Friday, May 22, 2009

My last day in Bali

Ok serius ni kali terakhir post pasal visits to Bali. Malam nanti flight ke Malaysia pukul8.15 dan akan tiba pada pukul 11.15. Saya sebenarnya tak berapa suka naik flight sebab rasa sungguh tak selamat. Tak taula kenapa tapi sebab suka melancong punya pasal buat dek jela.

Semalam keluar ke Ramayana dengan adik untuk membuat facial. Adik Nia nak massage sebab letih katanya. Ramayana ni sebuah mall jugakla dan barang-barang dia murah dan berpatutan. Masa nak pergi wat facial tu, pelayan tetamu tu bagitaula yang orang untuk buat facial tu solat. Dalam hati terdetik bagusla Islam rupanya. Almaklumlah kat Bali ni banyak warga Indonesia beragama hindu. So, kami pun pergi la ke pusat rawatan sebelah. Tempat untuk rawatan facial dan massage adalah berbeza tapi berhadapan jela. Untuk tak mahu membuang masa, Zakiah pergila membuat massage selama setengah jam. Murah tau rawatan massage di sana. Memandangkan saya nak ke Hatnyai so baik saya buat di Hatnyai saja lagi best kot! Hehehe mesti ada yang jeles tu.. Siapa? Entah. Ada yang terasa ke? Tak tau.

Setengah jam kemudian, saya pun pergila ke tempat facial tu balik. Malangnya (niat suci tak kesampaian) orang yang akan membuat facial treatment untuk Nia dah nak pulang ke rumah. Dia suruh datang balik esok je. Hati dah berkobar-kobar sangat ni nak buat facial. Aiyok kecewanya.:( Adik saya pun mencadangkan la untuk buat massage macam dia juga. Takmo la! Kecewa dah. Punyala nak buat facial pergi juga cari salun yang berdekatan. Tapi sumer dah tutup walaupun jam baru menunjukkan pukul 9pm (sekali lagi niat suci tak kesampaian). Adik pun berkata, (ceh nak pujuk hati kakak la tu) "esok jela kita datang buat facial tu lepas aku balik kelas" tapi saya tahu mesti tak sempat punya sebab saya nak bergegas pulang petang nanti. Lagipun takut pula lepas buat facial nanti muka ada bekas. Hahaha. Nia banyak kawah kat muka so mesti treatment dia agak berat wahaha. Kantoi! Habis pecah rahsia. So nak end kan cerita, kami pun pergi dinner makan bakso. Nasib cik Nia suka bakso. Sedap tau! Tak percaya datang sini cuba. Kalau kat Malaysia mungkin tak berapa sama rasanya.

Whatever pun, best gak berada di sini terutama bila ada orang yang tahu jalan untuk bawa kita ke mana-mana. Tapi kat mana pun kita berada, Yang Maha Esa jangan dilupakan kerana dengan bless Dia saja baru kita akan selamat walau di mana-mana saja kita berada.

p/s: Ketika di Bali sempat membaca buku bertajuk "Wanita Mukminah di tepi Jurang Neraka"- Syarif Kamal 'Azib. (Menginsafi diri sendiri seketika)

1 comment:

SyAhiRah LaLAla said...

i jeles u pegi hatnyai. auwww :P
miss u girl.
[p/s: nt share dgn i apa yg u baca tu k. ilmu kita kongsikan bersama. supaya i pn dapat insaf sama *agkt tgn nasyid skng*