Thursday, June 17, 2010

Seronok ke kahwin?


Kepak-kepak, kebung-kebung (sila bayangkan bunyi kompang ok).. Cuti-cuti sekolah ni, kita patut mempunyai hobi mengumpul kad kahwin dan pergi jemputan tersebut, setuju tak? Mana taknya, sehari sampai 2 3 buah rumah ada kenduri kahwin. Pernah sekali tu sampai 5 jemputan yang saya dapat. Statistik bagaimanakah zaman sekarang ni? Ramai orang yang kahwin muda ke, orang dah semakin ramai kat dunia ni? Ke orang sekarang dah tak tahan nafsu? Kalau kita tengok purata orang kahwin mostly berumur antara 19-26. Tak ke masih muda tu? Kalau untuk mengelakan maksiat, Alhamdulillah..tapi kalau setakat seronok-seronok lepas 2 3 tahun bercerai, baik tak payah. Menyusahkan lagi adala! Ada sesetengah orang tu, hutang kahwin pun belum habis bayar, dorang dah bercerai. Apa kes? Berkahwin ni biarlah ikhlas dan betul-betul bersedia. Jangan sebab cinta bagai nak gila, terus buat keputusan nak kahwin. Kena la fikir perjalanan hidup selepas berkahwin. Contohnya, lepas kahwin nak tinggal kat mana? Budget lepas kahwin macam mana? Gaji banyak ni cukup ke nak tampung perbelanjaan seharian? Kalau ditakdirkan ada anak selepas ni macam mana? Gaji cukup nak tampung untuk berapa orang anak? Kalau suami isteri bekerja, siapa nak jaga anak dan nak kemas rumah? Mak ayah sebelah mana kena jadi priority? Banyak lagi sebenarnya soalan yang anda kena fikirkan sebelum kahwin sebab setiap individu mempunyai rezeki dan dugaan masing-masing. Jadi adakah anda betul-betul bersedia memikul tanggungjawab yang sangat berat??

Kebanyakan rumahtangga yang bergolak (mempunyai masalah) adalah berpunca daripada kewangan yang tidak stabil. Kes ini sangat serius dan kalau korang baca paper, banyak isteri yang merana disebabkan suami tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk keluarga. Dahla takda pendapatan tetap, pastu boleh  pula buat jenayah merompak sana sini, ragut, pecah rumah dan yang paling tak boleh blah hisap dadah.

Yang kedua adalah masalah tidak setia/tidak menghargai pasangan masing-masing. So, reason yang kata nak kahwin sebab cinta bagai nak gila tu macam mana? Cinta ke, orang yang gila? Banyak kes suami atau isteri curang kepada pasangan masing-masing. Sebab tu banyak sangat kes dera pasangan, kes cemburu, dan yang paling dahsyat sampai sanggup membunuh. Dorang ni tak takut azab Allah ke? Kat dunia pun Allah dah tunjuk, kat akhirat nanti taktaula macam mana. Berdosa besar kot! Nauzubillah..

Jadi kepada pasangan yang nak berkahwin ataupun yang dah berkahwin (eceh macam ada pengalaman  je), fikirla semasak-masaknya. Nak kahwin ni perlu la ada rasa hormat antara satu sama lain, saling mempercayai, tolong-menolong, berbincang tentang jalan penyelesaian jika ada masalah dan sedarlah status diri anda. Hiduplah berlandaskan ajaran yang benar supaya kamu tidak sesat. Jika sesat, bertanyalah kepada yang pakar dan bukan orang yang sesat juga.

 Cinta terlarang haha..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =D

No comments: