Thursday, August 19, 2010

Harga tiket bus mahal!!!

Semalam, saya ada terbaca pasal satu rungutan seorang penumpang bus yang boikot tiket bus sebuah syarikat yang mahal. Harini, disebabkan tiket dari Melaka ke Kedah pada 3hb sudah habis, jadi saya pun meminta tolong sepupu untuk membelikan tiket dari Seremban ke Sungai Petani. Sepatutnya tiket dari Melaka ke Sungai Petani hanya Rm46.++. Tapi tiket yang dikenakan dari Seremban ke Sungai Petani bus SE Express yang dibeli oleh sepupu berharga RM50.++ MAHAL giler!!!Lebih kurang RM11 bezanya. Saya rasa tak perlu kot kenaikan harga tiket ni memandangkan bukan rugi pun kalau letak harga asal. Tempat yang sama dan jarak pun sama. Nak untung, tambahla trip perjalanan sebab di musim perayaan, ramai yang nak balik kampung berbanding hari biasa. Kalau pun nak bagi bonus pada pekerja, cari la inisiatif yang lain. Ini nak ketuk penumpang pula! Kalau ikutkan hati, memangla sakit tapi bila fikirkan nak balik raya tu lagi penting takpela. Setahun sekali je nak kena ketuk dengan syarikat bus ni kan? Nasib baik next year tak lagi. I dah habis belajar you ols!!! Lepas ni balik raya, naik je kereta sendiri baru puas hati!

Anyway, selamat berpuasa semua!

No comments: