Thursday, May 21, 2009

*Adik Saya*

Assalamualaikum warohmatullah kepada semua pembaca. Cik Nia bersopan sedikit harini. Sungguh menyampah! Orang zaman sekarang ni memang,, kalau kita baik sikit menyampah tapi kalau jahat dikatakan cool. Tak fahamla saya.

Ok back to the story. Belum apa-apa dah mula merepek. Post kali ni bukan pasal Bali lagi tapi pasal adik yang belajar kat BALI. Haha kena lagi dengan Cik Nia. Nia concerntrate pada penulisan! Degil la. Saya ada 3 orang adik. Yang pertama adik perempuan. Muda setahun je dengan Nia. Yang kedua lelaki berusia 17 tahun dan last and paling cute adik perempuan umur 10 tahun. Tengah promote adik nampak? Adik-adik saya adalah sangat best! Walaupun mereka bukan sehebat mana namun mereka tetap hebat di mata saya. (Adik mengertilah betapa sayangnya kakak kepada kamu semua). Enough untuk babak airmata ni.

Continue. Cerita Nia kali ni pasal adik yang belajar kat Bali. Napa tiba-tiba nak cerita pasal adik lak nih? Ishk tak faham langsung. *Lor kata takmo dengar pasal Bali* so ceritala pasal adik lak. Sebenarnya tadi adik Nia ada cerita masalah dia pada Nia. Nak tau cerita dia? Malasla. Eh tapi nanti blog ni pendek lak. Hmm..cerita jugak. Cerita dia macam ni:

Adik Nia ni tengah angin dengan sorang kawan dia ni si Y. Penah sekali dulu kawan adik Nia si W ni anjurkan satu trip ke yogyakarta. Pastu si W tidak mengajak adik Nia pergi sekali sedangkan orang lain semua diajak. Sakit hati tak? Dia pun kecik hati la. Then si Y yang bermulut becok pun tanyala kenapa macam sedih ja. Dengan berat hati adik Nia pun berkata,
"Kalau aku cerita ko jangan bawa mulut pulak. Ko ni bukan boleh percaya sangat. Suka-suka hati nak selesaikan masalah orang tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain." Giler berani ah adik saya berterus-terang.

Pastu si Y ni pun jawab, "Buat apa aku nak selesaikan masalah orang tak ada faedah pun". Lebih kurangla kot dialog dia. Tak berapa ingatla. Saya ni kan ada syndrom ingatan yang sangat lemah!

Walaupun tidak percaya, dia tetap bercerita. Lepas tu mula la nak menyesal. Sampai sekarang dia tak boleh lupa akibatnya. Si Y yang bermulut becok tu pun pegi cerita kat si W pasal adik Nia ni kecik hati tak dapat ikut. Apa lagi bengangla si W ni ditambah pulak cerita tu sampai ke pengetahuan senior-senior dorang hingga si W ni merasakan namanya telah busuk di kalangan senior-senior dia. (Sebelum-sebelum ni wangi ke cik adik?*Nia sakit hati*) Tak lama selepas tu, dia pun sms la adik Nia bertanyakan soalan-soalan seperti:

1) "Zack, ko ada masalah ke dengan aku? Kalau ko tak puas hati tak dapat ikut ke yogya, cakaplah jangan pi mengadu kat abang-abang senior! -W-"

Adik Nia tak dapat membalas sms-sms tersebut kerana hp buat hal. Masa ni juga hp nak buat hal! Selepas tiada balasan, sms kedua pula diterima.

2) "Kenapa ko tak reply message aku? Ko takut? Tak tahu nak cakap apa dah?"

Untuk pengetahuan anda, message pertama dihantar menggunakan hp senior (budak ni rapat dengan senior, adik saya langsung tak rapat dengan senior especially lelaki. Macam mana dia boleh buat tuduhan sebegitu? Tak adil kan? Sungguh tak adil.) Sms kedua baru si W guna hp sendiri.

Continue. Selepas kejadian itu, adik Nia sakit hati sangat and takut nak jumpa kawan-kawan dia lagi. Datang kelas paling lambat dan keluar kelas paling cepat. Kat sini dia ada sorang je kawan rapat dan kawan rapat dia pun perangai sama macam dia penakut. Pada suatu hari, si W tunggu adik Nia kat luar pintu makmal sampai adik Nia keluar. Masa adik saya keluar dia pun serang;

W : Zack, aku ada benda sikit nak cakap dengan ko.
Zack: (Diam je).
W : Ko ni kenapa? Ko tau tak yang nama aku dah busuk
di kalangan senior-senior? (Dengan perasaan marah sambil jari ditunjuk-tunjuk ke muka adik Nia, anda rasa bengang tak?) Ko siapa nak kena berjemput-jemput ke yogyakarta tu? Ko ingat ko tu puteri?

Selepas semua kemarahannya dilemparkan, terus dia hulurkan tangan untuk berjabat dengan adik Nia. Adik Nia menyambut sambil menjawab, "Aku tak bagitau siapa-siapa pun". Dengan sepantas kilat tangan adik Nia ditepis dan 1 soalan telah diajukan. "Ko bagitau aku siapa yang bagitau?" Adik saya yang tersangatla naif nya diam tidak mahu menjawab kerana walaupun dia tahu siapa penyebab semua perkara itu berlaku, dia tidak mahu pelaku tersebut dimarahi sama seperti dia dimarahi. Baginya percuma saja dia dimarahi kalau orang lain juga kena sama. Owh adik, baik sungguh hatimu.

Apa jadi pada si Y? Hah ni sekor yang hampeh. Lepas kejadian tersebut, dengan perasaan tidak bersalahnya boleh tak dia sms adik Nia bagi pendapat. Dalam sms nya berbunyi:

"Zack, aku rasa dalam kes ni dua-dua orang salah. W salah sebab tak ajak ko pergi yogya, tapi ko salah sebab nak orang berjemput baru boleh pergi macam puteri raja plak. Sepatutnya ko kena ada inisiatif sendiri nak pergi".

Budak ni aku sekeh karang tak pasal-pasal makan pelempang. Orang tak minta pendapat nak bagi pendapat, lepas tu menyakitkan hati plak. Nia tengah emosional sangat ni. Bengang tahap gaban. Cuba bayangkan perasaan adik Nia? Lama-lama si Y ni pun perasanla yang adik Nia tak reply semua sms-sms dia, tak pandang dia langsung dalam kelas. Sampai 1 tahap, masa si Y datang ke rumah adik Nia, dia tak buka pintu sebab dia masih belum boleh dapat maafkan si Y. *untuk pengetahuan, ini sudah kali kedua si Y menganiayai adik saya. Tak boleh jadi ni!* Si Y memberi coklat sebagai tanda maaf dan macam-macam lagi la. Adik Nia gagal untuk semua paper ketika itu. Kesian sangat dekat dia sebab tak dapat study. Asyik menangis sorang-sorang. Nasib paper dorang boleh repeat dalam bulan tu juga so tak adala kena repeat year. Adik yang masih kesakitan hatinya akhirnya mengalah lama-kelamaan walaupun tidak sepenuhnya. Sayang, I know how do you feel, and I know how hard you have been survived all alone in other country. You are a strong girl. You can even be stronger if you have gone through all the pain. If you fall, wake up again and again. Our family will always be by your side. *menjadi sebak tiba-tiba*

Keistimewaan adik saya. Owh cerita tadi tak habis lagi. Ending dia pun menunjuk kan keistimewaan adik saya. Dia telah berkawan baik dengan mereka walaupun hatinya masih ada rasa sakit. Adik saya penuh kecintaan. Namun kecintaannya belum diberi kepada mana-mana lelaki. Dia hanya mengabdikan diri pada Penciptanya. Adik saya cantik, rajin, bijak, baik hati dan segala kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya membuatkan saya rasa bangga dengannya. Begitu juga keluarga dan saudara mara. Dia bijak menjaga diri apabila berada di negara orang, menutup aurat apabila keluar dan membataskan diri ketika bersosial.

Nia harap, adik-adik Nia akan bahagia di dunia dan akhirat. Amin...


Ada rupa Nia tak?

Dia cantik kan?

No comments: