Monday, August 9, 2010

Dah lama tak naik bus

Dah lama rasanya tak pergi shopping naik bus. Semenjak tahu bawa kereta, sejak kawan-kawan bawa kereta di Melaka, dah lama benar rasanya tak menaiki bas kecuali bus express Melaka ke Kedah, Melaka  ke Seremban. Satu lagi naik Town Bus dari Melaka Central ke rumah sewa di Melaka. Kalau di Kedah, memang tak pernah naik bas langsung! Macam mana pun bus tetap sama. Masih buruk, kerusi pun boleh tak boleh je duduk dengan driver bus yang bengis mungkin akibat tekanan kerja yang hebat. Kebanjiran warga asing pula semakin meruncing sehinggakan ada yang sanggup menunjukkan taring mereka di sini. Sakit mata saya tengok gelagat mereka ni! Boleh tak kalau saya nak sarankan kepada kerajaan supaya hantar je mereka ni balik Negara masing-masing. Reason pasal rakyat Malaysia ni memilih kerja dan tak mahu gaji rendah memang la tak dapat dinafikan, tapi kita bagi jela kerja rakyat asing tu kepada penganggur yang ada kat Malaysia ni, kat bekas penagih dadah yang dah insaf ke, mat rempit yang nak bertaubat dan pada sesiapa saja yang memerlukan kerja. Daripada kita mencemuh dan memusuhi mereka, baik kita membantu mereka betul tak?

Seriously, I’m sick of those foreigners who come here and bermastautin di sini.

No comments: