After that, Nia pergi Samila Beach. Kat sana ada patung duyung. Orang cakap dulu-dulu ada orang jumpa duyung tu sebab tu ada patung dia. Tapi orang kat sana buat tempat pemujaan. Biasala kan kalau ada benda yang pelik-pelik sikit. Lastly, kami pergi pasar. Sini adalah tempat yang paling Nia suka sebab banyak barang yang boleh dibeli di sana. Apa lagi dengan gembiranya Nia membeli dua beg bewarna merah (1 untuk adik, 1 untuk diri sendiri). Penat sangat berjalan (4jam 1000bath mahal kan?) serius penat giler berjalan-jalan 4jam tu. Balik mandi terus tidur (sempat tengok kartun dulu walaupun kebanyakannya Thai language).
Dalam pukul 8.30pm, Hatnyai lewat 1jam dari Malaysia (7.30pm), saya pun keluar menghayati malam di Hatnyai. Nia teringin sangat nak tengok movie di Hatnyai so Nia dan kawan pun pergila cinema. Maka beraturlah kami untuk membeli tiket. Nasibla kami bertanya dulu ada subtitle ke tak. So counter lady tu pun menjawab hanya bahasa Thai digunakan tiada sarikata. Jadi impian Nia untuk menonton wayang di Hatnyai tidak kesampaian. Di Hatnyai ni kebanyakan rakyat dia tidak tahu berbahasa English so komunikasi kami agak terbatas. Selepas makan di restoran Islam, (penat gak mencari) kami pun berjalan-jalan di sekitar bandar. Nia tidak melepaskan peluang untuk mencuba Thai massage. 200bath per hour. Selepas tiada arah tuju lagi, kami pun pulang.
Keesokannya, Nia kemas-kemas barang untuk pulang. Check out around 9a.m (Thai clock). Kami menaiki tut tut (sejenis kenderaan seperti taxi) ke pasar. Bermacam-macam barang dijual di pasar. Nia cuma membeli sehelai tudung untuk ibu tercinta. Kami berjalan agak jauh kerana ingin melawat semua kedai yang berhampiran. Memandangkan keretapi ke Alor Star bergerak pada pukul 3.20p.m (waktu Malaysia), kami sempat ke Robinson mall yang berdekatan untuk makan tengahari. Apa yang boleh Nia katakan adalah lawatan ke Hatnyai adalah lawatan yang sangat menggembirakan hati ini.
Gambar-gambar untuk kenangan:
1 comment:
eh,kata g sehari jer??
Post a Comment