukan pengorbanan untuk keluarga. Harap-harap mak gembira dapat spec baru. Dah lama mak tangguh hasrat nak buat spec, kesian mak. Power pun dah naik banyak. Saya cakap dekat mak kalau tangguh-tangguh lagi belum tentu mak buat. Saya harap spec tu dapat siap dengan cepat (janji seminggu).

Mak Selamat Hari Ibu. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tak dapat ditukar ganti. Seorang ibu pasti lebih sanggup menjaga anak yang kurang upaya dari menjaga anak yang sempurna tapi tak mengenang budi dan  derhaka. Janganlah derhaka kalau taknak masuk neraka. Kawan-kawan, kalau korang pernah bekerja, mesti korang dapat rasa betapa susahnya nak mempunyai duit tu. Dan apabila korang gunakan duit tu untuk benda yang bermanfaat, mesti korang akan rasa sangat berbaloi. Janganla senang-senang meminta duit dengan ibubapa untuk membeli barang kehendak tapi mintala dari mereka untuk membeli barang keperluan anda mesti dorang akan rasa sangat gembira. Buatlah sesuatu dengan penuh ikhlas kerana kamu akan memperoleh ganjaran yang besar dari Allah.

Mak, I love you. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama kakak. Ya Allah, panjangkanlah usia saya dan usia ibubapa saya agar saya dapat membalas jasa mereka kepada saya.

Kepada kekasih hati, thanks for everything. Terima kasih kerana sangat memahami dan sentiasa berada dibelakang untuk membantu. Pergi Sabah, pinjam dari you dulu okey? Hehehe..

No comments: