Saturday, December 5, 2009

20/11- Abah balik rumah jemput saya ke hospital menjaga atuk

Pagi tadi abah call saya memberitahu mahu menjemput saya ke hospital menjaga atuk yang sakit. Mulanya saya ingatkan serius keadaan atuk tetapi abah cakap saja nak ambil saya untuk menggantikan mak yang perlu juga berehat. Saya pelik juga kenapa anak-anak yang lain tak jaga? Cucu yang tinggal di kampung kan ada, kenapa tak minta tolong dorang jaga? Keluarga sebelah mak memang macam tu kalau bab sakit ni harapkan mak saya juga yang jaga, anak-anak yang lain datang melawat je mungkin nak tunjuk muka, nak harap menantu lagi la taknak tambah pula mak anak perempuan tunggal, yang lain-lain semua lelaki. Abah saya pun sama taktau juga jaga orang sakit. Tetapi adala seorang sepupu iaitu Kakjah setiap hari datang melawat dan menjaga atuk bersama mak. Mak pun tak harap orang lain jaga sebab nanti ada yang mengungkit atau bercakap benda-benda yang menyakitkan hati. Mak cakap kalau tak ikhlas jangan buat, mak saya tak kisah jaga seorang diri walaupun berapa lama atuk sakit. No heart feeling. Dua malam di hospital, kami pun membawa atuk pulang ke rumah kerana doctor mengesahkan kuman telah merebak ke dalam peparu atuk. Memang atuk tak dapat diselamatkan lagi. Kami pun tak mahu atuk menjalani pembedahan kerana atuk telah tua dan kami tak mahu dia menanggung bebanan yang berat. Tambahan pula, atuk memang tak mahu doctor melakukan apa-apa kepada dia walaupun memasukkan wayar ke dalam badannya.

Orang cakap, seseorang yang ajalnya sudah makin dekat, badannya akan kesejukan, berpeluh-peluh dan akan sihat untuk beberapa ketika. Atuk saya mempunyai simtom-simtom tersebut tetapi kami tak sangka akan sekejap tu dia akan meninggalkan kami. Atuk bercakap benda merepek-repek haritu. Kami pun dah bersedia dengan situasi tersebut, semua sedara mara dah diberitahu dan mereka pun pulang dengan segera kecuali adik saya yang berada di Bali dan abang yang berada di Sabah. Saya agak terkilan kerana tak ada bersama ketika atuk menarik nafas terakhir. Saya berada di luar rumah bercakap dengan maklang ketika itu baru setengah jam saya dan sepupu-sepupu meninggalkan atuk di tempat tidurnya. Kami ingatkan atuk ok sebab kami baru ja lepas mengurut dia. Tidak disangka benar kata orang bahawa orang yang dihujung nyawanya akan nampak sihat sebelum pergi meninggalkan kia buat selamanya. Ketika itu, ramai juga yang telah meninggalkan tempat tidur atuk. Ada yang pergi makan nasi, ada yang keluar dan ada juga yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana atuk memang Nampak ok. Namun seorang sepupu juga berpesan, jangan tinggalkan atuk walau seketika ajar dia mengucap sehingga hujung nyawanya. Sepanjang hari aku membaca yasin dan al-quran. Mendengar bacaan talkin di tanah perkuburan memang menakutkan, menyeramkan dan menginsafkan. Semoga roh atuk tenang di sana kerana atuk mampu mengucapkan kalimah syahadah di saat akhirnya bahkan sepanjang dia menahan kesakitan pun tak henti-henti dia mengucapkan kalimah syahadah.

Kenduri arwah diadakan selama tujuh hari berturut-turut. Sepanjang masa saya sangat sibuk. Kawan-kawan yang ingin datang ke rumah juga terpaksa ditangguhkan. Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah dan meneruskan kerja masing-masing. Kami akan pulang ke kampung semula untuk kenduri arwah 2 minggu selepas habis tahlil.

No comments: