Wednesday, May 12, 2010

Indahnya Melaka

Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi Melaka mesti tahu yang Melaka ni negeri penuh bersejarah. Bagi yang tak pernah kunjung pun pasti ramai yang tahu tentang Melaka kerana Melaka merupakan sebuah negeri yang tercatat dalam buku sejarah sekolah. Bagi saya yang sudah hampir 4 tahun berada di Melaka, banyak perubahan yang telah saya lihat terutama sekali di kawasan berdekatan rumah sewa saya yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Rumah saya dekat dengan River Cruise okay! Sangat dekat sehinggakan rumah yang kecil dan buruk itu tidak kelihatan langsung disebabkan aktiviti meriah yang diadakan setiap minggu. Yang terbaru, Melaka sedang membina monorel. Tarra!! Apa yang anda perlu tahu, area rumah saya adalah station pertama yang dibuat dan 100% telah siap. Namun monorel tu belum berfungsi sebab station lain belum dibina. Jom tengok sikit monorel yang baru tu. Exclusive tau dari saya!

 Nampak tak monorel kat atas tu?
Sungai yang ada bot-bot tu pula dipanggil River Cruise

Ni pula station dia

 
Perumahan sekitar
Kawasan sekitar

Sebenarnya, Melaka ni sangat cantik. Kawasannya dahla kecil so semua tempat pun anda boleh lawati jika anda datang ke sini 2 3 hari. Sehari tu mustahil la sebab daerah-daerah dia agak jauh. Contohnya, dari Bnadar Melaka nak ke Alor Gajah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Bandar Melaka nak ke Ayer Keroh dalam 15 minit. Itu adalah antara tempat yang menarik. Selain itu, daerahnya terdiri daripada Air Molek, Batu Berendam, Jasin, Malim dan banyak lagi (tak ingatla). Jika anda suka melancong, jangan ketinggalan untuk datang ke Melaka ye? Bagi kawan-kawan saya, kalau datang jangan lupa calling-calling. Nak stay kat rumah aku pun boleh. Jimat sikit perbelanjaan korang. Jangan tak tahu, tahun ni SUKMA diadakan di Melaka okay. Melaka Maju 2010 (launch date: 20/10/2010).


No comments: