Thursday, May 21, 2009

Sambungan..

Kan cik Nia dah cakap harini dia memang rajin nak menulis blog. Cuba bagi dia beberapa hari lagi or beberapa minggu tak pun beberapa bulan. Confirm tak serajin ni (dalam keraguan mengutuk diri sendiri). Tak apa cik Nia pasti akan berkongsi suka suka bersama anda! Malaysia boleh! Cik Nia pun boleh! Tetiba lagu lagu "fikirkan boleh" terdengar di cuping telinga yang dinyanyikan oleh hati. Malu sendiri :) Cun.

Cerita pasal Bali lagi. Tak habis lagi ke Nia? Orang dah malas dengar la. So what? Shut your laptop down habis cerita. Sebenarnya tak habis lagi cerita pasal Bali ni. Yela dah seminggu kan Nia kat sini so seminggu la juga ceritanya HAHAHA.. Melampau giler. Taklah kidding!! Esok Nia dah balik Malaysia tapi tak balik terus sebab nak ke Melaka dulu ambik barang then maybe ke Hatnyai. Erm enjoy ja minah sorang ni. Dah nama pun cuti kan so takkan nak study pulak? Kalau cakap macam tu kat adik, mesti kena bebel. Abah dengan mak relax je sebab anak dia yang sorang ni ok. Ecece cubaan membodek orang tua sendiri. Stop mumbling. Shhhh...Continue story.

Tadi lepas keluar makan kat apa entah nama tempat tu, (Nia ada masalah memory sikit. Memory dia sangatla lemah tak terkata. Ok sikit-sikit ja mengutuk diri sendiri selebihnya puji ) Nia dengan adik pergi rumah sewa kawan-kawan adik dia. Kat sini rumah sewa dipanggil Kos. Cantik! Okla walaupun harga agak mahal. Lebih mahal dari rumah sewa Nia di Melaka. Balik je terus jalan-jalan sekitar kawasan then stop at Dunkin' Donuts. Beli 6 biji donut untuk dibawa balik makan kat rumah. Nia punya favourite Big Apple tapi kat sini takda so Dunkin pun Dunkin la jangan demand ok?

Sampai kat rumah, Nia solat Asar then terus mengadap laptop. Sebenarnya mengantuk tahap kronik tapi tetiba rasa nak menulis. Ulangan cik Nia memang rajin nak menulis harini. Excited dia terlebih-lebih. HAHAHA. Tapi kalau kemalasan menjelma, putera raja saja yang boleh selamatkan Nia (ada hati nak berangan). Berangan la selagi anda boleh berangan kerana satu masa nanti apabila anda sedar, anda akan dapati diri anda bukan lagi di alam angan-angan. Owh syndrom apakan lagi ini? Mak to.. eh abah pulak la. Abah tolong!!

Nia sebenarnya menunggu cik Syahirah me'reply' ym sambil mendengar lagu Halo by beyonce. Entah apa kerja yang dibuatnya lama lak kena menunggu. Cik Nia pun mula la nak merepek sorang-sorang. Tak biasa sebenarnya buat kerja-kerja merepek ni (sambil menutup kebenaran) sebab merugikan masa. Baik berzikir kan banyak pahala cik Nia dapat. *Berzikirla seketika* Pastu sambung balik merepek dia adeiii..!!

Dahla tak ada mood lak nak menulis sebab dengar lagu-lagu Indon ni entah apa-apa. Ada ke lagu dia bertajuk "putus-nyambung". Cerita pasal seseorang yang putus cinta then esok menyesal sambung balik. Macam tula hari-hari berikutnya. Bila gaduh putus, bila menyesal sambung balik. Itu ok lagi. Ada lagu satu lagu pasal "hancur hatiku". Dari awal lirik sampai last lagu tu, ulang lirik yang sama. Percaya tak? Serius Sumpah Tak Tipu! Senang giler orang yang buat lagu tu. Tak ada penambahan lirik lain pun. Peliknya boleh diterima oleh orang-orang disini. Kalau tak percaya download la lagu tu. Yang tak dapat view tu anda boleh buka youtube then type tajuk lagu Hancur Hatiku by Olga. Tapi kalau dengar berulang kali rasa cute pulak lagu tu hehe.. Nia dah terpedaya! Takmo la dah malu. Nanti-nanti baru post lagi.


No comments: