Wednesday, May 19, 2010

Kesiannya..

2 hari lepas, abang kedua saya, kami panggil Bangcik jatuh sakit. Mungkin kesan pembedahan yang dilakukannya tahun lepas. Petang tu masa saya sedang minum petang, saya tengok Bangcik asyik tekan-tekan perut. Abang saya ni kalau sakit, dia suka tahan taknak cakap kat orang. Bila dah teruk baru dia mengerang kesakitan. Takut kami semua tengok keadaan dia.

Pernah tahun lepas sebelum pembedahan, Bangcik tahan sakit, then bila tak tahan dia terguling-guling kat lantai tempat kerja, nasib ada adik lelaki saya waktu tu. Adik saya pun taktau nak buat apa terkejut agaknya, dia pun called parents saya yang ada di kampung. Abah suruh minta orang sebelah tolong untuk hantar Bangcik ke hospital sementara abah sampai rumah. Bangcik diperiksa dan perlu dibedah. Teruk kan?

Mak tengok Bangcik, then suruh saya bawa di ke hospital. Mula-mula dia cakap dah okay pastu saya kata takpala kalau dah ok kita pi check jela. Baru separuh jalan, Bangcik muntah-muntah. Iskh nasib tak muntah dalam kereta. Tak pasal-pasal saya kena beli baju baru untuk dia. Adoii! Nasibla saya ni seorang adik yang penyayang. Eceh! Selepas 15 minit, Bangcik cakap dia dah okay sikit. Doctor pun bagi 1 jenis ubat je. Balik rumah, sakit Bangcik makin worse. Dia muntah dengan teruk sekali sampai tumbuk2 lantai rumah. Tak tahan sangat agaknya. Mak pun suruh saya siap-siap hantar abang ke klinik. Malangnya, klinik berdekatan tutup so kami pun membawa Bangcik ke hospital. Kesian sangat. Dia asyik tekan perut akibat kesakitan. Bangcik kena tahan dalam wad pemerhatian. Sebanyak 3 botol air dimasukkan ke dalam badan Bangcik. Mak kata, masa dalam wad  Bangcik muntah-muntah lagi atas katil. Kesian nurse iskh2.. So, anda nak jadi jururawat? Mak suruh saya bawa adik perempuan saya balik dulu sebab dah pukul12 malam, esok adik sekolah. Bila Bangcik dah boleh balik, mak akan call.

Pukul 3.15a.m, mak call cakap dah boleh balik. Mengantuk okay! So, saya kejutkan abah untuk ke hospital. Abah drive, nasib abah okay. Saya kat sebelah tahan je mata supaya abah tak boring sorang-sorang. Sampai je hospital, kami tunggu sekejap then tengok Bangcik dah okay. Dia tidur sampai pagi esok. Sekarang keadaan dia dah okay. Taktaula macam mana. Abang saya tu tetiba je boleh jatuh sakit. Agaknya, dia ni kurang makan. Sebab tu angin masuk dalam badan sampai sakit perut.

Kesimpulannya, kita yang hidup ni kenalah jaga pemakanan. Makan ikut peraturan dan amalkan diet yang betul.

No comments: