Tuesday, June 9, 2009

Malu Bertanya Sesat Jalan

Pepatah Melayu memang sangat tepat digunakan pada zaman dahulu kala sehingga kini. Apasal tiba-tiba berpepatah lak ni??Confius ke? Lantak korangla.. Go to the main story.

Khamis lepas, Nia dan keluarga pergi menghadiri kenduri kahwin sedara di Seremban. Perjalanan kami tidak mengalami sebarang kesukaran. Kami tiba setelah 6jam lebih perjalanan [termasuk 3 kali berhenti]. Memandangkan kenduri dibuat secara pakatan (iaitu masak sendiri) so memang la sangat memenatkan. Hari kenduri takyah cakapla. Banyak giler benda nak kena buat. Dah habis kenduri lagi la, periuk belanga Nia dengan abangla yang terpaksa menyengtal. Kami berdua kebosanan ketika berada di sana kerana semua sedara mara sibuk dengan kerja masing-masing.(Esok-esok kenduri kahwin aku korang tak tolong memang siapla. Ishk bunyi macam tak ikhlas lak? Hmm..) Kenduri berjalan dengan lancar. Kami pulang sehari selepas kenduri iaitu pada hari Ahad. Sebelum itu, kami singgah di Teluk Intan untuk menghantar makcik saya yang tinggal di sana. So What? Benda tu pun nak cerita ke? Hey,, suka hati saya la. Penat, letih, capet semua la. Dalam pukul 3pm, kami bertolak pulang ke Alor Star. Abah memandu menggantikan abang yang mengantuk. Ini cerita kelakar serius kelakar. Tapi bagi saya la. Orang lain mungkin rasa bosan. Ada saya peduli? Pakcik saya dah bagi plan keluar so kami pun follow la. Sebenarnya tak tau follow arahan or salah dengar arahan. Apalagi asal ada sign board yang KG Gajah instead of Bt Gajah, kami pun follow. Last-last sampai kawasan kampung. Ishk mana highway ni? Plan mula-mula nak keluar ikut highway Tapah, tapi sebab dah memang sesat entah ke mana-mana, kami pun terpaksa cari highway ke Ipoh. Ini semua salah abah. Boleh pulak ikut jalan yang dia rasa selesa? Saya ada Tanya abah kenapa ikut arah sini sedangkan ada sign board keluar? Abah pun jawab, “Abah rasa selesa ikut jalan ni. Sedap je manatau tiba-tiba keluar penang ke?” HAHAHA. Abah pun mula mengarut dan buat lawak. Mak pula asyik membebel. Mak, benda dah lepas tak payahla ungkit-ungkit. Jalan tadi pun dah jauh terlepas. Dah sesat kami pun kembali ke pangkal jalan. OK enough bab kerenah kedua ibubapa. MAAF mak, abah. Saya rasa sangat happy and fun sebab banyak topic yang kami bualkan apabila bersama. Kami tiba dalam pukul 10pm. Belum sempat pun Nia nak mandi, solat dan siap-siap untuk tidur, sedara mara pula datang. Layan-layan dorang kejap, (sebenarnya takla sekejap sangat sebab pukul 12.15am baru dorang meminta diri untuk pulang) dah ajak tidur di rumah tapi paklong jual mahal. Alo paklong bukannya jauh pun rumah kita. Lepas paklong sekeluarga balik, saya terus mandi, solat dan bersedia untuk tidur. Serius penat. END.

P/S: Takziah kepada sepupu saya yang keguguran kandungan yang berusia 10minggu. Mesti sangat sedih kan? Kehilangan memang menyedihkan..=(

No comments: