Friday, July 31, 2009

Baby baru

Siapa tahu kan jodoh kita dengan siapa dan bila? Mungkin esok, tahun depan atau 5 tahun lagi. Yang pasti jodoh pertemuan di tangan tuhan. Begitu juga dengan kawan saya yang telah berkahwin. Tak tahulah apa pandangan mereka sesudah bergelar suami dan isteri. Adakah mereka bahagia atau menyesal? Hari ini, saya melawat seorang kawan yang baru mendapat baby pada bulan lepas. Disebabkan tidak dapat hadir ketika resepsi perkahwinan dan cukur jambul anaknya sebelum ini, saya mengajak kawan-kawan pergi menziarahinya. Masa inilah ambil kesempatan untuk bertanyakan rahsia-rahsia. HEHEHE.

Pada mulanya kami tersalah rumah. Yela nama pun orang KEDAH murtad, so banyakla tempat yang kami tak tahu. Setakat tahu alamat belum tentu akan sampai ke tempat yang hendak dituju. Malu tu takla malu sangat buat biasa sudah. Eceh.. Kami pun meredah semua kawasan setelah menelefon kawan dan bertanyakan jalan ke rumahnya. Konon nak buat surprise,, kan dah sesat. Padan muka! Saya selaku driver KCH 6642, tak fikir sangat jalan ni. Semua ikut penumpang. Dorang suruh masuk kanan, saya masuk kanan. Kalau kiri, kirila saya masuk. Kalau salah kami patah balik HAHAHA. Apa susah-susah fikir, buat sakit otak ja. Akhirnya kami tiba di rumah mertua Intan (kawan saya yang baru bergelar mama). Bunyi macam pelik kan? Baru berusia 22 tahun dah melalui liku bergelar isteri dan ibu. Hanya yang tabah dapat menghadapi semua ujian ini. Saya belum mampu untuk menggalas tanggung jawab yang berat itu.

Comel si anak yang diberi nama Puteri Nur Umairah Syahadah. Mak aii panjangya! Macam dah takkan dapat anak perempuan je lagi. Biasala kan, anak pertama excited lebih sikit. Cewah.. Intan mengajak kami makan tengahari. Walaupun kami menolak sekerasnya namun Intan berjaya memujuk. Izati yang pada mulanya jual mahal konon nak berlakon puasa, akhirnya mengalah. Action je Izati tu (Cis perli kawan). Memandangkan kami tidak membawa buah tangan untuk Intan, kami bercadang untuk sedekahnya note merah untuk anaknya. Namun note tesebut terpaksa dikurangkan kerana anaknya kakak iparnya yang berusia lewat 3hari dari Nur Umairah juga berada di sana. Kena sama adil la nanti sorang kecik hati pastu dah besar asyik jealous sesame sendiri (anak kakak ipar Intan lelaki bernama Mohd Hashreen Damien).

Kakak ipar Intan (Kak Lina) ni ramah orangnya. Pengalamannya sepanjang mengandungkan anak memang sedih. Walaupun baru berumur 24 tahun, dia sudah 3 kali mengandung. Kali pertama mengandung dia keguguran akibat kecuaian pihak hospital. Dia kata ketika pergi untuk pemeriksa, dia asma tapi pihak hospital lambat memberi rawatan sehingga menyebabkan bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Bayi disahkan meninggal di dalam kandungan. Ketika mengandungkan anak kedua, dia berasa sangat sakit. Jururawat dan doktor yang merawat menyangkakan Kak Lina sakit hendak bersalin tetapi apabila membuat scanning, mereka mendapati terdapat uri di dalam perut yang sudah bernanah. Uri tersebut adalah uri bayi pertama yang tidak dibuang habis. Kak Lina menghadapi risiko 50-50 untuk memiliki anak kedua. Namun tuhan menyebelahi Kak Lina. Setelah kehilangan anak pertama, Kak Lina diberikan peluang untuk memelihara anak keduanya. Pihak hospital masih melakukan kelalaian ketiga Kak Lina ingin melahirkan anak ketiga. Sebenarnya Kak Lina ingin melahirkan anaknya di clinic swasta namun setelah melakukan rawatan biasa di hospital kerajaan, Kak Lina sudah boleh melahirkan anaknya. Ibu Kak Lina memujuk supaya melahirkan saja anak itu di hospital tersebut dan Kak Lina akhirnya setuju. Malangnya Kak Lina sekali lagi diuji, kepala bayinya sudah keluar 10 minit namun doktor dan jururawat membiarkan sahaja. Setelah Kak Lina menjerit barulah mereka memeriksa Kak Lina. Mereka sangka Kak Lina menjerit kerana tidak tahan sakit untuk bersalin. Teruk betul pengurusan hospital kerajaan ni. Saya rasa, pengarah hospital perlu membuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sudah banyak kali saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Perkara yang paling membuatkan saya benci untuk ke hospital kerajaan adalah terpaksa membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut memakan masa yang lama. Kadang-kadang sampai 2 3 kali temujanji. Penyakit tu pun entah-entah dah sembuh tak pun jadi lebih teruk. Nak pergi swasta selalu tak mampu lak.

Hati selalu bertanya, dari bercinta teruk-teruk baik kahwin je seperti kakak ipar Intan, dia kata dia bercinta selepas kahwin. Nampak bahagia juga. Mungkin lain orang, lain rezekinya. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. kita sebagai hamba hanya perlu berdoa agar diberikan yang terbaik.

No comments: