Saturday, January 23, 2010

Abah I Love U

Hari ini saya habis kerja pukul5. Seperti biasa saya akan pulang lebih lewat kerana terpaksa habiskan semua kerja sehingga selesai. Cuaca ok namun sampai di separuh jalan lebih kurang 400m dari rumah hujan pun turun. Aiyok! Nasib bawa payung tapi hujan pula menggila. Boleh lak nak lebat-lebat time saya balik kerja ni ishk. Nak tak nak, terpaksa la berhenti sekejap kat kawasan berbumbung. Disebabkan hujan masih tidak surut, saya pun mengambil keputusan untuk redah je. Dah tak jauh pun dari rumah tapi basah lencun juga la seluar saya. Baju masih dalam keadaan terkawal kalau tak sexy you all. Bila sampai je rumah, saya terus mandi dan basuh baju. Yela esok nak kerja lagi. Dalam perjalanan tadi sempat juga terfikir untuk berhenti kerja. Ditambah pula, manager kami akan berpindah ke outlet lain. Memang satu amalan setiap tahun, manager akan berpindah dari satu outlet ke outlet yang lain. Dengar kata, manager baru nanti leceh sikit. Habisla kitaorang. Kalau madam Aishah, boleh lagi nak bertolak-ansur pasal jadual kerja. Tapi kalau dah berhenti kerja camna nak survive nanti? Dalam masa yang sama, saya teringat pengorbanan ayah saya yang telah bersusah payah mencari duit dengan bekerja siang malam dan kadang-kadang membuat OT. So, kalau berhenti kerja mesti kena minta duit dengan abah balik. Kesian abah. Taknakla susahkan abah lagi. Abah dah tua perlu berehat dan bersenang-lenang. Zaman muda-muda abah dulu pun tak mewah. Nantila saya fikirkan sama ada nak berhenti ke tak. Lagipun buat masa sekarang ni rasanya masih boleh handle everything. Walau apapun, saya takkan minta duit dari abah. Saya dah besar dan tahu berdikari. Semoga Allah memudahkan segala urusan saya di dunia. Amin...

2 comments:

uncle said...

Hi Kak Rain, i ada seorg kawan, dia baik hati, jujur dan ramah orgnya, Dia suka membantu org yg dlm kesusahan, i dah sms u no tel dia kpd u, jgn lupa call dia tau, nama dia 'A Long'

Niazaini.com said...

Xpela uncle,,I xnakla minta tlg org..klu i yg tolong i x kisah..Terima kasih ye uncle sbb recommend kn kwn u tu..