Wednesday, December 8, 2010

I hate the fact that I lose!

Kerugian itu satu kesalahan dan menyedihkan. However, if we know how to handle it wisely, it will not happen again in the future. Berniaga ni bukan sesuatu perkara yang mudah where we have to focus and really committed to develop the business. Untung eugi memang perkara biasa  cuma yang paling ditakuti, jika kita terambil duit haram.Yang dikatakan duit haram tu pula adalah bila kita meletakkan harga lebih dari yang sepatutnya. Berniaga kedai makan la contoh yang paling senang. Mak saya sekarang menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan namun hasilnya agak memuaskan. Tapi apabila saya melakukan kesalahan, saya rasa sangat sakit hati. Abah selalu pesan, "Kalau salah kira yang merugikan pelanggan, esok kita bayar balik tapi kalau menguntungkan pelanggan, kira sedekah saja". Sebagai orang yang sangat giat berbisnes (eceh), saya memang dah terbiasa bab untung rugi ni dan memang tak dapat menahan rasa kecewa apabila rugi sedikit. Sebenarnya takda istilah rugi dalam berniaga cuma untung sedikit atau banyak saja. Kalau salah kira, hari itu punya keuntungan sedikitla tapi kalau kira betul, keuntungannya stabil. Lepas ni bila kuliah dah bermula, mak akan mencari pekerja untuk membantunya. Harap-harap takdala banyak sangat perbezaan harga yang diletakkan agar pelanggan tidak merasa hairan dan terkejut selepas ketiadaan saya nanti.

No comments: