Tuesday, August 10, 2010

Students, teacher loves you…

Pejam celik, pejam celik, dah separuh jalan saya menjadi guru pelatih. Dah banyak pengalaman pahit manis, suka duka dan susah senang sepanjang menjadi seorang pendidik. Dengan perangai pelajar-pelajar yang tak terbilang bezanya ditambah pula dengan perangai guru-guru dan rakan seperjuangan, memang sangat mencabar. Jadi guru ni takla semudah yang disangka. Tak balik awal sangat pun. Cuti hujung minggu pun kadang-kadang terganggu untuk aktiviti sekolah. Letih! Jadi baik anda berfikir beribu kali untuk menjadi guru. Gaji okay tapi pengorbanan memang besar. Bagaimana nak didik seseorang manusia itu untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya di masa hadapan, memang selalu difikirkan oleh seorang guru. Tugas guru bukan saja nak pelajar menguasai apa yang diajar di dalam kelas, tapi tugas guru juga adalah mendidik pelajar-pelajar di bawahnya menggunakan ilmu yang dicurahkan dengan sebaiknya. Walaupun, students ni kadang-kadang menyakitkan hati tapi bila ada mentor or lecturer observe, mereka akan member kerjasama yang baik. Pandai betul dorang berlakon dan menolong cikgu pelatih mereka ni hehe .. I love you all =)

No comments: