Tuesday, June 29, 2010

Can’t take my eyes..

How to describe SMK Telok Mas? I have been assigned to do my teaching practicum at Sek Men Keb Telok Mas, Melaka. It was located near to SMK Sharifah Rodziah which you have to take the road to Pekan Kandang. If you go straight away, you may reach Muar hahaha..It takes about 20 minutes from my house to the school without traffic jam. This school is not that large. It only has 4 buildings and there are also hostels provided for the students who want to stay in. The scenery at this school is so beautiful. There are many facilities provided for the students to learn better. I’m very attracted to one corner which called “Bilik Hidup Merana”. It sounds terrible isn’t it? This corner is opened to tell the students of how dangerous HIV can be. Students will be exposed to the consequences of involving in drugs and pre-marital sex.
How about the teachers? Teachers here are very nice and friendly. However, we still have the gap since many of them are seniors but we respect each others. During the school orientation period, my friends and I have nothing to do. We feel so bored and keep moving here and there. Mesti cikgu-cikgu lain menyampah tengok huhuhu..

Today is my first day teaching. I have to teach Form4 Omega and Form1 Arif. Things are going smooth and fine but I'm quite surprised when I planned to teach literature to the students, they didn’t bring their books. How to teach? So, in a few minutes I tried to think of something else. Nasibla tetiba idea ada... Kelam kabut jugala..Rasa nak pitam pun ada..Hahaha..
 Anda nak jadi cikgu? Think about it again and again okay...
 SMK Telok Mas, Melaka



Staff Room

Tuesday, June 22, 2010

Life as a teacher..

My second day as a teacher..Perkara yang paling excited adalah apabila dipanggil cikgu oleh makcik kantin dan pelajar-pelajar. Even cikgu sendiri pun panggil saya cikgu juga. Wah soo good!!Belum start mengajar lagi. Hopefully by next week dah dapat jadual. Wish me luck!

Sunday, June 20, 2010

Ros yang kesekian kali..


Rose is my favourite flower for the time being because I always receive that flower from half of my heart. Even baru-baru ni I had to pay for my own flower because he forgot to withdraw his money, but the intention he has I appreciate most. Sayang sangat sweet dan comel! My sayang nak bawa saya ke China pula selepas ni. Yeayy!!


Thursday, June 17, 2010

Seronok ke kahwin?


Kepak-kepak, kebung-kebung (sila bayangkan bunyi kompang ok).. Cuti-cuti sekolah ni, kita patut mempunyai hobi mengumpul kad kahwin dan pergi jemputan tersebut, setuju tak? Mana taknya, sehari sampai 2 3 buah rumah ada kenduri kahwin. Pernah sekali tu sampai 5 jemputan yang saya dapat. Statistik bagaimanakah zaman sekarang ni? Ramai orang yang kahwin muda ke, orang dah semakin ramai kat dunia ni? Ke orang sekarang dah tak tahan nafsu? Kalau kita tengok purata orang kahwin mostly berumur antara 19-26. Tak ke masih muda tu? Kalau untuk mengelakan maksiat, Alhamdulillah..tapi kalau setakat seronok-seronok lepas 2 3 tahun bercerai, baik tak payah. Menyusahkan lagi adala! Ada sesetengah orang tu, hutang kahwin pun belum habis bayar, dorang dah bercerai. Apa kes? Berkahwin ni biarlah ikhlas dan betul-betul bersedia. Jangan sebab cinta bagai nak gila, terus buat keputusan nak kahwin. Kena la fikir perjalanan hidup selepas berkahwin. Contohnya, lepas kahwin nak tinggal kat mana? Budget lepas kahwin macam mana? Gaji banyak ni cukup ke nak tampung perbelanjaan seharian? Kalau ditakdirkan ada anak selepas ni macam mana? Gaji cukup nak tampung untuk berapa orang anak? Kalau suami isteri bekerja, siapa nak jaga anak dan nak kemas rumah? Mak ayah sebelah mana kena jadi priority? Banyak lagi sebenarnya soalan yang anda kena fikirkan sebelum kahwin sebab setiap individu mempunyai rezeki dan dugaan masing-masing. Jadi adakah anda betul-betul bersedia memikul tanggungjawab yang sangat berat??

Kebanyakan rumahtangga yang bergolak (mempunyai masalah) adalah berpunca daripada kewangan yang tidak stabil. Kes ini sangat serius dan kalau korang baca paper, banyak isteri yang merana disebabkan suami tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk keluarga. Dahla takda pendapatan tetap, pastu boleh  pula buat jenayah merompak sana sini, ragut, pecah rumah dan yang paling tak boleh blah hisap dadah.

Yang kedua adalah masalah tidak setia/tidak menghargai pasangan masing-masing. So, reason yang kata nak kahwin sebab cinta bagai nak gila tu macam mana? Cinta ke, orang yang gila? Banyak kes suami atau isteri curang kepada pasangan masing-masing. Sebab tu banyak sangat kes dera pasangan, kes cemburu, dan yang paling dahsyat sampai sanggup membunuh. Dorang ni tak takut azab Allah ke? Kat dunia pun Allah dah tunjuk, kat akhirat nanti taktaula macam mana. Berdosa besar kot! Nauzubillah..

Jadi kepada pasangan yang nak berkahwin ataupun yang dah berkahwin (eceh macam ada pengalaman  je), fikirla semasak-masaknya. Nak kahwin ni perlu la ada rasa hormat antara satu sama lain, saling mempercayai, tolong-menolong, berbincang tentang jalan penyelesaian jika ada masalah dan sedarlah status diri anda. Hiduplah berlandaskan ajaran yang benar supaya kamu tidak sesat. Jika sesat, bertanyalah kepada yang pakar dan bukan orang yang sesat juga.

 Cinta terlarang haha..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =D

Tuesday, June 15, 2010

Kasut terbaik untuk diri sendiri..


Have you heard a phrase that say, "Everybody should have one pair of shoes that can make him/her looks charming?" Saya dengar ayat ni lama dahulu, tak ingat quoted by whom tapi that girl said, “seseorang wanita (refer to women because women like these kinds of stuff ok?) mesti memiliki sepasang kasut yang apabila dipakai kelihatan seperti Cinderella kerana kasut juga lambang keyakinan seseorang pemakai”. Kalau tak jumpa macam mana? Eh carila sampai jumpa..adoii!!

Tetiba cakap pasal kasut? Dah jumpa ke kasut cinderella anda tu? Hahaha..Belum tapi saya penggemar kasut. Jadi banyak kasut yang saya dah beli. Semester lepas, saya dah buang satu plastik beg kasut yang dah lama dan ada yang dah rosak. Puas hati heh!

Yesterday, I bought another new pair of shoes for my practicum day. Our lecturers keep remind us to wear full covered shoes during the practicum so saya pun pergi la keliling satu mall cari kasut hitam bertutup yang skema tu. Memang tak minat sebenarnya beli kasut yang skema-skema ni tapi kena buat spare la juga kan dah peraturan kata macam tu. Cari punya cari at last jumpa juga satu kasut yang saya sedikit suka. 


Kasut ni sangat comfortable especially tak melecet kaki bila pakai. Kita selalu ada masalah melecet kaki kalau pakai kasut bertutup kan? Pernah tak anda dengar orang kata “Gigit dulu kasut tu sebelum pakai supaya kasut tu tak makan tuan”. Hoh very ridiculous! Kasut tu bernyawa ke nak makan tuan? Kurafat sangat percaya benda-benda karut tu semua. I admit la pernah juga buat dulu-dulu masa zaman jahiliah tapi sekarang dah bijak ok. Yang penting kasut from Alain Delon ni sangat selesa dan tak melecet. Tak lenguh juga even tumit 2”.

Memandangkan sekarang ni tengah sale, banyak kasut yang dah sold out. Tambah plak untuk orang yang berkaki comel macam saya ni (eceh). Saiz 4 or 5 tu memang cepatla habisnya. Jadi, jangan lepaskan peluang kalau jumpa kasut yang sesuai dengan anda ok. Beli la kasut yang anda rasa sesuai dengan anda dan mengikut kemampuan sendiri okeh. (Diri tak mampu pastu minta duit kat bf,,eeee tak malu@kata kat diri sendiri)

Saturday, June 12, 2010

I am so so HAPPY!!!!!!!!!!

Seriously I am damn happy today. You wanna know why? I got my result and I pass all the papers!!! Yeayyyy.. Eleh itu pun nak kecoh? Mungkin bagi anda itu adalah perkara biasa, tapi saya memang sangat nervous pasal result exam kali ni. Dahla website UiTM buat hal masa pengumuman exam 2 hari lepas, lagi la saya tertekan. Yang saya tahu, berdoa sebanyak mungkin. Mungkin sabab final aritu I couldn't do well. Paper yang I hope lulus atas line rupa-rupanya dapat better than that. Thank God! Syukur Alhamdulillah.. Habis semua kesakitan, kemarahan dan nervous dalam diri terhadap semua orang dan perkara. Betapa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Berkuasa. Hanya satu saja yang saya minta tapi semua Dia bagi. Kegembiraan, kelegaan dan kepuasan. Nak tahu tak, pointer saya juga meningkat tau! Memang sangat-sangat bersyukur.

Friday, June 11, 2010

Cantik kah layout baru saya?

To be honest, I don't really like my new layout. Space dia nampak besar. Macam susah je nak kena scroll ke kiri, ke kanan. Even the old one looked agak skema tapi nice juga la kan? Okayla sikit pun mesti ada kan? Saya sajala nak edit sikit-sikit pastu bila tengok ada design baru nak test la cantik ke tak.. I tried to change back to the previous one but it has disappeared. Omaigod! Macam mana nak buat ni? Anyone can help me? LWH cakap okla..Tapi taktau "ok" dia tu macam mana. How about you alls??