Sunday, May 31, 2009

Keluar Seharian

Ke manakah anda habiskan masa cuti anda? Di dalam negarakah atau luar negara? Bagi saya banyak bezanya percutian di dalam negara dan di luar negara. Kalau plan nak ke luar negara tu better spend just a few days kalau tak mesti bosan giler! Duit pun banyak habis. Lainla kalau menetap di sana (one of my dreams). Ceh berangan la pulak..

Okay back to the topic. Hari ini, saya habiskan masa keluar bersama kawan ke Gunung Jerai. Rancangan pada mulanya nak mendaki je gunung jerai tu. Kononnya fit la kan HAHAHA. Sekali pergi tanya 12km mak aii jauh kot! Apa lagi rancangan menjadi kenangan. Tak faham? Meh sini nak terangkan. Sebab jauh sangat terpaksa berjalan (tipu ah kalau ada sesiapa yang mampu) so saya dan kawan pun naik terus ke puncak menaiki kereta. Jangan nak kutuk kata Nia malas. Saya dulu pernah memenangi acara merentas desa ok? Cuma bila dah tua sikit ni, (sedar diri la pula) semput kot jalan jauh-jauh. Jalan dia aduh makkk, bengkang bengkok! Pening kepala cek. Dah sampai puncak, jalan lak tutup. So kami pun turun ke bawah sikit kat tempat yang ada muzium perhutanan (Malang lagi sebab muzium pun tutup). Tengok pemandangan seketika sebelum membuat keputusan ke tempat lain.

Pergi mencari pejabat pos seketika untuk pos surat kepada pejabat PTPTN tercinta. Kemudian saya membuat keputusan untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Lepak kejap kat air terjun area situ then balik. Letih gak lagipun dah lewat so rancangan untuk menonton wayang terpaksa dibatalkan. Terus balik sebab takut abah marah tapi sampai je kat rumah boleh tak abah kata tak ingat langsung kat Nia? Ceh hampeh!

Borak-borak sekejap dengan abah, terus gi mandi dan makan coklat. (perlu ke mention?) Whatever.. Sambung lagi esok or bila-bila rajin la. Adios!

p/s; Pic? Ada tapi belum transfer ke pc. Later.


Saturday, May 30, 2009

Realiti atau Mimpi??

Pernah tak anda mengalami syndrom tak mampu bezakan realiti dan mimpi?(klu saya pernah tapi mungkin jarangla). Perkara ni terjadi pada darling saya Cik Syahirah. Kesian you yang. I rasa makin teruk lak penyakit you ni. Semalam, Syahirah atau lebih mesra dipanggil Shiro sms saya meminta maaf kerana terlambat reply message. Dia bertanya apa yang telah saya tanyakan. Darling,, bila pula I sms you? Takla. Saya menyuruh dia check inbox namun dia membalas bahawa kebiasaannya dia akan terus delete sms yang dibaca ketika mamai. Hai.. You kena jumpa psychiatry kot yang.

Ini bukanlah kali pertama kan yang you confius tentang realiti atau mimpi? Saya masih ingat ketika Shiro menceritakan mimpinya dimarahi pensyarah kerana tidak attend class. Petangnya memang pensyarah tersebut menyoal perkara tersebut. Scary la yang. Dia juga pernah mengalami mimpi tentang result exam dan keesokan harinya result tersebut betul-betul sama dengan mimpinya. Eeee tak sukanya!! Shiro sekarang sangat obsess dengan mimpi kesian dia. I rasa baik you jangan fikir yang bukan-bukan sangat so takla masuk dalam mimpi. Cuba mimpi bila you akan jadi kaya ke or bila kita akan pergi melancong bersama-sama?(cubaan mengambil kesempatan) Hehehe..

Whatever pun yang,, I akan doakan semoga you berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup. Amin. Semoga Nia pun berjaya sama (ambil kesempatan lagi). Jangan pening-pening lagi. Jangan fikir banyak gak tentang sesuatu perkara ok? Just go on and face the challenge. Good luck! =)

Thursday, May 28, 2009

*Kelopak Garam*

Anda pernah dengar tak tentang kelopak garam? Mesti ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah kan? Kelopak garam ni berlaku apabila badan kita mengalami gatal-gatal kemudian merah dah akhir sekali ada kesan seperti peta dia tempat gatal tersebut. Tiada tempat yang specific. Di mana-mana anggota badan pun boleh dijangkiti. Tak percaya? Tak percaya sudah.. Takkan Nia nak doakan korang kena pulak kan? Itula yang terjadi kepada saya sekarang ni. Setelah pulang dari Hatnyai, badan mengalami gatal-gatal sehingga sekarang. Mulanya ingat akibat panas dan peluh ketika di dalam train tapi setelah 2 3 hari masih gatal-gatal dan merah-merah satu badan, mak pun tegur. Mak kata kena kelopak garam so mak pun suruh letak bedak sejuk. Terbaru mak suruh letak garam dengan air asam jawa dan lumur kat badan. Berkesan ke? Paling tak boleh tahan apabila gatal-gatal di muka. Abisla muka saya yang c_ _ ni. Kalau still tak sembuh, will see the doctor then. Buat sementara waktu tahan jela and garu macam monyet hahaha.

Reminder: Renew licence as soon as possible. Dah dekat 2 minggu expired haha.

Monday, May 25, 2009

Hatnyai..

Apa kes Hatnyai ni? Jangan kata Nia pergi Hatnyai lak. Napa? Tak percaya? Nasib korang la.. Haha. Lepas balik dari Bali, Nia singgah Melaka jap ambil barang then terus ambil tiket balik Kedah. Dari Kedah ke Hatnyai. Mula-mula tu agak takut juga untuk ke sana. (yeke?) Nia pergi dengan siapa? Adalah.. Tiba di sana pukul 10.30am then terus ke Hotel Central. Destinasi pertama adalah tokong siam. Besar patung Buddha yang dibuat mengiring. Kemudian ke pusat akuarium. Tiket masuk 200bath per person (harga pelancong adalah 2kali ganda harga citizen). Tak la besar sangat tapi memandangkan tak pernah masuk akuarium di Langkawi so ok juga la. Teruk kan negara sendiri tak sumbangkan duit, negara orang senang-senang je melabur duit (Menteri Kewangan sikit pun tak kisah klu setakat ratus-ratus tu).

After that, Nia pergi Samila Beach. Kat sana ada patung duyung. Orang cakap dulu-dulu ada orang jumpa duyung tu sebab tu ada patung dia. Tapi orang kat sana buat tempat pemujaan. Biasala kan kalau ada benda yang pelik-pelik sikit. Lastly, kami pergi pasar. Sini adalah tempat yang paling Nia suka sebab banyak barang yang boleh dibeli di sana. Apa lagi dengan gembiranya Nia membeli dua beg bewarna merah (1 untuk adik, 1 untuk diri sendiri). Penat sangat berjalan (4jam 1000bath mahal kan?) serius penat giler berjalan-jalan 4jam tu. Balik mandi terus tidur (sempat tengok kartun dulu walaupun kebanyakannya Thai language).

Dalam pukul 8.30pm, Hatnyai lewat 1jam dari Malaysia (7.30pm), saya pun keluar menghayati malam di Hatnyai. Nia teringin sangat nak tengok movie di Hatnyai so Nia dan kawan pun pergila cinema. Maka beraturlah kami untuk membeli tiket. Nasibla kami bertanya dulu ada subtitle ke tak. So counter lady tu pun menjawab hanya bahasa Thai digunakan tiada sarikata. Jadi impian Nia untuk menonton wayang di Hatnyai tidak kesampaian. Di Hatnyai ni kebanyakan rakyat dia tidak tahu berbahasa English so komunikasi kami agak terbatas. Selepas makan di restoran Islam, (penat gak mencari) kami pun berjalan-jalan di sekitar bandar. Nia tidak melepaskan peluang untuk mencuba Thai massage. 200bath per hour. Selepas tiada arah tuju lagi, kami pun pulang.

Keesokannya, Nia kemas-kemas barang untuk pulang. Check out around 9a.m (Thai clock). Kami menaiki tut tut (sejenis kenderaan seperti taxi) ke pasar. Bermacam-macam barang dijual di pasar. Nia cuma membeli sehelai tudung untuk ibu tercinta. Kami berjalan agak jauh kerana ingin melawat semua kedai yang berhampiran. Memandangkan keretapi ke Alor Star bergerak pada pukul 3.20p.m (waktu Malaysia), kami sempat ke Robinson mall yang berdekatan untuk makan tengahari. Apa yang boleh Nia katakan adalah lawatan ke Hatnyai adalah lawatan yang sangat menggembirakan hati ini.


Gambar-gambar untuk kenangan:

Di Hatnyai jangan lupa cuba pulut durian atau mangga ok?

Berjalan-jalan di sekitar bandar Hatnyai


Di Pusat Akuarium



P/S: Want to see more log on to http://www.friendster.com/syuraini

Friday, May 22, 2009

My last day in Bali

Ok serius ni kali terakhir post pasal visits to Bali. Malam nanti flight ke Malaysia pukul8.15 dan akan tiba pada pukul 11.15. Saya sebenarnya tak berapa suka naik flight sebab rasa sungguh tak selamat. Tak taula kenapa tapi sebab suka melancong punya pasal buat dek jela.

Semalam keluar ke Ramayana dengan adik untuk membuat facial. Adik Nia nak massage sebab letih katanya. Ramayana ni sebuah mall jugakla dan barang-barang dia murah dan berpatutan. Masa nak pergi wat facial tu, pelayan tetamu tu bagitaula yang orang untuk buat facial tu solat. Dalam hati terdetik bagusla Islam rupanya. Almaklumlah kat Bali ni banyak warga Indonesia beragama hindu. So, kami pun pergi la ke pusat rawatan sebelah. Tempat untuk rawatan facial dan massage adalah berbeza tapi berhadapan jela. Untuk tak mahu membuang masa, Zakiah pergila membuat massage selama setengah jam. Murah tau rawatan massage di sana. Memandangkan saya nak ke Hatnyai so baik saya buat di Hatnyai saja lagi best kot! Hehehe mesti ada yang jeles tu.. Siapa? Entah. Ada yang terasa ke? Tak tau.

Setengah jam kemudian, saya pun pergila ke tempat facial tu balik. Malangnya (niat suci tak kesampaian) orang yang akan membuat facial treatment untuk Nia dah nak pulang ke rumah. Dia suruh datang balik esok je. Hati dah berkobar-kobar sangat ni nak buat facial. Aiyok kecewanya.:( Adik saya pun mencadangkan la untuk buat massage macam dia juga. Takmo la! Kecewa dah. Punyala nak buat facial pergi juga cari salun yang berdekatan. Tapi sumer dah tutup walaupun jam baru menunjukkan pukul 9pm (sekali lagi niat suci tak kesampaian). Adik pun berkata, (ceh nak pujuk hati kakak la tu) "esok jela kita datang buat facial tu lepas aku balik kelas" tapi saya tahu mesti tak sempat punya sebab saya nak bergegas pulang petang nanti. Lagipun takut pula lepas buat facial nanti muka ada bekas. Hahaha. Nia banyak kawah kat muka so mesti treatment dia agak berat wahaha. Kantoi! Habis pecah rahsia. So nak end kan cerita, kami pun pergi dinner makan bakso. Nasib cik Nia suka bakso. Sedap tau! Tak percaya datang sini cuba. Kalau kat Malaysia mungkin tak berapa sama rasanya.

Whatever pun, best gak berada di sini terutama bila ada orang yang tahu jalan untuk bawa kita ke mana-mana. Tapi kat mana pun kita berada, Yang Maha Esa jangan dilupakan kerana dengan bless Dia saja baru kita akan selamat walau di mana-mana saja kita berada.

p/s: Ketika di Bali sempat membaca buku bertajuk "Wanita Mukminah di tepi Jurang Neraka"- Syarif Kamal 'Azib. (Menginsafi diri sendiri seketika)

Thursday, May 21, 2009

*Adik Saya*

Assalamualaikum warohmatullah kepada semua pembaca. Cik Nia bersopan sedikit harini. Sungguh menyampah! Orang zaman sekarang ni memang,, kalau kita baik sikit menyampah tapi kalau jahat dikatakan cool. Tak fahamla saya.

Ok back to the story. Belum apa-apa dah mula merepek. Post kali ni bukan pasal Bali lagi tapi pasal adik yang belajar kat BALI. Haha kena lagi dengan Cik Nia. Nia concerntrate pada penulisan! Degil la. Saya ada 3 orang adik. Yang pertama adik perempuan. Muda setahun je dengan Nia. Yang kedua lelaki berusia 17 tahun dan last and paling cute adik perempuan umur 10 tahun. Tengah promote adik nampak? Adik-adik saya adalah sangat best! Walaupun mereka bukan sehebat mana namun mereka tetap hebat di mata saya. (Adik mengertilah betapa sayangnya kakak kepada kamu semua). Enough untuk babak airmata ni.

Continue. Cerita Nia kali ni pasal adik yang belajar kat Bali. Napa tiba-tiba nak cerita pasal adik lak nih? Ishk tak faham langsung. *Lor kata takmo dengar pasal Bali* so ceritala pasal adik lak. Sebenarnya tadi adik Nia ada cerita masalah dia pada Nia. Nak tau cerita dia? Malasla. Eh tapi nanti blog ni pendek lak. Hmm..cerita jugak. Cerita dia macam ni:

Adik Nia ni tengah angin dengan sorang kawan dia ni si Y. Penah sekali dulu kawan adik Nia si W ni anjurkan satu trip ke yogyakarta. Pastu si W tidak mengajak adik Nia pergi sekali sedangkan orang lain semua diajak. Sakit hati tak? Dia pun kecik hati la. Then si Y yang bermulut becok pun tanyala kenapa macam sedih ja. Dengan berat hati adik Nia pun berkata,
"Kalau aku cerita ko jangan bawa mulut pulak. Ko ni bukan boleh percaya sangat. Suka-suka hati nak selesaikan masalah orang tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain." Giler berani ah adik saya berterus-terang.

Pastu si Y ni pun jawab, "Buat apa aku nak selesaikan masalah orang tak ada faedah pun". Lebih kurangla kot dialog dia. Tak berapa ingatla. Saya ni kan ada syndrom ingatan yang sangat lemah!

Walaupun tidak percaya, dia tetap bercerita. Lepas tu mula la nak menyesal. Sampai sekarang dia tak boleh lupa akibatnya. Si Y yang bermulut becok tu pun pegi cerita kat si W pasal adik Nia ni kecik hati tak dapat ikut. Apa lagi bengangla si W ni ditambah pulak cerita tu sampai ke pengetahuan senior-senior dorang hingga si W ni merasakan namanya telah busuk di kalangan senior-senior dia. (Sebelum-sebelum ni wangi ke cik adik?*Nia sakit hati*) Tak lama selepas tu, dia pun sms la adik Nia bertanyakan soalan-soalan seperti:

1) "Zack, ko ada masalah ke dengan aku? Kalau ko tak puas hati tak dapat ikut ke yogya, cakaplah jangan pi mengadu kat abang-abang senior! -W-"

Adik Nia tak dapat membalas sms-sms tersebut kerana hp buat hal. Masa ni juga hp nak buat hal! Selepas tiada balasan, sms kedua pula diterima.

2) "Kenapa ko tak reply message aku? Ko takut? Tak tahu nak cakap apa dah?"

Untuk pengetahuan anda, message pertama dihantar menggunakan hp senior (budak ni rapat dengan senior, adik saya langsung tak rapat dengan senior especially lelaki. Macam mana dia boleh buat tuduhan sebegitu? Tak adil kan? Sungguh tak adil.) Sms kedua baru si W guna hp sendiri.

Continue. Selepas kejadian itu, adik Nia sakit hati sangat and takut nak jumpa kawan-kawan dia lagi. Datang kelas paling lambat dan keluar kelas paling cepat. Kat sini dia ada sorang je kawan rapat dan kawan rapat dia pun perangai sama macam dia penakut. Pada suatu hari, si W tunggu adik Nia kat luar pintu makmal sampai adik Nia keluar. Masa adik saya keluar dia pun serang;

W : Zack, aku ada benda sikit nak cakap dengan ko.
Zack: (Diam je).
W : Ko ni kenapa? Ko tau tak yang nama aku dah busuk
di kalangan senior-senior? (Dengan perasaan marah sambil jari ditunjuk-tunjuk ke muka adik Nia, anda rasa bengang tak?) Ko siapa nak kena berjemput-jemput ke yogyakarta tu? Ko ingat ko tu puteri?

Selepas semua kemarahannya dilemparkan, terus dia hulurkan tangan untuk berjabat dengan adik Nia. Adik Nia menyambut sambil menjawab, "Aku tak bagitau siapa-siapa pun". Dengan sepantas kilat tangan adik Nia ditepis dan 1 soalan telah diajukan. "Ko bagitau aku siapa yang bagitau?" Adik saya yang tersangatla naif nya diam tidak mahu menjawab kerana walaupun dia tahu siapa penyebab semua perkara itu berlaku, dia tidak mahu pelaku tersebut dimarahi sama seperti dia dimarahi. Baginya percuma saja dia dimarahi kalau orang lain juga kena sama. Owh adik, baik sungguh hatimu.

Apa jadi pada si Y? Hah ni sekor yang hampeh. Lepas kejadian tersebut, dengan perasaan tidak bersalahnya boleh tak dia sms adik Nia bagi pendapat. Dalam sms nya berbunyi:

"Zack, aku rasa dalam kes ni dua-dua orang salah. W salah sebab tak ajak ko pergi yogya, tapi ko salah sebab nak orang berjemput baru boleh pergi macam puteri raja plak. Sepatutnya ko kena ada inisiatif sendiri nak pergi".

Budak ni aku sekeh karang tak pasal-pasal makan pelempang. Orang tak minta pendapat nak bagi pendapat, lepas tu menyakitkan hati plak. Nia tengah emosional sangat ni. Bengang tahap gaban. Cuba bayangkan perasaan adik Nia? Lama-lama si Y ni pun perasanla yang adik Nia tak reply semua sms-sms dia, tak pandang dia langsung dalam kelas. Sampai 1 tahap, masa si Y datang ke rumah adik Nia, dia tak buka pintu sebab dia masih belum boleh dapat maafkan si Y. *untuk pengetahuan, ini sudah kali kedua si Y menganiayai adik saya. Tak boleh jadi ni!* Si Y memberi coklat sebagai tanda maaf dan macam-macam lagi la. Adik Nia gagal untuk semua paper ketika itu. Kesian sangat dekat dia sebab tak dapat study. Asyik menangis sorang-sorang. Nasib paper dorang boleh repeat dalam bulan tu juga so tak adala kena repeat year. Adik yang masih kesakitan hatinya akhirnya mengalah lama-kelamaan walaupun tidak sepenuhnya. Sayang, I know how do you feel, and I know how hard you have been survived all alone in other country. You are a strong girl. You can even be stronger if you have gone through all the pain. If you fall, wake up again and again. Our family will always be by your side. *menjadi sebak tiba-tiba*

Keistimewaan adik saya. Owh cerita tadi tak habis lagi. Ending dia pun menunjuk kan keistimewaan adik saya. Dia telah berkawan baik dengan mereka walaupun hatinya masih ada rasa sakit. Adik saya penuh kecintaan. Namun kecintaannya belum diberi kepada mana-mana lelaki. Dia hanya mengabdikan diri pada Penciptanya. Adik saya cantik, rajin, bijak, baik hati dan segala kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya membuatkan saya rasa bangga dengannya. Begitu juga keluarga dan saudara mara. Dia bijak menjaga diri apabila berada di negara orang, menutup aurat apabila keluar dan membataskan diri ketika bersosial.

Nia harap, adik-adik Nia akan bahagia di dunia dan akhirat. Amin...


Ada rupa Nia tak?

Dia cantik kan?

Sambungan..

Kan cik Nia dah cakap harini dia memang rajin nak menulis blog. Cuba bagi dia beberapa hari lagi or beberapa minggu tak pun beberapa bulan. Confirm tak serajin ni (dalam keraguan mengutuk diri sendiri). Tak apa cik Nia pasti akan berkongsi suka suka bersama anda! Malaysia boleh! Cik Nia pun boleh! Tetiba lagu lagu "fikirkan boleh" terdengar di cuping telinga yang dinyanyikan oleh hati. Malu sendiri :) Cun.

Cerita pasal Bali lagi. Tak habis lagi ke Nia? Orang dah malas dengar la. So what? Shut your laptop down habis cerita. Sebenarnya tak habis lagi cerita pasal Bali ni. Yela dah seminggu kan Nia kat sini so seminggu la juga ceritanya HAHAHA.. Melampau giler. Taklah kidding!! Esok Nia dah balik Malaysia tapi tak balik terus sebab nak ke Melaka dulu ambik barang then maybe ke Hatnyai. Erm enjoy ja minah sorang ni. Dah nama pun cuti kan so takkan nak study pulak? Kalau cakap macam tu kat adik, mesti kena bebel. Abah dengan mak relax je sebab anak dia yang sorang ni ok. Ecece cubaan membodek orang tua sendiri. Stop mumbling. Shhhh...Continue story.

Tadi lepas keluar makan kat apa entah nama tempat tu, (Nia ada masalah memory sikit. Memory dia sangatla lemah tak terkata. Ok sikit-sikit ja mengutuk diri sendiri selebihnya puji ) Nia dengan adik pergi rumah sewa kawan-kawan adik dia. Kat sini rumah sewa dipanggil Kos. Cantik! Okla walaupun harga agak mahal. Lebih mahal dari rumah sewa Nia di Melaka. Balik je terus jalan-jalan sekitar kawasan then stop at Dunkin' Donuts. Beli 6 biji donut untuk dibawa balik makan kat rumah. Nia punya favourite Big Apple tapi kat sini takda so Dunkin pun Dunkin la jangan demand ok?

Sampai kat rumah, Nia solat Asar then terus mengadap laptop. Sebenarnya mengantuk tahap kronik tapi tetiba rasa nak menulis. Ulangan cik Nia memang rajin nak menulis harini. Excited dia terlebih-lebih. HAHAHA. Tapi kalau kemalasan menjelma, putera raja saja yang boleh selamatkan Nia (ada hati nak berangan). Berangan la selagi anda boleh berangan kerana satu masa nanti apabila anda sedar, anda akan dapati diri anda bukan lagi di alam angan-angan. Owh syndrom apakan lagi ini? Mak to.. eh abah pulak la. Abah tolong!!

Nia sebenarnya menunggu cik Syahirah me'reply' ym sambil mendengar lagu Halo by beyonce. Entah apa kerja yang dibuatnya lama lak kena menunggu. Cik Nia pun mula la nak merepek sorang-sorang. Tak biasa sebenarnya buat kerja-kerja merepek ni (sambil menutup kebenaran) sebab merugikan masa. Baik berzikir kan banyak pahala cik Nia dapat. *Berzikirla seketika* Pastu sambung balik merepek dia adeiii..!!

Dahla tak ada mood lak nak menulis sebab dengar lagu-lagu Indon ni entah apa-apa. Ada ke lagu dia bertajuk "putus-nyambung". Cerita pasal seseorang yang putus cinta then esok menyesal sambung balik. Macam tula hari-hari berikutnya. Bila gaduh putus, bila menyesal sambung balik. Itu ok lagi. Ada lagu satu lagu pasal "hancur hatiku". Dari awal lirik sampai last lagu tu, ulang lirik yang sama. Percaya tak? Serius Sumpah Tak Tipu! Senang giler orang yang buat lagu tu. Tak ada penambahan lirik lain pun. Peliknya boleh diterima oleh orang-orang disini. Kalau tak percaya download la lagu tu. Yang tak dapat view tu anda boleh buka youtube then type tajuk lagu Hancur Hatiku by Olga. Tapi kalau dengar berulang kali rasa cute pulak lagu tu hehe.. Nia dah terpedaya! Takmo la dah malu. Nanti-nanti baru post lagi.


Memang nak sangat menulis blog harini :D


Maybe sebab first day, so rajin pulak nak menulis blog. Sebenarnya tadi lagi rasa nak menulis tapi hold dulu sebab mandi dan buat segala hal lain dulu. Bangun awal tapi malas pulak nak mandi awal hehe.. Nia yang keterlaluan. Tak apalah bukan ada orang di sekeliling pun. Lagipun tipu ah kalau korang sumer rajin giler mandi awal cuti-cuti ni tanpa buat apa-apa kat rumah kn? *tipu berdosa masuk kubur kena seksa* (scary tak?) Nia belum lunch lagi sebab tunggu adik selesai solat dan tunggu dia ajakla. Takkan nak memandai sendiri keluar kat tempat orang ni. Ishk-ishk jaga tingkah laku sikit karang kena culik ke, sesat ke siapa susah? Dah duduk rumah diam-diam! =(

Sebelum tu nak pos beberapa gambar yang telah diambil sepanjang berada di Bali. Banyak sebenarnya tapi yang terpilih saja akan di post ok!


Taman Rekreasi Lapangan Renon


Di Pasar Badung/Kumbasari
(sebenarnya adik saya pun tak pasti haha)


Bersama adik tersayang


Adik dah siap dan ajak keluar makan. Macam tahu-tahu je perut kakak dia dah lapar. Bunyi macam zalim kan? Taklah. Adik saya sangat baik orangnya. Tak percaya tanya kakak dia hahaha.. Jangan lepaskan peluang saksikan gambar-gambar yang lain ok? Post ni pendek sebab menulis dalam keadaan kelam-kelibut (Bahasa mungkin tunggang-langgang jugak). Tak peduli la perut dah lapar nak keluar makan bye.

Keazaman Baru Yes!!!

First and foremost hi to readers. OK shut it up! Azam baru adalah untuk memulakan blog di dalam Bahasa Melayu. HEHEHE (Nia sangat patriotik orangnya). Nia ada blog sebelum ni dan kebanyakannya English version sebab dulu perasan bagus, serius rasa diri sangat bagus HAHAHA biarla bukan ada orang tahu pun kan (masih tak mahu mengalah). Disebabkan kantoi dengan seseorang, namanya tak boleh mention sebab nanti kena jawab lagi so Nia pun buatla blog baru. TERIMA KASIH juga kepada one of the blogger yang menjadi inspire Nia untuk menulis blog kembali. She is such a brilliant writer! Semangat tengah berkobar-kobar untuk menulis ni mak tolong!!!

Ketika menulis blog ni Nia kt BALi. Bercuti sambil melawat adik yang belajar perubatan kat sini. Nama dia Nurzakiah kena mention ni bagi Zakiah bangga skit :D Nia tiba di Denpasar airport pada hari KHAMIS bersamaan 14 May 2009 dan akan pulang keesokan harinya. Tulis skitla tarikhnya 22hb. Excited tau nak balik. Bukan best pun duk negara orang lama-lama bosan kot duit pun banyak habis. Ceh mula la nak menyesal menyampah tul!! Berani giler ah Nia pergi sorang-sorang Bali tu sebab parent tak mahu ikut. Kata mereka mahu pergi awal tahun depan (dengan pelat Indonesia mentang-mentangla ada kat BALI). Ok sedar diri balik. Masa nak ambik bagasi kat airport tu boleh tak beg Nia rosak? Bengang ni tahap maksimum. Boleh control. Boleh control. Pergila kaunter nak claim. Sebenarnya tak tahu pun boleh claim ke tak tapi pegawai kastam tu kata boleh so pergila jugak. Tak fikir ni yang adik tengah tunggu kat luar. SORRY tau sayang! Beg orang lain ada je yang rosak tapi dorang tak complain pun. Nia ni berkira betul! Biarla beli dengan duit kot.

Nak tau apa kesudahannya? Dahla tunggu pegawai tu satu hal pastu dah diperiksa beg tu dia cakap:

Pegawai: Ooo ini rosak di sini atau memang udah rosak? (dengan pelat Indonesianya boleh lak tanya soalan macam tu?)
Nia: Rosak kat sini. Masa saya ambil dah rosak. Saya punya beg sebelum ni tak rosak. (ceh menjawab tu)
Pegawai: Tapi untuk kes begini enggak ada ganti ruginya bu sebab rosaknya di kod nombor.
Nia: Habis nak buat macam mana?
(masih boleh control ayu lagi)
Pegawai: 'Claim' nya hanya untuk zip yang rosak, pemegang yang patah atau beg terkoyak. Tapi enggak apa-apa saya beri kunci baru boleh?
Nia: Bolehla.
(malas nak bertekak)

Dah settle semua, Nia pun keluar. Nasib terus nampak adik. Bersalaman dan berpelukan seketika sebelum mencari minuman dan terus ambik cab balik ke rumah sewa adik. So sweet walaupun kecik je tapi complete. Ada peti ais, katil, water heater, dapur, toilet semuala. Mandi, solat, borak-borak dengan adik seketika then terus tidur. Selamat datang Nia ke BALI the God's Island.


Banyak betul tempat-tempat yang telah Nia lawati terutamanya shopping complex. Maaflah orang perempuan memang macam ni. Tak habis-habis shopping. (Kalau yang tak suka shopping tu tak masuk dalam kategori perempuan memang macam ni ok?) AWAS lelaki di luar sana kalau nak mencari jodoh carilah yang tak suka berbelanja.

Confirm tak jumpa! HAHAHA

Kebanyakannya beli untuk keluarga. Mak, abah, abang, adik lelaki, adik perempuan bla bla bla.. Nasib tak ada kakak, kakak angkat, adik angkat, abang angkat apa lagi ek? Kalu tak habis duit Nia! Sekarang baru ingat diri bernasib baik huhuhu.. Giler perkembangan tak sihat Nia ni. Kena Syndrom orang tak suka berkawan kot? Mak anak mak sakit!! Dah mak jadi mangsa pulak. Hai... Ok dah melalut jauh baik hentikan saja niat di hati untuk mengarut lagi. Orang bosan kot NIA!! Ada saya peduli? Lantakla nak baca ke tak. Pilihan di tangan anda. (Terus rancangan Who Wants to be a Millionaire bermain di fikiran hikhikhik.)

Ok. Ok. Tak melalut dah. Berhenti berhenti.