Saturday, December 5, 2009

Jadilah anak yang baik (17 November)

Hari ni rutin harian agak berbeza berbanding tiga hari yang lepas di mana hari ini saya tak perlu menghantar Bangcik ke hospital tapi membantunya membuka kedai awal pagi dan menjaga kedai tersebut sehingga abah pulang dari bacaan yasin di sekolah adikku yang bakal menduduki SPM pada esok hari. Esok pun mungkin sama kerana kedua ibu bapaku akan pulang ke kampung untuk menguruskan hal rumah yang dibina di sana.

Tengahari tadi, sepupu saya Kakjah menelefon bertanyakan diri saya. Memandangkan saya sedang bercuti semester, kakjah bertanyakan sama ada saya mahu mengajar tuisyen di kampung. Cikgu yang mengajar tuisyen di sana baru menerima cahaya mata jadi agak sukar baginya untuk mengajar budak-budak. Sudah dijangkakan, abah tidak membenarkan saya berbuat demikian dengan alasan mahu saya berada di rumah. Abah yang sentiasa mahu anak-anak berada di sampingnya menyebabkan kami sukar membuat keputusan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang saya lakukan tanpa pengetahuan abah. Maaf abah kerana sikap abah yang terlalu dominant, kakak terpaksa menyembunyikan beberapa perkara dari pengetahuan abah.

Akhir sekali, semoga banjir yang dialami di Kedah akan surut dan segala bencana yang berlaku akan dijadikan iktibar oleh semua. Tak sabar nak masuk semester 6, eceh tetiba.

No comments: