Saturday, December 5, 2009

Tanggung jawab seorang anak

Alhamdulillah akhirnya saya telah selamat tiba di rumah walaupun di dalam fikiran dan hati risau sekiranya berlaku kemalangan dalam perjalanan saya. Mungkin ini kesan daripada kemalangan yang menimpa rakan sekolah saya dahulu dan daripada pembacaan saya di dada akhbar sekarang ni (ceh skema giler ayat! Ini entry serius ok? So baca dengan serius juga bersesuai dengan tajuk di atas). Memangla ajal maut di tangan tuhan dan kat mana-mana pun kita boleh mati tapi mintala dijauhkan dari kemalangan sebab orang kata mati kemalangan ni tak baik wallahu`alam. Namun begitu, sahabat saya Fatimah@Tim yang meninggal akibat kemalangan adalah seorang yang baik, sangat disayangi semua namun Allah lebih menyayanginya. Oleh itu, Allah memanggil kembali sahabat saya itu ke sisi-Nya. Harapan saya biarlah saya dapat membalas jasa semua orang yang telah berbakti kepada saya terutamanya mak dan abah yang telah mendidik saya sehingga menjadi gadis yang cantik dan terpelajar ini (puji diri sendiri nampak?).

Berbalik kepada perjalanan saya ke kampung halaman, Alor Star Kedah, saya tiba di Shahab Perdana lebih kurang pukul 5.15a.m dan dijemput oleh adik lelaki yang berumur 17thn. Pada mulanya saya agak pelik kenapa abang kata nak dating ambil sedangkan dia baru selesai menjalani pembedahan. Mungkin abah yang akan menjemput kerana kebiasaannya abah akan menjemputku di terminal bas. Saya yang hampir tiba di terminal masih mendapat panggilan dari abang bertanyakan lokasi saya. Tanpa berfikir apa-apa saya pun menunggu sesiapa saja yang datang menjemput. Rupa-rupanya adik yang tiada lesen namun cekap membawa kereta memandu manakala abang berada di sebelah.

Saya pun bersuara, “baru nak tanya camna nak ambik tengah sakit-sakit camni? Bukan ka abah yang selalu ambik napa tak ambik lak arini?”

Adik pun menjawab, “abah sakit”.

“Hah sakit? Sakit apa?”

“Angin tetiba”.

Saya yang kebengongan pun menyambung lagi, “Napa lak pepagi camni nak angin?”

Adik balas, “sakit angin dia tula datang balik,”

Ooooo baru saya faham kali ini maksud sakit tu. Abah memang selalu kena sakit angin dan apabila menyerang abah akan jadi sangat lembik, nak buang air besar dan akan pitam (bukanla pitam sangat pun tapi tak bermaya la). Masa mula-mula kena dulu mak takut sangat sampai menangis then panggil jiran sebelah. Kitorang pun bawa abah ke hospital dan abah ditahan di wad. Tapi, bila dah biasa, mak dah okey boleh handle. Abah pun dah taknak di bawa ke hospital sebab dia dah tau camna nak recover sendiri. Abah kena berehat sampai dia okey. Saya kagum sangat dengan mak yang sangat menjaga kebajikan abah. Mak sanggup mencuci najis abah, sanggup mengangkat abah yang berat dan menjaga makan minum suaminya dan bersabar setiap kali dimarahi. Bolehkah saya jadi macam mak? Bolehkah saya bersabar dengan semua masalah?

Adik lelaki yang bakal menduduki SPM pada tahun ni telah berubah menjadi sangat rajin. Dah rajin solat hajat, baca buku selepas subuh dan ulang kaji pelajaran. Mungkin dia ada aim tersendiri nak memasuki university seperti kakak-kakaknya ataupun mungkin dia ingin sedar tanggung jawabnya sebagai seorang pelajar. Walaupun saya agak terkejut dengan apa yang berlaku pada hari ini namun saya tetap menerimanya dengan hati yang tabah. Tanggung jawab mak yang berat selama ini, akan saya pikul separuh kerana saya telah bercuti. Nasib tetiba membuat keputusan untuk balik awal kalau tak kesian mak, mana nak menjaga suami dan anak yang sakit, kemas rumah lagi, memasak..

Tugas saya selepas ini, menghantar abang ke hospital setiap hari untuk cuci tempat yang telah dibedah, memasak dan mengemas rumah serta menjaga kedai abang yang diuruskan oleh abah sementara waktu. Saya juga akan membantu adik yang bakal menghadapi SPM beberapa hari lagi. Seronoknya dapat mengharungi pahit getir kehidupan bersama keluarga. Semoga suatu hari nanti anak-anak saya juga memahami tanggung jawab mereka terhadap saya. Keluarga hanya satu, jadi hargailah keluarga selagi kita masih mempunyai keluarga. Sayangi keluarga seperti anda menyayangi diri anda sendiri.

Written on 15/10


No comments: