Sunday, September 11, 2011

Manusia ke binatang???

Geram betul baca akhbar akhir-akhir ni..!! Memang dunia sekarang dah di akhir zaman. Manusia saling berbunuhan dan saling merosakkan diri sendiri. Banyak kepincangan telah berlaku dan yang paling ketara manusia mula murtad terhadap agama sendiri akibat kesempitan hidup. Kalaulah umat Islam dan agama lain dapat melihat dosa dan pahala serta syurga dan neraka, pasti mereka tidak akan sanggup berpaling pada yang Esa. Saya sendiri merupakan insan yang lemah di mana saya tidak mampu menjadi muslimah sejati. Jadi saya tidak akan memberi komen yang panjang lebar sekadar pandangan yang nipis.

Harta dijadikan kebanggaan hidup bukan ketakwaan kepada Tuhan. Kecantikan dijadikan kesempurnaan diri berbanding hati yang ikhlas dan suci. Kekuasaan dijadikan keangkuhan berbanding kesyukuran kepada Allah. Sesungguhan aku bersyukur kepada Allah kerana tidak dilahirkan sebagai anak orang berada, tidak dilahirkan cantik jelita dan tidak dilahirkan dalam keluarga yang berkuasa. Saya yakin jika saya memiliki semua itu, pasti saya telah menjadi orang kufur dan takbur di dalam dunia ini. Namun Allah S.W.T yang sangat adil dan pemurah telah memberikan kebijaksaan kepada saya untuk berfikir bagaimana untuk menjadi orang yang lebih baik setiap hari.

No comments: