Thursday, March 11, 2010

Home Sweet Home..

Dah 3 bulan tak balik rumah, akhirnya saya membuat keputusan untuk balik pada minggu ini. Now, I'm home hoyyee!!! Dah lama tak naik bas jauh-jauh so kepenatan begitu terasa. Sejuk kot dalam bas. Hampir 9jam berada dalam bas sengal habis tulang-tulang. Keputusan SPM keluar hari ni dan adik lelaki saya merupakan salah seorang yang berdebar-debar menunggu keputusannya. Result tak begitu memberangsangkan namun semua lulus dan ada peluang untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi. Apa-apapun tahniah especially yang mendapat result cemerlang!!

Berjumpa sayang sekejap untuk meminjam broadband. Kat kampung nanti takda internet so kena bawa broadband nak isikan borang UPU adik saya. I MISS you a lot sebab dah lama tak jumpa  (hampir sebulan) walaupun hari-hari berbual di telefon. Sayang membebel di telefon tentang keputusan saya untuk mengisi pilihan course bagi pihak adik. Dia cakap biar adik saya yang membuat keputusan sendiri kerana apa-apa nanti, adik saya tidak akan menyalahkan sesiapa. Erm mungkin betul kata dia. Apa-apapun, assignment mesti disiapkan di mana jua saya berada. Cuti-cuti juga kerja kena buat okay!

No comments: