Sunday, June 6, 2010

Kain cotton yang cantik untuk dimiliki...

Walaupun Jakel tengah membuat promosi kain ela secara besar-besaran, saya masih tidak membuat keputusan terburu-buru untuk membeli kain di gedung tersebut. Biasalah perempuan suka survey dulu hehehe.. Jumaat yang lepas, saya dan kawan-kawan ke stadium untuk memeriahkan Karnival Sua Rasa yang dianjurkan oleh TV9 (dekat dihatiku). Kerana waktu masih awal, saya pun cadangkan kepada kawan-kawan untuk berjalan-jalan di shopping complex. Kawan-kawan apa lagi okay saja, best! Dari sebuah mall ke sebuah mall kami pergi tetiba jeng jeng jeng..Saya terjumpa kedai kain yang ada menjual cotton yang cantik!!Wah I loike! Saya memang plan nak buat baju raya dari kain cotton tahun ni. Senang tak payah nak iron kalau terlambat eceh!(jimat elektrik juga ok..) Kawan-kawan kalau anda rasa berminat nak memiliki satu nanti saya tolong belikan. Tengokla cotton pilihan saya..

Tahun ini ingat nak pakai kuning di Hari Raya

Fabrik dia 100% cotton

Ini adalah fabrik cotton sulam

Saya memilih untuk memberi penekanan kepada baju sahaja jadi kain saya beli plain yellow. Kalau nak semua cotton pun boleh dan kalau anda nak combination kain dan baju warna lain pun boleh. Misalnya kain dia anda nak hijau, no hal la! Semuanya terletak di tangan dan citarasa anda. Terdapat pelbagai warna menarik untuk dimiliki dengan corak yang berbeza seperti ungu, merah jambu, hijau, coklat muda, dan biru. Rasanya ada lagi color lain tapi tak ingatla.. Kenapa tak letak je semua pic? Saya tak berani la nak snap picture kat mall takut kena saman. Kalau anda berminat nanti saya cuba tanyakan kepada mall tersebut tapi dijamin cantik! Any information, sila inbox di facebook saya or comment je kat sini ok?


No comments: