Zaman sekolah rendah memang menyeronokkan dan membahagiakan (ewah-ewah). Nyatakan sikitla nama sekolah rendah dulu, Sek Keb Dato’ Wan Mohamad Saman. Banyak kenangan suka duka di ketika ini walaupun usia baru mencecah 7-12 tahun. Mana tak nya, semua benda pun saya nak bolot. Dari dalam kelas sampai ke luar kelas. Kalau dalam kelas, saya je nak nombor satu. Kalau tak pun nombor dua atau tiga tapi jarangla hahaha (show off nampak?? Takla saja nak bagitau sifat buruk saya waktu tu. Benda dah lepas
Sekolah menengah (paling tak suka dan tak bercadang bercerita panjang tentangnya) merupakan alam perubahan kepada diri saya di mana pada ketika ini saya bukanlah seorang yang bijak lagi. Kurang dikenali dan sering bermusuh dengan lelaki. Namun begitu, saya masih aktif dan mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan seperti bola jaring, bola baling, 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, 4x200m dan 4x400m. Saya juga bukan seorang pengawas (satu kesyukuran tau sebab pengawas di sekolah sering dikutuk oleh pelajar-pelajar HAHAHA). Pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highland kerana memenangi pertandingan bola jaring di peringkat negeri. JANGAN LUPA mention nama sekolah. Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa merupakan sekolah berasrama penuh dan semua kena tinggal di asrama walaupun rumah sebelah sekolah je. Detik bersama kawan-kawan dan guru-guru sangat saya rindui. Sekarang ni banyak kawan-kawan belajar di luar negara. SOB SOB SOB sedih tertinggal di
P/S: Rindu sangat nak mandi dalam “Black Room” dengan kawan-kawan. Rindu juga kat cikgu Noraini Ismail, Thawamaisur, cikgu KH saya yang sangat baik, cikgu Adilashilla, Ustazah Rusmalina dan beberapa cikgu yang lain.
Zaman matrikulasi tak menarik sangat sebab sekejap je tapi still ada kenangan dengan Kak Yana, Nabilah, Kusha, Yazrul, Mizi, CK, Oje, Chak dan Aimi(roommate) dan beberapa orang lagi yang namanya tak disebut. Saya dulu budak fizik F6P3. Abah frust sangat masa ni sebab saya tak ambil Biology. Sorry abah tak minat. Paling tak boleh dilupakan mendapat lecturer “auww” namanya tak ingat pula saya. Encik Sukiman kot! Entah tapi dia memang bestla walaupun dia “auww” dan sering dibuli oleh pelajar-pelajar di dalam bilik kuliah namun saya rasa dia sangat bijak tentang fizik. Saya sendiri pun tak faham macam manala orang boleh minat fizik. Dalam banyak-banyak topic saya hanya ingat “Torque”. Ketika di matrikulasi, saya mendapat tawaran untuk membuat diploma dalam bidang statistic tetapi menolak kerana tidak berminat. Saya
CUT IT SHORT. Buat pre-degree kat Kuantan then sambung degree kat Melaka. Sampai sekarang masih belum tamat. Still ada 2 tahun untuk menamatkan pengajian. Dalam usia saya 22 tahun ni tipula kalau Tidak Pernah Bercinta. Sorry sayang but sometimes I really miss my single day as a single person. No commitment dan tak ada perasaan bersalah untuk keluar dengan sesiapa sahaja. *Twink twink*
Akhir kata sambutla sukan….eh salah-salah. Saya sangat rindu saat-saat yang telah berlalu. Jika masa boleh dikembalikan, saya ingin belajar bersungguh-sungguh untuk memenuhi keinginan kedua ibu bapa yang ingin melihat saya menjadi seorang doctor. Saya juga ingin menjaga perhubungan saya dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ingin menjadi seorang mukmin yang sejati taat kepada Allah, Rasul juga ibubapa.
2 comments:
gez i know how it feels like. ahem :P
susahlah jadi orang dewasa kan yang? tsk tsk.
[p/s: think u shud add some of our experience when we're in kuantan like makan tomyam share2 kat ZAR cafe sebab kita takda duit,,pergi tengok konsert bersuka-ria sana-sini lepastu kena marah dengan pakcik guard nama pakcik B tu (heheh,,mengumpat) dan byk lg. we've had great times there..haven't we?]
Betul yang!!! I agree with 100%. When i was young,i slalu bertanya pada diri sendiri bila i akan dewasa? Bila takda bf, selalu waiting bila nak ada bf tapi biasala kan yang..[manusia selalu tak bersyukur dgn apa yg dimiliki]
Post a Comment