Monday, March 8, 2010

Apa itu CMS?

Dah 2 minggu tak tulis blog. Banyak peristiwa suka duka berlaku dalam hidup saya. Hari ni pun ada cerita yang perlu dikongsi. Tapi nak start dari kerjaya dulu la. Eceh! Shift kerja saya adalah dari hari Rabu sampai Ahad sebab takda kelas. Rabu tu ada kelas tapi tengahari so saya kerjala pagi. Kalau sibuk saya tak kerja. Jadual kerja sangat fleksible sebab manager sangat memahami. Ni benda baru yang saya nak kongsi dengan anda semua. Pernah dengar tak perkataan CMS? CMS tu singkatan untuk customer mistery service di mana setiap restoran makanan segera ni mesti ada orang untuk evaluate. Tak kira la nak evaluate pekerja ke atau service. Kita tak akan tahu siapa CMS tu sebab dia akan datang macam pelanggan biasa. Tak kirala lelaki ke perempuan, Melayu ke Cina ke India ke, tua atau muda. Banyak aspect yang akan dinilai dan markah penuh adalah 100%. Nak tahu bulan Februari lepas nama saya naik. Maknanya tanpa saya sedar, saya telah berhadapan dengan mistery customer. Hah macam mana prestasi?? Setelah hampir 6 bulan saya bekerja sebagai sambilan, ini adalah kali pertama nama saya naik. Jeng jeng jeng..Markah yang diperolehi adalah 97% yeayyy!!!!! Tarikh customer tu datang adalah 12 Februari iaitu sehari selepas birthday saya dan saya anggap itu adalah antara perkara terbaik berlaku sempena hari jadi saya. Satu pencapaian yang sungguh okay di mana bulan sebelumnya markah yang diperolehi hanyalah 37%. Mungkin sebab pekerja tersebut masih baru dan tak tahu handle customer. Actually, kalau kita bekerja dengan ikhlas, tak kisahla bila pun CMS akan datang kita tak perlu risau. 97% bukanla markah yang paling tinggi ye sebab pernah seorang rider (penghantar pizza) mendapat 100%. Hebat kan? Bulan ini telah meningkat sedikit iaitu 98% tahniah buat pekerja Pizza Hut Digital Mall. Jualan pizza hut digital mall sangat bagus walaupun pada hari-hari biasa.Tak faham kenapa ada orang suka sangat makan pizza? Hujung minggu memang sangat memenatkan kerana pelanggan akan datang berpusu-pusu terutama lunch hour. Pekerja akan menjadi sedikit kelam-kabut melayan customer dan mula merasai ketegangan bekerja. Apa-apapun, tak lama lagi saya akan resign kerana semester hadapan saya praktikal. Kerjaya sebagai guru akan mula dirasai tidak lama lagi. Semoga saya tidak salah memilih laluan hidup ini. Amin.

Sebelum saya terlupa, anda juga boleh menjadi CMS dengan melayari web www.gapbuster.com.my di mana anda akan memperolehi pendapatan sambilan. Semua barang yang anda beli boleh diclaim kembali dan anda akan mendapat lagi wang tambahan sebagai customer mistery. Jadi apa tunggu lagi cepatla memohon!

No comments: