Wednesday, October 14, 2009

Kes Ragut..

Belum habis lagi kesedihan mendengar perkhabaran kehilangan seorang kawan semalam, pagi ini saya melihat pula satu kejadian ragut ketika berjalan kaki ke kampus bersama seorang kawan. Kejadian berlaku pada pukul 8.20a.m. berdekatan asrama siswi. Pelajar tersebut dalam perjalanan ke kampus juga dari rumah sewanya bersama rakan-rakan yang lain. Kumpulan mereka agak ramai namun malang tidak berbau apabila dia diragut oleh seorang lelaki menaiki sebuah motosikal. Saya kurang pasti jenis motosikal lelaki tersebut tetapi dia seperti telah merancang terlebih dahulu sebelum meragut kerana plat motosikalnya ditutup. Kami tidak dapat mengambil plat no tersebut kerana di belakang, peragut tersebut telah menutup no tersebut menggunakan pelekat hitam manakala di hadapan motosikal tersebut ditutup dengan tangannya kerana no plat berada di atas (faham tak maksudnya?) Saya dan kawan yang berada agak jauh di hadapan mendengar jeritan seorang perempuan lalu menoleh ke belakang. Perempuan tersebut terjatuh mungkin akibat ditolak oleh peragut namun tiada sebarang kecederaan. Saya yang menyaksikan kejadian tak tahu nak buat apa kerana dalam fikiran nak ambil no plat saja tetapi telah ditutup dengan sengaja. Saya dapat mengecam wajah peragut tersebut tapi tak dapat membantu. Terfikir juga ingin membaling file yang dipegang kepada peragut tapi takut di apa-apakan pula. So, kepada pelajar berkenaan, saya bersimpati kepada awak dan kepada peragut tersebut, pergi MAMPOS la ko! Hidup nak menyusahkan orang saja. Bertaubatlah wahai orang-orang yang suka melakukan kejahatan kerana neraka yang panas menyala sangat sakit rasanya. Kepada kita yang belum lagi diduga oleh Allah, beringatlah selalu. Jangan mengambil mudah tentang semua perkara.
p/s: Tim masih dalam ingatan..MISS U AGAIN

No comments: