Thursday, May 21, 2009

Keazaman Baru Yes!!!

First and foremost hi to readers. OK shut it up! Azam baru adalah untuk memulakan blog di dalam Bahasa Melayu. HEHEHE (Nia sangat patriotik orangnya). Nia ada blog sebelum ni dan kebanyakannya English version sebab dulu perasan bagus, serius rasa diri sangat bagus HAHAHA biarla bukan ada orang tahu pun kan (masih tak mahu mengalah). Disebabkan kantoi dengan seseorang, namanya tak boleh mention sebab nanti kena jawab lagi so Nia pun buatla blog baru. TERIMA KASIH juga kepada one of the blogger yang menjadi inspire Nia untuk menulis blog kembali. She is such a brilliant writer! Semangat tengah berkobar-kobar untuk menulis ni mak tolong!!!

Ketika menulis blog ni Nia kt BALi. Bercuti sambil melawat adik yang belajar perubatan kat sini. Nama dia Nurzakiah kena mention ni bagi Zakiah bangga skit :D Nia tiba di Denpasar airport pada hari KHAMIS bersamaan 14 May 2009 dan akan pulang keesokan harinya. Tulis skitla tarikhnya 22hb. Excited tau nak balik. Bukan best pun duk negara orang lama-lama bosan kot duit pun banyak habis. Ceh mula la nak menyesal menyampah tul!! Berani giler ah Nia pergi sorang-sorang Bali tu sebab parent tak mahu ikut. Kata mereka mahu pergi awal tahun depan (dengan pelat Indonesia mentang-mentangla ada kat BALI). Ok sedar diri balik. Masa nak ambik bagasi kat airport tu boleh tak beg Nia rosak? Bengang ni tahap maksimum. Boleh control. Boleh control. Pergila kaunter nak claim. Sebenarnya tak tahu pun boleh claim ke tak tapi pegawai kastam tu kata boleh so pergila jugak. Tak fikir ni yang adik tengah tunggu kat luar. SORRY tau sayang! Beg orang lain ada je yang rosak tapi dorang tak complain pun. Nia ni berkira betul! Biarla beli dengan duit kot.

Nak tau apa kesudahannya? Dahla tunggu pegawai tu satu hal pastu dah diperiksa beg tu dia cakap:

Pegawai: Ooo ini rosak di sini atau memang udah rosak? (dengan pelat Indonesianya boleh lak tanya soalan macam tu?)
Nia: Rosak kat sini. Masa saya ambil dah rosak. Saya punya beg sebelum ni tak rosak. (ceh menjawab tu)
Pegawai: Tapi untuk kes begini enggak ada ganti ruginya bu sebab rosaknya di kod nombor.
Nia: Habis nak buat macam mana?
(masih boleh control ayu lagi)
Pegawai: 'Claim' nya hanya untuk zip yang rosak, pemegang yang patah atau beg terkoyak. Tapi enggak apa-apa saya beri kunci baru boleh?
Nia: Bolehla.
(malas nak bertekak)

Dah settle semua, Nia pun keluar. Nasib terus nampak adik. Bersalaman dan berpelukan seketika sebelum mencari minuman dan terus ambik cab balik ke rumah sewa adik. So sweet walaupun kecik je tapi complete. Ada peti ais, katil, water heater, dapur, toilet semuala. Mandi, solat, borak-borak dengan adik seketika then terus tidur. Selamat datang Nia ke BALI the God's Island.


Banyak betul tempat-tempat yang telah Nia lawati terutamanya shopping complex. Maaflah orang perempuan memang macam ni. Tak habis-habis shopping. (Kalau yang tak suka shopping tu tak masuk dalam kategori perempuan memang macam ni ok?) AWAS lelaki di luar sana kalau nak mencari jodoh carilah yang tak suka berbelanja.

Confirm tak jumpa! HAHAHA

Kebanyakannya beli untuk keluarga. Mak, abah, abang, adik lelaki, adik perempuan bla bla bla.. Nasib tak ada kakak, kakak angkat, adik angkat, abang angkat apa lagi ek? Kalu tak habis duit Nia! Sekarang baru ingat diri bernasib baik huhuhu.. Giler perkembangan tak sihat Nia ni. Kena Syndrom orang tak suka berkawan kot? Mak anak mak sakit!! Dah mak jadi mangsa pulak. Hai... Ok dah melalut jauh baik hentikan saja niat di hati untuk mengarut lagi. Orang bosan kot NIA!! Ada saya peduli? Lantakla nak baca ke tak. Pilihan di tangan anda. (Terus rancangan Who Wants to be a Millionaire bermain di fikiran hikhikhik.)

Ok. Ok. Tak melalut dah. Berhenti berhenti.

No comments: