Sunday, January 31, 2010

Another person left the world..

He is in memory
Mr Ishak B. Ismail (1963-2010)

This time is my coordinator. He was a good lecturer and did lots of contributions to us especially TESL students. We used to called him "sir". Sir was graduated from America (not sure which uni) and had married with 3 children. He died because of heart-attack about 3.30a.m. this morning. He said his last word on the way to Hospital soon the family noticed his pain. He is only 47 this year. Sad T______T

Sir, have we told you that you are a great teacher to us? Of course we don't because we never expect this would happen to you. When I heard this news, the thing that came to my mind was, how's your wife would be? All of us know that you such a romantic and lovely husband. You sang a song on public just to dedicate to your wife and always need her all the time. You had said "I only wait for my wife" whenever we asked you to wait if you talk to fast during the lecture. Sir, you know how strong your wife and you children just now? Though she cried but she never leave you alone. Sir, for your information that was my first time doing "Solat Jenazah"? Just for you sir, I've tried my best. I'm already 23 years old but that was my first time doing that pray. How pathetic I am.

Sir, thank you for helping me to get SLTP scholarship. Without you, I will not step into the interview. During his life, he never show off or lives like rich people. He was very moderate and like to help people. We can see that during his funeral where there were so many people came to give their last respect. Sir, may you rest in peace. Amiin.

With our late coordinator

Saturday, January 30, 2010

Masa berkualiti bersama roomate...=D

Hari ni saya cuti. Yeay sengaja cuti sebab nak pergi bercuti! Setelah berfikir dan mengalah itu ini, akhirnya kami decide ke A famosa Water World sebagai pengalaman bagpackers kali pertama. Kami merancang untuk bertolak pada pukul 8.00a.m. namun disebabkan kemalasan saya dan roomate waktu 8.00a.m. diinjak ke 10.00a.m. iskh2.. Kami ke terminal bus untuk menaiki bas ke Alor Gajah (A famosa waterworld terletak di Alor Gajah). Dengan penuh yakin kami pun tiba di sana sebelum menunggu bas untuk ke Waterworld. Orang kata malu bertanya sesat jalan so sebab taknak sesat, saya pun bertanyala pada akak kedai baju di stesen bas Alor Gajah tu pasal bas nak ke waterworld Akak tu jawab bas ke sana jarang ada kena naik teksi. Pulak dah? Eh kitaorang berlima ok mana boleh naik teksi berlima. Satu teksi rm20 untuk jarak yang lebih kurang 15 minit. Mahal tau! Setelah berfikir, roomate saya cakap tukar plan la. Ikut plan kedua. (Kawan-kawan, kita mesti ada banyak plan ok kalau nak buat sesuatu supaya kalau plan 1 tak jadi, at least ada backup so takdala jadi kelam kabut. Roomate saya nak sangat pergi Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh yang mana saya pernah pergi dulu. (Saya ni memang kaki jalan so banyak dah tempat yang saya explore). Tetiba Faiz(salah seorang yang ikut bagpackers ni), memberi idea untuk pinjam kereta pakcik dia yang tinggal dekat Alor Gajah tu. Setelah mendapat permission dari pakciknya, kami pun pergi la ambil kereta tersebut. Pakcik dan makcik dia takda sebab pergi kerja jadi ambil je kereta tersebut terus blah. Hampeh kan? Habis nak tunggu pakcik dia balik alamatnya pukul7 malam ler.. Kami pun terus ke A famosa Waterworld yang dipandu oleh saya. Laju okek! Akhirnya kami berjaya tiba walaupun satu A famosa tu kami pusing sebab tak jumpa pintu masuk dia. Nasib tak parking kat hotel yang kami jumpa mula-mula, tak naik bas or teksi kalau tak jauh beb nak jalan masuk. Ko tak percaya nasib ler. Lebih kurang 1 jam kot perjalanan nak masuk, tu pun kalau tak sesat. Dah masuk weh tiket RM40 okeh including food+drink. Kami memutuskan untuk makan dulu sebelum bermain air. Sewa pelambung Rm10 each. Kami main dari kul3-5p.m. Saya ni tak tahan sangat main air lama-lama cepat bosan kot. Dah bermandi-manda dari glide yang rendah sampai yang tinggi kami main. Pastu saya pun cakap, "Jom naik, bosanla. Kita tukar baju and bergambar lak nak?" Bila yang lain-lain setuju, kami pun naik. Sempatla try lagi glide-glide yang pernah kami naik sebelum tu. Dah penat sangat, kami pun balik. Around 7.00p.m. kami naik bas ke Melaka Central. Sebelum tu gi pasar malam dulu kat Alor Gajah. Sampai rumah dah pukul 8.30p.m. Mengantuk sangat, perancangan nak ke jonker walk ditunda keesokan harinya. We have such a great time today! Next week maybe ke Taman Mini Malaysia untuk memenuhi impian Dilah. Tungguuuuuu...
Ok pic untuk trip kami hari ini:

With Faiz and His GF



With Dilah my roomate


Thursday, January 28, 2010

Sayang I miss you...

Every morning, every night and everyday I miss you. Dear, thanks for everything. Will never stop saying this for all that you have done.

Monday, January 25, 2010

I'm engaged?

Nonsense! Kawan-kawan, I'm not engaged yet! Plan to, yes I did. Tapi taktau bila. Mungkin tahun depan or tahun-tahun akan datang. Semuanya bergantung kepada jodoh. Lagipun saya masih belajar so tak mungkin saya akan bertunang dalam masa terdekat ini setidak-tidaknya sehingga saya habis belajar. Dengan siapa pun belum tahu lagi. Kalau dengan bf sekarang Alhamdulillah tapi kalau bukan jodoh saya dengan dia, saya redha jela. Janji saya kahwin (*sign*). Kawan-kawan, kalau saya nak bertunang apatah lagi nak kahwin, saya mesti jemput anda semua paling kurang pun saya akan bagitau awal-awal so jangan risau ok! Di facebook tu hanya suka-suka saja manatau ada lak yang terperanjat dan memberi respond kepada status tersebut. My Bad T______T Kawan-kawan saya masih SINGLE eh maksudnya belum bertunang la. Karang bf fire lak mengaku bujang. So selagi saya belum sms or bagi kad jemputan dan tidak meletakkan gambar pasangan saya maknanya saya masih belum terikat ok!

Saturday, January 23, 2010

Abah I Love U

Hari ini saya habis kerja pukul5. Seperti biasa saya akan pulang lebih lewat kerana terpaksa habiskan semua kerja sehingga selesai. Cuaca ok namun sampai di separuh jalan lebih kurang 400m dari rumah hujan pun turun. Aiyok! Nasib bawa payung tapi hujan pula menggila. Boleh lak nak lebat-lebat time saya balik kerja ni ishk. Nak tak nak, terpaksa la berhenti sekejap kat kawasan berbumbung. Disebabkan hujan masih tidak surut, saya pun mengambil keputusan untuk redah je. Dah tak jauh pun dari rumah tapi basah lencun juga la seluar saya. Baju masih dalam keadaan terkawal kalau tak sexy you all. Bila sampai je rumah, saya terus mandi dan basuh baju. Yela esok nak kerja lagi. Dalam perjalanan tadi sempat juga terfikir untuk berhenti kerja. Ditambah pula, manager kami akan berpindah ke outlet lain. Memang satu amalan setiap tahun, manager akan berpindah dari satu outlet ke outlet yang lain. Dengar kata, manager baru nanti leceh sikit. Habisla kitaorang. Kalau madam Aishah, boleh lagi nak bertolak-ansur pasal jadual kerja. Tapi kalau dah berhenti kerja camna nak survive nanti? Dalam masa yang sama, saya teringat pengorbanan ayah saya yang telah bersusah payah mencari duit dengan bekerja siang malam dan kadang-kadang membuat OT. So, kalau berhenti kerja mesti kena minta duit dengan abah balik. Kesian abah. Taknakla susahkan abah lagi. Abah dah tua perlu berehat dan bersenang-lenang. Zaman muda-muda abah dulu pun tak mewah. Nantila saya fikirkan sama ada nak berhenti ke tak. Lagipun buat masa sekarang ni rasanya masih boleh handle everything. Walau apapun, saya takkan minta duit dari abah. Saya dah besar dan tahu berdikari. Semoga Allah memudahkan segala urusan saya di dunia. Amin...

Thursday, January 21, 2010

Annual Dating

My annual dating was held in Genting. Why I called it as annual dating? Sebab setiap tahun pun pergi Genting. Sampai kawan pun asyik kata, "ko ni takda tempat lain ke nak pergi?" HAHAHA. Apa-apapun setiap kali ke sana hati mesti gembira. Kalau tak ada hal, saya akan singgah ke Shah Alam menemui kawan-kawan di sana. Namun kali ni, saya akan berfikir panjang setiap kali nak turun Shah Alam kerana leceh sangat. Serius leceh especially kalau nak ke Seksyen17. Tapi perjalanan mesti dari KL dan menaiki bus ok? Ni untuk orang yang sukakan cabaran dan tabah macam saya la erm.. Disini saya sertakan gambar terbaru di Genting ok. Selamat bergembira.



Wednesday, January 20, 2010

New bagpack from Adidas..

I love this so much as much as I Love You...
Eh no I Love U more
=D

Holiday in Singapore..

Last 2 weeks, I went to Singapore for a short holiday. Pergi 2 hari je 8-10/1. Actually we (my friend and I) had planned to go there, however, we had not decided yet when to go there. Sekejap-sekejap cakap nak pergi 8hb, then tukar pulak ke 15hb. Ada gak kami plan nak pergi 22hb. Akhir sekali, kami pun sebulat suara jadi ke sana pada 8hb/1. This was because her sister-in-law wanted to go together. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada kawan saya Ila kerana telah memudahkan perjalanan kami di sana. Kakak ipar Ila ada seorang kawan yang bekerja di Singapura dan kami telah menginap di rumah beliau sepanjang kami berada di sana. Bukan itu saja, beliau juga telah menjemput kami di Johor Bharu ke Singapura dan menyediakan segala kelengkapan sepanjang kami berada di sana. Bayangkanla sampaikan duit makan dan perjalanan kami pun dia yang support. Beruntungnya kami! Duit yang kami bawa hanya digunakan untuk shopping sahaja. Membeli-belah di sana memang murah namun begitu, saya masih rasa di Malaysia lebih seronok untuk membeli belah dan bersuka ria. Banyak tempat yang telah kami kunjungi di sana seperti Pusat membeli-belah Vivo City, Sentosa Island, Triple Tower yang dalam pembinaan dan Mustafa Centre.

Pose budget

Pengalaman yang dapat dilupakan adalah masuk Singapura sebanyak 2 kali untuk 3 hari di sana. Kami masuk Singapura pada mulanya 8hb. Keesokan harinya, kami balik Jb untuk menyambut kelahiran ibu kawan saya. Kemudian pada malam itu juga jam 12 tgh/mlm kami kembali ke Singapura. Rasa macam hebat giler dapat keluar masuk Singapura setiap hari. HAHAHA. Terima kasih banyak-banyak buat Kakak ipar Ila dan sahabatnya. Next time kalau tempat saya, pasti saya akan layan akak semua dengan baik sekali. Sampai di sini dulu.
Next vacation: Kota Kinabalu & Kuching

Bersama cucu lion (ok I admit I sangat pendek!)

With friend Ila


From back: Sis-Zakiah, Ila n I

Sunday, January 3, 2010

Bodek Manager...

Selamat tahun baru!!! Yeay saya dah berumur 23 tahun. Azam pada tahun ini seperti biasa untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan kontroversi hahaha.. Isnin ini saya akan masuk kelas seperti biasa cuma lainnya saya akan menjadi pelajar tesl part 6 so lagi tahun depan akan tamat belajar Insyaallah. Hari ini saya habis kerja pukul10 malam dan dihantar oleh pengurus saya seorang wanita beranak 3 yang masih muda dan cantik (ulangan WANITA -kena highlight sikit sebab akan ada yang cemburu lak nanti), ada ke?

Kalau balik dengan madam (manager saya tu), memang takkan dapat balik awal la sebab dia banyak kerja kat pejabat. Then, kami akan ke uptown or lepak-lepak jap. Banyak giler benda yang kami bualkan dari bab pekerja pizza sampai la pengurusan pizza. Banyakla benda yang saya belajar dari madam. Madam dan saya sefahaman sebab kami suka bergosip hahaha tapi tak sampai memfitnah ok? Fitnah itu berdosa besar.

Dah lewat, saya pun masuk ke dalam rumah, mandi, solat dan online sekejap. Selepas ni nak tidur dah. Buat kawan-kawan semua, selamat menyambut tahun baru. Saya sangat teruja untuk menghadapi suka duka di usia 23 tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar amin.